Friday 29 November 2013

therapeutic exercise ;)

Assalamualaikum kawan-kawan. Sihat? Muhehe :)

lets perform exercise!, weee !

Walaupun benda ni dah agak basi. Tapi still boleh panaskan lagi jadi suam-suam kuku. Heh. Ingat “post” ni lauk ka? Dush3

Pada minggu lepas yakni 22 November 2013. Kami semester satu pelajar fisioterapi kena perform exercise therapeutic. Pengalaman? Superb! Seronok sangat! Jumping jumping dalam lab memang seronok. Terima kasih allah sebab bagi saya dan kawan-kawan melalui pengalaman yang sungguh bermakna ni. Hee. Senyum :)

Tapi tak semua dapat perform untuk hari tu, sebab lab tutup pukul 4.30 petang. Masing-masing pula perform makan masa lebih kurang 45 minit. Group yang kena present hari tu termasuk la group aku. Lapang dada bak hang wei lepas perform. Hahaha. 

Thanks ahli group sebab anda awesome!

Antara group yang sempat perform hari tu ialah aerobic exercise, frozen shoulder, osteoarthritis (group gua), cardiac exercise. Ye la kot, yang ni je la sempat perform. Hehehe.

Pengalaman? Walaupun minggu lepas agak mencabar sebab kelam-kabut dengan assignment anatomy, PT program online yang kena jawab, exercise therapeutic, and lastly PT programme pada hari sabtunya. Memang whoooo~~~

Nagis-nagis den mengenangkan nasib. Muhehe. Cliché enough, huh?

Alhamdulillah, exercise thera da lepas. Thanks so much madam aiman.

Buat zarifah, norafida, munifah, hafiq. Thanks korang :)
penat sama-sama harung, berlatih tunggang baring kat dewan kuliah, berlatih sampai 2 pagi di surau angsana.
qhali minta maaf ya kalau ada kasar bahasa, gelak besar sangat ka, duduk tak sopan ka, ekeke :)
Banyak jasa awak semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya :)

Kena perform exercise untuk pesakit osteoarthritis. Dimana pesakitnya adalah golongan manusia yang mengalami radang-radang di sendi-sendi besar. Macam pinggul, lutut. Then, perform la exercise nya yang hai sangat lemah lembut. Akan la nak buat aerobic yang memerlukan vigorous movement kan? Mahu tercabut synovial joint pakcik makcik nanti. Muhehehe.

check it out, darls :)

maliki yang malu malu miau present untuk frozen shoulder :)

frozen shoulder exxercise

incy wincy spider, another steps to treat patient with frozen shoulder

frozen shoulder exercise too :)

kumpulan jumping jumping present. heee. mazlyana and the geng. aerobic exercise

stretching first your muscles before jumping-jumping. 

me and erra fazira. wow!. hehehe

see? everyone stand up and join them. jumping jumping

time ni lagu teen top lagi. muhehe. enjoy

maz at infront. hee jumping jumping

kumpulan nadzril, cardiac exercise, untuk orang ada komplikasi jantung

eh eh, pusing kiri. stretching first :)

kumpulan rabiatul berlatih untuk relaxing exercise. pejam kan mata anda~~~~

my group. baru aku perasan tak de gambar exercise kita pun, muhehe

fida dan zarifah for final touch up.

gigih masing-masing berlatih. markah final la katanya :)

hafiq dan fida. 

group maz berlatih di hujung lab. muhehe

group maliki untuk frozen shoulder

frozen shoulder exercise, pegang dumbbell dan hayunkan. ikut inertia dari dumbbell tu. hee :)


tekun bak hang masing-masing dengar afifi bercakap, ke ada seorang je yang tekun habis bila afifi bercakap? ekekeke

palingkan muka anda. dush3

get, set, readyyyyy, gooo!!!

cardiac exercise


cardiac exercise ada beberapa section, tu yang seorang buat lain, seorang buat lain. hehehe
*habis je performance, berdesupp balik bilik fida setting internet sega bagai nak tengok MAMA live. tapi hampa :(

Hari isnin, 25 November 2013, sambung pula sebahagian lagi yang tak dapat perform hari jumaat tu. Group yang tinggal ialah group aerobic untuk adult, lung exercise dengan relaxating exercise. Heee. Tahniah korang sebab da lepas satu beban kan? Muheheh.

Dapat pinjam tikar yang sangat hai comfy tu, ball for exercise, dumbbell, sticks, sand-pack dan macam-macam lagi la. Heee :).

Yang paling seronok bila semua orang duk jumping-jumping masa group aerobic perform. Seronok. Sebab lagu bar bar bar, mungkin? Hehehe. Semua orang bangun da sama-sama perform. Memang release tension hari tu. Memang betul, setiap kesusahan, setiap keperitan, insya Allah ada jalannya, dan ada kemanisannya ;)

lung exercise


fida clapped her hands but mata kat pou. ekekeke


kumpulan atul tengah present about relaxation exrcise.

kumpulan atul yang bakal hypnotize us. ekekeke
Ya allah,

 Andai ini tempat kami, berkati  ilmu yang bakal kami terima.
Andai ini tempat kami, permudahkan kami menerima ilmu ini.
Andai ini tempat kami, kuatkan hati kami mengharunginya.
Sesungguhnya, pada Mu kami meminta :)

lastly si comel satu dan comel dua. :). muhehehe.

fida dan beah a.k.a atul :D

Dah nak final pun, perkenalan dengan mereka sangat awesome!
Semoga Allah melindungi dan permudahkan perjalanan kita semua.
Sekian

p/s: maaf kalau gambar tak cantik *Tarik buku kinesiology 

jumping, jumping 




Saturday 16 November 2013

miracle in cell no.7

assalamualaikum.
tarik nafas panjang-panjang sebab baru habis jawab forum yang macam pfttt.

teng teng treng :)

cr_google


this story so so so so so sad. tak percaya, sila la lihat. kalau tak nagis, tak tahu la nak kata apa~~. air mata masing masing kan? akan la nak picit bagi keluar gak. hahaha.

synopsis :)
Lee Yong-gu is a mentally challenged man with the intelligence of a 6-year-old, which is actually the age of his own daughter Ye-sung who is much smarter than her peers. The two of them lead a happy life while Yong-gu makes a living by working as a parking attendant at a local supermarket. But one day, when the police commissioner's young daughter dies in a strange accident, Yong-gu is the one who happens to find her. He is falsely accused and sentenced to death for abduction, sexual assault, and murder of a minor. Ye-sung is sent to a childcare institution and Yong-gu gets imprisoned and assigned to Cell No. 7, the harshest cell in a maximum security prison.
At first, the other inmates in the cell keep their guard against Yong-gu, then realize that there's something not quite right with him. Not understanding his own dire situation, Yong-gu only worries about his daughter. One day, he saves his fellow cellmate, an influential figure in the prison, from an attack by his rival. In return for saving his life, Yong-gu is granted a wish: to see his daughter Ye-sung again. The inmates put their heads together to carry out a daring operation and miraculously succeed in sneaking Ye-sung into Cell No. 7 during a religious event. While the father and daughter rejoice, the others realize it was relatively easy getting her in, but impossible getting her out. After a while, Ye-sung is detected and sent back, but during the time the inmates as well as the prison guards come to realize that Yong-gu was falsely charged. And they all put their heads together to prepare him for his final trial.

haaaa, amek, bahasa orang putih terus hah. keh3

my review on this story.
cerita ni memang awesome darab awesome bahagi awesome equal to awesome :)
kasih sayang seorang ayah pada anaknya memang tak berbelah bahagi. macam mana ayah dia kumpulkan duit nak beli beg sailormoon untuk anak dia. yang bestnya kawan-kawan dalam penjara tu. semangat kawan yang dipupuk memang best. saling membantu dalam kesusahan. dan paling tak suka dalam cerita ni bila polis yang jahat tu yang tak puas hati anak dia kena bunuh tu, tak da pape tindakan kena pada dia pun. aku depan laptop da macam... what happened? what happened? what happened? tahu tahu ja da habis .pfttt.

pada yang heartless tu, saya recommended sangat tengok cerita ini. banyak pengajaran yang boleh di ambil. tak semua cerita korea tu melalut lalut sampai ke laut. kena pandai cari cerita la agak kita dapat manfaatnya. kan? tengok mr arrogant sampai habis boleh pulak kan? hehehe. cliche enough :)

p/s:mula mula excited nak review movie ni, sekali baru habis hadap course forum. mati segala sense-sense excited tu. heee :)
apak, qali sayang apak :)



Tuesday 12 November 2013

12112013 :)

assalamualaikum.
pada khaleda yusof. 
selamat hari lahir. 
semoga allah menyayangi dan mengasihani adik selalu.

suka la tu, banyak warna pink yang dia suka.
cr: google, bukan akak yang buat.

jangan pernah berputus asa dalam hidup, khale dah banyak tempuh sepanjang 20 tahun ni.
da besar, kena pandai fikir baik buruk.
jangan asyik fikir yang khaleda tak boleh buat macam orang lain.
that place deserve with your efforts so you should be thankful, dear.
be brave to face this world.
belajar baik-baik,
jadi insan yang berguna.
sentiasa mendoakan rakan-rakan agar sentiasa dalam rahmat allah
insya allah, doa akak sentiasa bersama. insya allah.
any problems, you can contact me at 010 bla bla bla.
woot woot. da boleh kawen. muhaha

p/s: sila terharu. birthday akak orang tu tak wish pun, sedih. yang sini tak wish, yang sana pun tak wish. muhahaha. 



Saturday 9 November 2013

live your life :)

assalamualaikum dan salam sejahtera. hek. ayat skema * kunyah biskut~

live your life. jumpa quotes ni dalam buku Hlovate rasanya. ke aku salah? hee. betul la tu rasanya.
alhamdulillah, selepas melalui minggu yang agak rasa nak balik pinggan mangkuk keluar tingkap, buku semua nak gigit gigit kunyah kunyah then kepala serap nutrient nutrient buku tu. 4 test. ikutkan 5. jangan risau. assignment tak bersentuh lagi. apa nak jadi dengan qhalida amat ni hah?

kehidupan pelajar. nak tak nak kena hadapi la. tak semua orang mempunyai nasib yang sama. nak berjaya tu bukan ada satu "lebuh raya " pun. sedangkan lebuh raya kat malaysia ni ada banyak, maka nak berjaya pun banyak la gayanya. jangan berputus asa. Allah tak suka orang yang berputus asa.

memang, Allah ciptakan manusia ni berbeza-beza. untuk apa? supaya manusia boleh belajar menghargai variasi ciptaan allah. ace cuba bayangkan manusia ni semua sama. IQ sama, muka sama, tahi lalat atas bibir belah kiri pun sama!. ohhoii !, bosannn.

ada manusia allah bagi dia pandai sungguh. ada sebab. ada hikmah, ada ujian.
Dia nak tengok samada hambaNya bersyukur atau tidak?, adakah hambaNya menggunakan nikmat yang diberi sebaik mungkin? adakah HambaNya bersedekahkan nikmat-nikmat yang diberi oleh Nya kepada manusia lain? kan? ke aku salah?

live your life. hidup anda. anda yang tentukannya *cliche enough.

jangan bersedih. aku pun. memang agak pfffttt bila kita hafal macam nak rak tiba-tiba bila exam tak boleh jawab. insya allah, sampai satu masa, apa kesusahan kita, apa jerih kita, apa usaha kita. Allah akan menilainya dengan seadil-adilnya. benda ni semua perlu muhasabah diri juga. perbetulkan apa yang salah. luruskan apa yang bengkok. jernihkan apa yang keruh. muhehe.

thinks positif. walaupun aku manusia yang selalu pikir negatif, selepas asyik kena marah dengan ieja. sekarang ni, alhamdulillah. boleh pikir positif dah. keh3.

tak seronok la kalau hidup ni tak berliku kan? nanti tak da cerita best nak diturunkan ke cucu cicit!
*amboi anak amat, besar cita-cita kau sampai cucu cicit hah!

sedangkan mesin degupan jantung tu pun ada turun naik, turun naik. apatah lagi hidup kita. kalau tak jatuh, mana boleh nak belajar berdiri balik kan? macam garisan lurus dan garisan bengkang-bengkok. kalau hidup ni garisan lurus sahaja. hah!, sampai kat segi tiga bermuda la kau jalan lurus ja. cuba garisan bengkang-bengkok pula. silap hari bulan. you can create another "picture" in your life.

dont be sad. He will count every single things that happen in your life.and He will repay you as you deserve it. insya allah. yakin dengan Allah. senyum :)

senyum. tak perlu kata apa-apa ~~
never give up!, never give up!, never give up!. you can do it!. *tepuk tangan bersihkan serdak biskut.

adieussss :D