Friday 24 May 2013

off to penang :)

assalamualaikum. dan peace upon you. ekeke.

 minggu depan dah nak naik penang buat kesian kalinya. insya allah, kalau tak da aral melintang, selasa pagi sampai la. ni semua pasal clearance. sob3. kami dah la jauh. sob3. balik hari pulak tu. dah tu kad matrix nanti kena potong. sob3. sedihnya. bakal pergi dengan 2 lagi kanak-kanak rebina. azwa dan ila. ahaha. doakan perjalanan kami tak da pape. dan menguruskan mintak 9 tandatangan tu dipermudahkan. ekeke.


adieuss!

Thursday 23 May 2013

Hlovate-maniac


Assalamualaikum dan peace yo.

Kepada penggemar novel, anda mesti agak familiar dengan nama penulis hlovate. Kalau tidak? Sila terjun di air terjun Niagara tu.

Dan termasuklah aku, I’m a big fan of hlovate. Oh my! Buku dia banyak membuka mata saya, membuka minda saya yang agak cetek ilmu ni. It’s worth to read it. No regret. Kadang-kadang meleleh-leleh jugak baca nukilan dia but mostly aku akan gelak sakan and thinking deeply.

Sepanjang nukilan hlovate, dari aA+bB, 5 tahun 5 bulan, rooftop rant, [tunas], Schubert serenade, ked’s story, versus, contengan jalanan dan the latest, anthem :). One word aku boleh described, penulis ni sangat awesome. Alhamdulillah, dah memang Allah bagi dia seorang yang sangat talented dalam penulisan. Nak tunggu aku buat novel macam dia memang takkan la wei. Agaknya kalau syarikat buku roboh bina balik pun aku still tak hantar manuskrip novel ke syarikat buku tu. Ahaha. Lagipun, aku tak hebat dalam bahasa. Baik Bahasa Melayu samada Bahasa Inggeris.

Gaya bahasa dia yang sangat haiii sempoi tak langgar tatabahasa rules aku, tu da kira superb la. Aku memang pembaca novel yang tegar. Tapi bila penulis guna bahasa yang sangat haii aku tak sedap nak membaca. Sorry, memang lama lah aku nak khatam kau. But not to hlovate. aA+bB tu dah berapa kali aku khatam baca khatam baca and repeat sampai buku naik kuning. Muhehe. Itu buku aku paling treasure. Sanggup sorok. Nak cari buku hlovate bukan senang, aku nak tunggu Schubert serenade bukan sekejap, nak setahun jugak lah aku mencari di kedai buku. Dan aku bukannya selalu dapat keluar ronggeng-ronggeng masuk popular jalan masuk macam mafia ke rak novel cari novel hlovate semata-mata. Silap hari bulan, bukan novel dia aku dapat, novel orang lain aku gapai. Ekeke.

Itupun aku dapat Schubert serenade dalam keaadaan tak berplastik and ada calar sikit kat hujung, oh my. Hati gelegak-gelagak. But I still grabbed it. Ah, malas aku nak menunggu dia masuk popular. Sekarang zaman dah maju. Order guna online, dan Alhamdulillah. Anthem and hlovatinta dalam tangan. Ahahaha. Kau nak tunggu anthem sampai popular or any kedai buku. Almaknanya, kau balik rumah cedok air dalam perigi sampai habis. And you know, air perigi takkan habis.

Apa ya lagi keunikkan hlovate ni?


Urmm, dia banyak cerita university luar negara. Aku tak tahu lah kalau dia cengelat menulis ke apa tapi aku ni percaya bulat-bulat pasal university yang dia ceritakan. Eheee. Aku jeles tau! Yelah, aku dalam Malaysia je kot!. Ekeke.

Selain tu, susunan kata yang tak heavy. Maksud aku tak susah nak dicerna oleh mata aku sekaligus menghantar input-input ke otak. Kelakar bila baca sesetengah novel yang I love you, I sanggup terjun air terjun Niagara demi you. Dah kau terjun air terjun Niagara nak keluar macam mana der? Ayat dia tak berbunga yang overloaded. Macam dalam aA+bB. Walaupun addin dengan benz dah kahwin, but bahasa diorang sangat..hai. nak grabbed hubby macam benz simpan dalam poket. Ekekek.

How the author twisted the story in each of novel. Itu paling awesome times awesome equal to awesome square. Baik dalam versus, and anthem dan tak lupa juga pada rooftop rant. Aku kagum bila penulis boleh twisted watak from bergeledang kat street main skateboard turned to ashraf omar (AO) yang berubah menjadi muslim yang baik. Dalam rooftop rant, bilamana si trisy yang bermasalah yang kadang- kadang aku sendiri ragu ada ke perempuan macam ni turned to muslimah yang super. Dan the latest, anthem, from third culture kid to muslimah yang baik. Oh, my! Dan anthem lah aku tunggu macam buah manggis ada 6 ½ tampuk kat luar kulitnya. Ekeke. Dash and hitler lee. Oh, my!

Dan dalam setiap nukilan dia, dia akan masuk kata-kata motivasi yang sangat daebak. Tak rugi membaca novel dia. I’m sounded like to promote hlovate punya buku kan? Ekeke.

And mostly,dia akan menyumbatkan segala bagai lagu-lagu dalam setiap buku dia. Oh my, mostly, aku tak tahu pun lagu apa dan aku google la lagu-lagu tersebut. Ahaha. Dan hlovate selalu menggunakan bahasa inggeris dalam novel dia. Dapat pulak pembaca macam aku yang vocabulary plus kosa kata yang kadar peratusnya 9% ni hah. Buka oxford dictionary terus wei. ahaha .

Dan aku paling suka dia masukkan unsur-unsur islamik dalam buku-buku. That’s why I said this author is totally gifted by Allah. Tak mudah nak jumpa novel yang kelakar, haru, berilmu dan ada gaya islamik yang tak heavy. Mostly cinta, kahwin kontrak-janji cerai dua tahun kemudian-but fall in love dengan suami. Tipical enough. Memang dulu buku novel macam nilah aku cari, gaduh-gaduh->terkahwin->tengkar macam tom and jerry dan sebagainya. Tapi aku memang tolak habis kalau buku tu bercinta sakan dari mula muka surat sampai la berapa keping dah nak habis novel baru diorang kahwin. Oh,my. Ahahaha.

Unsur islamik yang dia masukkan are simple to be digest oleh akal pemikiran dan hati kita. Kadang-kadang nangis bila cara penulisan dia. Sebab dia betul-betul buat aku terhantuk dan terngadah tertanya kenapa aku tak sedar sebelum ni. Sumpah. Lepas tu, mula la sesi aku imbas kembali sampai naik bengkak mata. Tacinkk sungguh. Ahaha.



aA+bB. Buku yang aku tak pernah jemu nak baca. Kelakar habis. Dan tentulah tak tipical type. Ahaha. 


[tunas] throw back to school times. Oh my. Walaupun kadang-kadang baca macam agak extreme je, but still membangkitkan rasa kasih di sekolah. Dan buku ni adalam sinambungan buku aA+bB but patah balik masa 7 tahun sebelum tu. How’s addin shah met with benz aliff. Betapa harunya bila addin bergabung dengan mags 7. Mandi guna distilled water dalam makmal kimia. Sungguh haru.



Rooftop rant. Buku yang mengajar jangan putus asa. Sungguh. Macam mana si trisy struggle with her life. Bila keluarga tak peduli, duk gila kejar kerja, gila kejar duit, gila kejar connection duk hentam suami isteri sampai si trisy terabai. Aku agak terkejut bila penulis tulis yang si trisy hisap rokok, tomboy. Oh my. Dan tentunya la aku suka watak Zaid yang suka sangat pakai cermin mata John Lennon dalam novel ni.ahaha. comel enough!


Schubert serenade. 3 novelis dalam satu novel. Tapi aku baca satu je. Itupun sebab hlovate. Ekeke. Macam Nampak kejam je. Buku yang aku nangis jurai-jurai. The relationship between the step brother, abang shah dengan ju’a (najwa). Eh, bukan relationship yang bercinta tu. Ini relationship between anak tiri. Sebab mostly kita dengar, tiri sesama tiri tak bape ngam. Dan bila shah excident dan meninggal lagi lah aku dah macam orang gila.


Ked’s story. Ahaks, story about skateboard. Sangatlah awesome. Aku yang totally memang tak tahu langsung pasal skateboard dapat lah juga tahu sedikit pasal skateboard.



 Versus. Nak kata sinambungan ked’s story, tak da la jugak. Sebab dalam ked’s story tu, ked tu abang si heroine dalam versus ni, minn Edina. Dan buku ni memang Islamic habis. Bukan senang from street to sejadah. Bukan senang nak berubah. Dan islam tu bukanlah setakat pakai baju lengan panjang , bertudung dan solat macam minn Edina buat. Itupun because  of her grandfather’s wish agar minn Edina berubah. Dan bagaimana ashraf omar berubah sampai totally superb. Aku tak tahu nak hurai macam mana dah.

5 tahun 5 bulan.  Aku dah tak ingat sangat. Sob3.


Contengan jalanan. Perjalanan mencari tuhan. Sungguh. the man who decided to change at 12th hour dies on the 11th. Berubah bukan untuk ditunggu. Buku ni unik. Depan belakang boleh baca. Sebab cerita pasal dua orang kawan. K square dan fend. Dalam novel ni, banyak sangat kata-kata motivasi yang sangat awesome. Dan tak dilupakan kata-kata yang kelakar juga. Ahaha. Dan novel yang membuka mata what is fasting means. Doesn’t meant only do not take any food nor drink from fajr until maghrib. How Fend dan Chad mengembara sambil berpuasa di Negara orang. Totally different from usual.

Orang duk sibuk kejar malam lalilatulqadr, kita pulak sibuk kejar diskaun dekat pasar lailatul “KAMDAR”. Deep enough. Tak rugi baca.



Lastly, anthem :). Third culture kid. Baik badlee dan dania dashrin. Meet pulak tipikal manusia yang assume girl macam dania is totally zero in islam. Pandangan serong. Than bagaimana dash nak berterus terang dengan family dia yang dia dah berubah. Curious? Sila lah baca anthem weh. Dan tentulah interesting about the hell hitler, Lee Hitler met with the Goth Dash.


Then hlovate ada keluarkan buku hlovatinta. Petikan kaya-kata motivasi dalam karya-karya beliau. Syarikat jemari seni keluarkan benda ni sangat terhad. Kiranya macam imited edition. But, Alhamdulillah, aku dapat!. Muheheh. Sengih kejam. Even buku dia ala comel cenonet, but the contect have deep meaning. Dia kata akan ada buku hlovatinta untuk kedua. Insya allah. Muhehe.

Itu lah setakat ni review aku terhadap novel hlovate. Dulu aku mungkin curios who is the super talented person under hlovate’s name. tapi tak sekarang. Kalau boleh, biar lah dia rahsia macam ni. Ekeke. My doa, semoga allah menyayangi, mengasihani, merahmati dan melindungi dia, keluarga dia dan sahabat-sahabat dia. Semoga dapat menghasilkan novel-novel yang boleh bagi impact macam kena langgar kontena bawak simen. Semoga sentiasa sihat-sihat selalu.

So, pada siapa-siapa yang curious terhadap hlovate. Boleh lak klik-klik.

facebook hlovate.

blog hlovate.

sebenarnya, kalau klik pada facebook, boleh la tengok about hlovate. totally, hlovate inspiring me. alhamdulillah :)



nak beli novel Jemari Seni dengan cara online? senang dan sampai rumah sekejap je.
worth for order it. Insya Allah :)

capital H, stand for hlovate. in rainbow colour. like you, inspiring me and other readers.with your various styles,random talk, super motivation and jokes yang tahap overloaded.
Aku sangatlah suci bila baca novel hlovate ni sampai restaurant garfu dan camca pun aku google. Ahaha

maaflah panjang kelaut, till then :)








Monday 20 May 2013

Alpa


Assalamualaikum dan peace upon you.

Ya, aku si alpa,
Aku si pelupa,
 aku si lalai,
 aku si manusia.

Alkisah bermula bila aku takut sangat nak ambil test jpj untuk motor. Dah siap nak nangis-nangis sebab takut tak lepas ujian jpj. Yelah, lepas ni, aku kena menghadap kelas dan sekaligus test jpj untuk kereta pula. Ya, aku manusia yang takut akan dimarah oleh cikgu akibat tak practice pandu kereta . dan yang paling aku takut bila aku tak lepas test, aku kena bayar ujian tu balik. RM 65 taw. Mahal! Tu sebab aku berat hati. Sob3.

Then ieja said.

“qhali, Allah itu ada. Buat apa nak takut pandangan orang. Buat apa nak takut orang lain marah. Asalkan kau rasa apa kau buat betul , maka teruskanlah. Tak maw la takut-takut nak ambil test jpj tu. Insya allah kau lepas punya”

Aku tersentak.

Sedetik dua detik tiga detik saat berhenti.

Aku lupa kerana Allah yang pegang hati manusia.
Aku lupa kerana Allah yang menggerakkan hati pegawai jpj agar aku lulus ujian.
Aku lupa kerana Allah yang bersifat kun fayakun, maka jadilah!
Tskk tskk tskk :(

Mungkin aku terlalu timid dengan keaadaan sekeliling, terlalu pentingkan pandangan orang lain terhadap aku. Terlalu risaukan benda-benda kecil sampai melarat. Ohh

Aku selalu nasihatkan orang lain apa yang terjadi mesti ada hikmah. Even kau gagal dalam test ada hikmah kenapa Allah uji kau begitu. Bila kena pada diri aku. Aku lupa nak praktikkan apa yang aku duk nasihatkan orang lain.
 Ya, aku manusia si alpa.

Ya, sekarang aku melembutkan hati aku balik agar jadi macam doh pau. Lembut-lembut gitu !

Terima pengajaran, terima kenyataan, terima qada’ dan qadar. Terimalah wahai qhalida oi! *slapslapslapmyface

Sekarang tinggal kelas dan jpj kereta. Tskk tskk tskk. Aku lupa segala bagai nak memandu macam mana weh. Aku lupa apa yang kena betulkan sebelum start enjin, aku lupa macam mana nak pusing kereta untuk jalan mati. Termasuklah naik bukit dan parking. Tskk tskk tskk.

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.
Ye, aku dah Nampak pengorbanan aku apa, duit, masa, hati, telinga dan lain-lain. Cekallah kau, wahai qhalida.

Allah ma’ana. Allah ma’ana. Allah ma’a qhalida. Abadan abada. Insya allah.

Ya, allah.
 Berjayakanlah kami dalam menempuh ujian yang mendatang. Lindungilah kami dari sebarang kecelakaan. Tetapkanlah hati kami dijalan-Mu, maafkanlah kekhilafan kami dari sekecil-kecil zahrah.

Ya, aku manusia yang hanya tahu meminta saja. Membalasnya tidak.
Ya, aku manusia si alpa.

p/s : aku tak baik. Aku ta sempurna nak bagi syarahan. Sekadar perkongsian.agar tak jadi manusia macam aku.
 Ya, aku si alpa.

Till then, assalamualaikum
Ingat, hati manusia itu Allah yang pegang. Dia nak twist hati manusia bila-bila saja.



Saturday 18 May 2013

oh my license :)

assalamualaikum and peace upon you.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
akhirnya dapat jugak lesen P untuk motor. sungguh gemuruh hampir terluruh cermin mata dari mata yang bentuk bujur ni. muhaha. ayat macam epic sangat.*sila sagat muka aku guna penyagat

lepas ni sambung kereta pulak. alahai, lemah tubuh badan hah..11 bulan tak bawa kereta. i mean drive kereta.
(-__-#)

papepun, tahniah la qhalida sebab kau sudah lepas motor. *pat myself. muhehe.

till then.
adios amigos, asbestos :)


p/s. baru aku sedar aku tak lukis side mirror (-__-#)

Wednesday 15 May 2013

selamat hari guru :)

assalamualaikum dan salam manis semanis smarties yang tak elok untuk gigi. muhehehe.

hari guru bakal menjelang, maka,

SELAMAT HARI GURU!
HAPPY TEACHER'S DAY


terima kasih pada guru-guru yang banyak mengajar. memberi ilmu, merotan, mendenda saya sepanjang pembelajaran saya sama ada di tadika, sekolah rendah, sekolah agama, masjid, sekolah menengah, universiti dan tempat kerja. pekerjaan anda yang sangat mulia. hanya allah yang mampu membalasnya.

dan saya nak minta maaf jika saya ada membuat salah dan silap sepanjang pengajaran yang cikgu-cikgu beri. eheee. saya anak murid yang baikkan? saya tak buat kacau, saya tidur je senyap-senyap. muheheh. 

yang paling terel bila mak ayah datang untuk laporan peperiksaan atau hari bertemu waris

"anak encik dan puan selalu tidur di dalam kelas semasa dalam pembelajaran, maka kami akan menanya soalan agar dia sentiasa berjaga dalam kelas"

*sumpah, dari tingkatan 1 sampai 5, ulasan yang sama, kau ada? muhaha. tolong jangan ikut perangai buruk aku yang hodoh lagi comot ni. 

alhamdulillah, berkat doa guru-guru yang awesome dan ibu bapa yang daebak dan kawan-kawan yang superb, saya berda di sini. masuk universiti, praktikal dengan lancar dan keputusan yang baik. alhamdulillah.

kepada cikgu tadika, cikgu mimah dan cikgu juriah, terima kasih.

kepada cikgu sekolah rendah,
terima kasih cikgu abdullah sebab rotan saya dengan berterusan dan akhirnya dapat juga A dalam matematik.
terima kasih pada cikgu zarina omar kerana suara lantang andalah membuatkan kelas kami sentiasa menjegilkan mata dengan tekun.
kepada cikgu yang lain, terima kasih. sekolah rendah sangat seronok

kepada cikgu sekolah menengah.
terima kasih cikgu muleyani sebab ajar saya matematik sampai la bawak ke matematik tambahan. lama woo dan terima kasih sebab selalu urut saya bila saya mengantuk dan akibatnya saya makin tidur. maafkan saya. terima kasih pada ustazah aisya yang comel lagi loteh tu,
terima kasih pada cikgu badariah yang mengajar kimia,
terima kasih pada cikgu hasmaliza yang cantik lagi ayu mengajar fizik dan sentiasa meng'aim" stokin kaler-kaler saya.
terima kasih pada cikgu azlina idris yang comel ajar saya bahasa melayu.
terima kasih pada cikgu azlinda yang baik ajar saya modern mathematics
terima kasih pada cikgu muner yang ade killer smile yang mengajar sejarah. muheheh.
terima kasih pada ustazah tibidah yang selalu buat kelas tambahan bahasa arab tinggi dengan harapan kami dapat A untuk spm. tapi aku hampa, arab tinggi aku dapat B+. padan muka aku.
terima kasih pada cikgu zaleha. yang mengajar saya sains sampailah saya begitu sangat sekali meminati sains. muhehe.
terima kasih pada cikgu biology, terima kasih. cikgu comel macam nobita :)

terima kasih para lecturers di penang.

terima kasih atuk-atuk yang ajar saya mengaji di masjid, arwah tuk khatib,arwah tuk khamis, tuk borhan dan tuk yassin. sangat seronok bila lawan-lawan menghafal surah dan compete dengan budak lelaki. time tu sekolah rendah derr.

terima kasih pada ustazah-ustazah yang sabar lagi tabah dapat anak murid yang sengal bersuara lantang masa sekolah agama. eheee..ustazah liza, kerana anda, saya fall in love dengan bahasa arab. ustazah nora, ustazah normala, ustazah shahizan dan lain-lain lagi.

lastly, selamat hari guru!. may allah bless all of my teachers.

p/s. fuhh..penat den

Saturday 11 May 2013

My precious


Assalamualaikum dan annyeong!

Hari ibu bakal menjelang. Maka,



                                                                                  Selamat Hari Ibu!


" Ya Allah ya tuhan kami, ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan kasihi lah mereka sepertimana mereka kasihi kami sejak kecil "

ya, dia yang bergelar sebagai seorang ibu, banyak jasa, banyak kasih sayang ditumpahnya,dan  banyak ajaran diajarnya.

Kepada ibu atau emak, atau mak, atau omma, atau mummy,atau mama dan atau ummi, 
*bape banyak atau da (-___-#)

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Membesarkan kami adik beradik 10 orang
Masak makanan yang super + delicious.
Jahitkan baju kami.
Lindungi dan kasihi kami.
Memberi ajaran kepada kami.
Bagi pinjam duit pada kami.

Emak is the best along in the house sebab bayar balik ansur-ansur dan tiada bunga dikenakan! Eheee.! *jokes

Doa kami
Ya Allah yang maha mengasihani dan maha rahmat,
ampunkan lah dosa ibu kami,
ampunkanlah dosa ibu kami,
ampunkan lah dosa ibu kami.
Berikanlah ibu kami kesihatan yang baik ya Allah,
berikanlah dan lembayungilah ibu kami dengan rahmat dan kasih sayang Mu, ya Allah.
Lindung lah ibu kami dari malapetaka dan bala ya Allah.

Sesungguhnya pada Kau kami berserah dan meminta. Ameen.

Tahun lepas, emak jatuh sakit. Tak boleh bangun, hanya terlantar. Time tu hanya air mata jadi peneman. Nak pergi praktikal pun serba salah. Patut ke saya tinggalkan emak? Then mak kata, pergi lah praktikal. Itu kali kedua aku nampak mak terlantar dengan teruk.

 Mula-mula, bila emak kena potong jari kaki because of diabetes. It’s happened out of sudden! Doctor said, tak da harapan nak selamatkan jari kaki tu. Sejak potong jari. Dia hanya termenung dah gaya mayat hidup. But she gained her courage and bangun kembali.
 Betapa Allah sayang emak saya, menguji dia dengan segala benda. 

Kali kedua bila emak kena gout. Time tu nampak air mata mak bergenang and menangis. Sebab emak tak nak menyusahkan anak-anak dia mandikan untuk dia, papah mak ke bilik air, sorong mak dengan trolley, shampukan rambut mak. Kalau boleh, dia nak sorokkan kelemahan dia, agar di mata anak-anaknya, 

“ya, I have a strong mother, like a steel. Firm enough.”

Tapi, time tu aku rasa,

 ye, time ini lah aku nak balas seciput dua ciput jasa dan kasih sayang mak pada aku. Mandikan mak, shampoo rambut mak, sabunkan badan mak, papahkan mak. Bukan setakat aku saja, adik beradik aku juga. Now, mak dah makin sihat. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

 Walaupun masih berwheelchaired, tapi dia boleh melakukan segala-galanya. 

Yes, we have a great, strong, pretty, and kind mother.


As we know, our mother is the most precious gift from Allah. Thanks ya Allah.

Now,
Dia seorang ibu, seorang teman, seorang kawan, seorang pendengar dan seorang yang amat berharga, treasure these moments. Tak selama-lamanya kita ada emak yang seorang ni. Hargai, dan kasihani lah si ibu.

Sekian. Melaka banjir dengan air masin. Lagi kritikal di pantai rombang. Eheee. *jokes

Last, selamat hari ibu, we love you. Mmuackss 







Thursday 9 May 2013

Congratulation !


Assalamualaikum dan salam seantero bumi yang berbentuk sfera.

Akhirnya, setelah 3 tahun berjuang untuk menghabiskan diploma in pharmacy. Dan semalam, result telah keluar. 


One word.
Alhamdullilah :)

Akhirnya, habis juga. Dan tahniah pada kawan-kawan yang telah berjaya dengan cemerlang, gemilang dan tak terbilang.  Acam mana tu?

Bila taip entry ni, rasa nak nangis because dah habis. Entah ya entah tidak dapat jumpa kawan-kwan seperjuangan ku yang lain lagi selepas ini. Hope, kita dapat jumpa lagi. Berkenalan dan berkawan dengan anda semua merupakan satu memori yang sentiasa terpahat dalam hati.

Di university la kau akan kenal mana kawan, kenal mana lawan.

Dan terima kasih di ucapkan kepada,

Allah,
 kerana memberi peluang saya mengenal segalai bagai dan jenis manusia di sini.

Para lecturers
 yang awesome mengajar kami dari semester 1 sampai 6
Sentiasa menolong kami untuk cover markah dengan bagi assignment
Sentiasa tabah dapat anak didik macam aku yang selalu terlelap dalam kelas.
Muhaha

Classmates, PH110C1 dan PH110C2.
Anda awesome
 dan semoga Allah sentiasa memudahkan perjalanan kehidupan kamu semua dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kemaafan Allah.

Batch pharmacy yang heaven dari kelas A dan B
 yang tak kedekut ilmu.
Yang sentiasa share ilmu, info yang padat dan tumpat,
Yang sentiasa bagi jawapan bila waktu quiz dan test.
Yang sentiasa bagi copy lab report agar kami tak balik lambat. Muhehe.

Trimas *deep bow

Kepada roommates,
 terima kasih sebab kejut sama-sama pergi kampus. Kalau tak, tertinggal bas la alamatnya.
Terima kasih sebab ingat-mengingatkan bila duduk serumah ni.
Terima kasih bila share makanan dan minuman kepada aku bila stok-stok aku da kehabisan

Kalau boleh, macam nak sebut segala semua nama yang terlibat dalam memory aku ni. Muhaha.

Thanks Nabilah, Mufidah, Isma, Azwa, Azila, Wan Hazimah, Syafrina,
Anda semua sangat baik. Semoga Allah sentiasa melindungi.

Thanks kepada Syahirah, Hannah, Sakinah, Giha yang tolong mengajar dan main teka-teka nama virus masa semester 2

Thanks kepada azwa, azila sofia amirul dan hafiz huang sebab berjuang sama-sama time praktikal. Eheee.

Pada yasmin dan anis yang sangat cumil tu, terima kasih sebab bagi nasihat yang sangat berguna.

Pada kak siti khadijah abd wahab, thanks akak because ada masa naik turun qhali :)

Pada fida dan nadia, terima kasih sebab bagi aku stok-stok Nippon dan korea yang super daebak pada aku.

Dan pada semua, terima kasih dan saya minta maaf kalau ada buat silap.

Apa-apa pun,

korang-korang-korang,

congratulations!
Mabruk ‘alaikum
Chukkahamnida
Tahniah!

kelas B yang ramai sangat bijak-bijak. alhamdulillah

kelas A yang sangat comel dan sporting. semoga berjaya!


my classmates, thanks and may allah bless


all of us :)
lastly, gambar lecturers yang cumil

sekian, wassalam




gula hati saya :)

assalamualaikum dan salam sejahtera. *ayat yang penuh skema tanpa jawapan.

isnin yang lepas my mom, my brother and my sister went to chucuk-chucuk restaurant. untuk pengetahuan, inilah kali pertama kita orang keluar lepas 6 bulan mak saya tak boleh berjalan dengan baik .

tengok my mom makan dengan penuh selera. amboi! macam lepas dendam ja nak makan semua benda. eheee..tapi my sister rasa sangat satisfied because dia yang keluar duit belanja malam tu. muhahaha. kenyang  aku satu malam.

kami makan sedara buffet. kau hamek la segala yang kau nak dari daging mentah, sotong mentah or anything yang kau rasa nak grill. dah rasa makan ala-ala korea gitu sebab grill kan? muhehe. overall, it's worth untuk makan kat sini. dah habis makan, aku siap kemas-kemas susun sisa pinggan mangkuk cantik-cantik sebab tak payah susahkan pekerja dia nanti and my sis asked.

"kau kemas-kemas ni, kau nak kerja kat sini ka?"
aku : apa punya jenis soalan la (-___-#)

abang, mak dan kakak :)

grill and steamboat. muhehe



so, kalau rasa nak tahu lebih lanjut pasal chucuk-chucuk yang sedap ni, boleh lah menziarahi laman facebooknya di

satu malam yang sangat hai-pening di sana. orang lain duk kalut dengan keputusan PRU 13, kami pulak sedap melantak segala bagai di sini. muhahah. 

p/s: aku bukan la a great photographer, tu sebab aku ambil gambar tak cantik. muhahah


adieussss :)






Monday 6 May 2013

happy birthday, nurasikin!

assalamualaikum.
annyeong!..

 untuk kawan ku yang jauh di mata, jauh di limpa, apatah jauh di kaki. tapi betul, kau memang jauh dari aku kan? kau kat johor, aku kat melaka. tak begitu?


untuk kau
NURASIKIN RAHMAN

happy birthday,
may allah bless
semoga berjaya dalam kehidupan kau
semoga sentiasa sihat dan gembira selalu.
kau dah tua. ekekeke

a simple gift? maybe?eheeee

adios :)

Wednesday 1 May 2013

pagi ! :)

assalamualaikum :)
selamat pagi,
annyeong hasaeyo,
vanakkam,
kunichiwa.

bumi melaka di basahi hujan lagi. alhamdulillah, bukan senang melaka ni nak hujan sekarang ni. dah macam duduk dalam microwave kalau panas mendentang-dentum tu. hahaha .

masa sekolah munshi abdullah dulu, hujan yang ala-ala heaven ni lah yang kami-kami tunggu

main air hujan tepi koridor,
main luncur hujan sampai terbaring terbongkang,
main kejar-kejar dalam hujan 

dah tu, kena lap balik sebab tempias  (-__-#)

oh, rasa macam nak balik munshi .
banyak pengajaran,
banyak pengalaman,
banyak ajaran,
terima kasih :)


ye, pada semua orang, happy 1 May.
happy labour day.

syukran jazilan,
thank you,
kamsahamnida
arigatou gosaimas
*bahasa tamil aku tak tahu

hot iss-iss-issues

assalamualaikum dan salam seantero milky way.


nowadays, there are lots of political issues. and aku yang tukang membaca wall masing-masing rasa macam ......*speechless

 saya tahu awak nak berpolitik, tapi tolong la jaga bahasa awak. tak baik tau awak memaki-maki sesama sendiri. apa yang kau dapat bila kau maki-maki? mungkin kepuasan hati yang sekejap sebab kau dah lampiaskan apa yang terbuku.

 tapi ada Nabi Muhammad S.A.W kita ajar kita macam tu.? 

renungkan la. apa pula persepsi orang-orang yang membaca wall kau. wall kau, suka hati kau lah, tapi yang menengoknya, mata aku! faham tak? kalau mata setakat melihat dan brain tak interpreted kata-kata kau yang "sopan" yang boleh menembus limpa hati aku, aku tak kisah, masalahnya, bila brain dalam skull aku ni duk memikir, kenapa kau jadi macam ni? sekaligus, aku meletak satu persepsi pada kau. tak mahu la macam ni, kita islam, di didik dengan banyak adab. 

my ustazah said ,

"apabila seseorang membodohkan(kata bodoh) pada orang lain, sebenarnya yang bercakap tulah 40 kali bodoh"

saya bukan bias, bukan unfair, apatah lagi bukan berada di funfair.

biar orang mengata, memaki, mencarut pada kau. kau doa ja mulut dia gabak bila maki-maki kau tu!*macam kejam sangat, nanti mulut macam donald duck.eeee

aku tak perfect, apatah lagi bersifat ma'sum. ada masa aku melenting jugak. ni hanya nasihat, bukan hentaman.

jaga mulut, jaga hati, jaga tutur kata, jaga bicara, insya allah, segalanya, dipermudahkan untuk awak yang sabar tahap giga.

sekian, adios amigos