Tuesday 21 January 2014

scam :(

assalamualaikum dan salam cuti semester. muehehe. da cuti semester wei!

kalau tajuknya da penipuan, maksudnya kena la teruskan dengan cerita penipuannya la kan.

alkisahnya bermula bila saya, emma dan fida kena tahan dengan orang yang jual simcard "celcom" katanya. sorry to mention the big telecommunication company name kat sini la kan. menunjukkan la yang lepas ni taubat sehabis taubat tak nak terlibat dengan celcom.  si gadis "celcom" tu kata kami bagi anda simcard percuma, dalam ni ada rm 300 dan mesej dengan siapa-siapa murah. aku ni dah la kejar bas, bila nak lari dia tarik tangan pula. adui. dah tu melayu kita pula. lagi la adui nya kan ?? nak tak nak, kena la dengar dia "mempromosikan" plan-plan nya la.

dan aku pun bendul macam pembaris, bagi I/C bila dia minta, sain dokumen walaupun bila tengok balik hodoh nya signature aku. dah habis pung pang pung pang, lastly, dia kata  saya nak minta komisen saya. what the **** la kan? nak pulang balik, dia kata, alaaa, jangan la macam ni. dan lagi sekali aku bendul kalahkan pembaris, bagi la duit. aku dengan emma bagi la RM 10, fida kena lagi teruk, fida kena RM 25. 

dah la hujan, tunggu bas macam tunggu apa ja kat situ. then, nawal said, kawan dia pernah terkena macam tu, tup tup surat mahkamah sampai rumah kata tak bayar bill. seram? haah. kalau rasa nak hidup lama dengan haji amat, surat mahkamah atau sebarang bentuk surat sila lah jangan di poskan ke rumah saya. insya Allah, akan aman di rumah. hehehe. 

lepas tu, kami putuskan jumpa balik. hasratnya nak minta balik duit sebab rasa macam kena tipu. maka bermula la episod melodramanya. kata borang da hantar pada centre, duit pun da bagi pada centre. eh, tadi kata tu duit komisen. komisen means masuk poket masing-masing tapi kata dah hantar pada centre??? amboii. kau ingat kau bakal menggantikan kedudukan rosyam nor ka? fida dah bengang. aku da bengang, emma pun da bengang. bengang yang bila-bila masa boleh jadi bangang. tak pa. hebat kan lakonan kau? jumpa kat padang masyar la nanti bro. malaikat catit semua eh!

after a week, number maxis aku tak boleh guna. panik. nombor ni penting wei. banyak benda penting guna nombor ni. urusan rasmi, kawan-kawan, pakwe-pakwe semua tahu nombor yang ni. sadis hidup. telefon maxis, kenapa jadi macam ni, mereka kata "awak da tukar plan maxis kepada celcom". telefon celcom pula. "awak kena pergi ke celcom centre, mereka akan uruskan penukaran balik". konon!!, maxis juga yang tukar balik plan aku. pengalaman yang superb. kalau tak, sampai bila-bila tak tahu rasa kena scam kan? hahaha.

for those yang ambil duit kami dengan cara begini. 
kalau ikutkan mulut yang celupar ni,
nak ja saya cakap biar perut kembung makan duit dengan gaya begini.
aniaya orang lain kan?
tapi bila fikir balik, saya islam. awak pun islam. semoga allah menilainya dan membalasnya.
banyak lagi pekerjaan yang mulia eh.
 stop la. 
tak payah la nak cemarkan nama "celcom" tu.
pintu taubat Allah masih terbuka luas.
tukar la pekerjaan tu. 
tak best la. melayu buat melayu begini.


pada diri sendiri
kau pun satu
bendul kalahkan pembaris
lain kali kalau kena tahan begitu
minta ID pekerja dan double check by asking centre
tak pun cakap
"maaf la, saya da pernah kena tipu macam ni"
hati kena batu la sikit, qhalida amat oi.

lastly,
terima kasih pada customer service yang dengar masalah saya
terima kasih bagi guide macam mana nak selesaikan semua ni
terima kasih kakak kat maxis centre sebab bagi simcard percuma and dapatkan balik nombor
hanya allah mampu membalasnya.

p/s:jangan sangka aku baik sebab guna bahasa yang baik. bila volcano qhalida dah meluahkan lavanya maka ............

CREDIT TO THE RIGHT OWNER
*alooo comel blur macam gitu sekali kan? heee
#getwellsoonkimjongdae


Saturday 4 January 2014

L.O.V.E

assalamualaikum. my precious. mak dan apak :)
raya 2013

raya 2012
mak dan apak, 
semoga Allah limpahkan kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya kepada mak dan apak
qhali sayang mak dan apak
*squeezeeeeeee

ya Allah, 
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
 dan kasihanilah mereka sepertimana mereka kasihi kami sejak kecil.

*okay, sambung baca nota therapeutic balik, esok exam oiii!


Wednesday 1 January 2014

ahlan 2014



new year, new doodle, 
assalamualaikum :)

ahlan ya 2014. *skema.

eheee, da masuk tahun baru.
 umur pun da tambah angka satu.
 rumah pun da kata "nyah kau dari aku"
 dan kubur pula memanggil "marilah kepadaku"
*keh3, pantun tak berapa nak santun sangat.

sambutan tahun baru? tak da sambutan pun, kunyah keropok dalam bilik sudah la. nak tengok bunga api, membazir katanya. nak main bunga api, bahaya katanya. maka apa yang mampu, duduk dalam bilik dengan isma anati sambil kunyah keropok dan baru nak buka nota. baru nak buka ya kawan-kawan!

azam saya? azam tu kiranya perancangan ka? kalau azam is equal to perancangan, hancur la, qhalida amat punya perancangan selalunya kelaut terbenam di dasar. muhehe. hanya ada harapan sahaja.*tolong jauhi perangai aku.

harapan qhalida amat *bukan setakat tahun 2014, insya allah sampai bila-bila.

jadi hamba Allah yang baik
jadi anak yang baik
jadi anak yang solehah.
jadi manusia
*itu penting*

pada rakan-rakan yang lain, semoga perancangan anda pada tahun ni dan tahun akan datang, terlaksana, dengan izin yang Maha Kuasa. Insya Allah. 

happy new year* throw confetti