Friday 31 July 2015

career attack!

assalamualaikum.


 hiphip horray. alhamdulillah. praktikal exam untuk subjek neurology dah lepas. *lari lintang pukang satu rumah sebab rasa macam bebas.

walaupun aku jawab tadi macam.... alhamdulillah,tak dapat semua, dapat la sikit. tak gitu dokkk?

okay, kembali pada tajuk atas, last program yang di join ialah career attack. wondering? apa itu career attack? oh, ini untuk kakak-kakak dan abag-abang semester 8 yang baru habis praktikal dan OSPE yang terakhir.

dalam career attack ni, ada dua penceramah which are Dr Haidzir Manaf dan Puan Haironi from Hospital Putrajaya *tetibe terngiang zaman dulu

carrer attack memberi pendedahan tentang hala tuju semester 8 selepas graduate. cara-cara untuk di temu-ramah, resume yang mantap, hala tuju seperti sambung master instead of menganggur.

hah, AJK kali ni, aku jadi ajk jemputan dan ajk hadiah. ajk hadiah ni memang aku suka sebab dapat lenjan duit beli hadiahkan? ngahaha. tak tahu nak taip apa.
Me with kak atiyah. Memerangkap timbalan pengarah program

With sir haidzir. Hiks. 

Dengan barisan ajk. Dengan anak anak sir haidzir

Mulan dengan kak zati selaku peserta semester 8. 

Puan haironi. 

Ajk gila. Hahahahaha. 
Okay. Sampai didi sini sahaja. Muacchhhh. 



Practical at HRPZ II

Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak menulis. Hikhikk.
Sebelum apa-apa ke tajuk. Saya dengan rendah hati nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Minta maaf atas salah silap diri saya. Yelah. Mana tahu. Cara penulisan mengguriskan hati mana-mana pihak. Sekejap guna aku. Sekejap guna saya. Sekejap guna kami. Mungkin ada yang tak senang dengan penggunaan tatabahasa saya. Maaf dihulurkan.
Yang sadis raya tahun ni ialah orang lain pergi jalan raya sebulan. Aku seminggu raya pun tak merasa kat rumah tau. Sob3. Raya jumaat. Isnin minggu depannya da kena naik kuantan. Transit sebentar sebelum bertolak ke kelantan for practical. Ramai duk tanya kenapa pilih kelantan. For those tanya. Saya tak pilih la. Pensyarah yang tentukan. Ngahahaha. Ada ke logik anak amat seorang ni yang asal melaka yang memang hari hari makan sambal belancan cencaluk asli melaka tetiba minta kelantan? Hahahaha. Tapi okay disini.
Ramai duk kata makanan kat kelantan semua manis-manis. No wonder orang kelantan sangat cantik-cantik. Lawa. Hahaha. Tapi ada ja kedai menyediakan sambal belacan. So. Macam hilang rindu la sikit kat melaka tu.. *tipu*
Alhamdulillah
 Seminggu telah berlalu. Praktikal di pusat fisioterapi HRPZ II di kota bharu kelantan kali ni. Pagi pagi da senaman sebab jarak rumah sewa ke hospital ada la kena berjalan dalam 20 minit. Sampai klinik fisii cungap-cungap. Pokok tak sempat buat oksigen kami da habis sedut oksigen tu. Hahahaha.
Da sampai klinik. Puan yanti suruh pergi unit latihan untuk pendaftaran. Dan unit latihan untuk memohon pas pelajar. Epas tu balik klinik balik. Jumpa puan halimah hashim. Head of department di situ. Puan halimah sangat peramah.
Overall seminggu disini alhamdulillah. Ada benda boleh dipelajari. Ada benda boleh dijadikan contoh. Ada benda yang kalau boleh nanti da jadi pegawai jangan buat.
bak kata pepatah melayu "ambil yang jernih, buang yang keruh."

Nah. Belanja gambar dua tiga biji. Ngahahaha.
sekian.

Doakan yang terbaik buat kami.
doakan kami sihat walafiat di negeri orang.
doakan kami ikhlas merawat pesakit
Doakan kami dipermudahkan menerima ilmu
Doakan kami dapat perdana menteri baru. Opppssssss


Berjalan-jalan ke belakang hospital. Hikhikkk. Jumaat cutiiiii


Hari pertama berjalan kaki ke hospital. 

Fadzilah, rabiatul dn norafida di unit latihan. Hukhukkk. 


Monday 6 July 2015

in progress. maybe?


assalam.

bagi cak kun cak sikit la for the next posts. ecehhh. retis gaya gitewww.*geli

career attack untuk semester 8. i sebagai ajk hadiah. weehuu. i memang suka shopping barang bagi orang ni. hahaha
program JAM. i sebagai setiausaha yang pemalas. do trust me. hahahaha. 


selasa ada practical exam. do pray for our success. akan la nak minta doakan saya seorang je kan. yang lagi 38 budak kelas pun ambil practical exam yang sama. hihihi. good luck gegurl beboy. xoxo :)

semester 4


Hu ha hu ha. Dah masuk semester 4 pun.

Mana assalamualaikum kau ni qhalida oi.
Ehem ehem ehem *clears throat

Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan rahmat Allah selalu. Post kali ini berkisar tentang semester 4. Berkisar-kisar bagai ingat ni blender ke apa?

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menempuhi satu semester lagi. Walaupun subjek da berkurang tapi entah. Busy dia. Mak aih. Kalah si tuttt tu hah. Hahaha.

Evidence-based practice
Kelas ni Sir Adli yang ajar. Nak bagi recall balik siapa Sir Adli. Yang dulu ajar musculoskeletal practice tu hah. Kelas ni kami belajar tentang nak review article dari journal. Ada journal yang bagus ada juga yang tak menepati kriteria kriteria PEDRO Scale tu. Nak tahu lebih lanjut. Mai masuk belajar eh. Hahaha. Dan kelas ni setiap minggu ada assignment. Masak kepala tahu tak. Walaupun dia tiada masa final tapi nak menghantar assignment tiap-tiap minggu. Haihh. I da kata I busy orangnya. Kalahkan si tuttt.

Neurology 1

Alhamdulillah. Dulu mungkin da belajar neuron and what so called berkenaan dengan nervous system ni kan. Tapi ketahuilah, aku tak suka subjek yang melibatkan brain semua ni. But, Encik Romizan berjaya *berjaya la sangat* buat mata aku celik apa yang kita boleh bantu pesakit-pesakit yang melibatkan nervous system ni. Lagi-lagilah untuk pesakit stroke. Tanda-tandanya. Cara memeriksanya. Seronok kelas ni. Dan Alhamdulillah, banyak yang dipelajari dalam kelas ni. Semoga allah memberkati Encik Romizan yang ajar, yang selalu buat kelas sampai nak injak ke pukul 6*tak selalu tapi ada. Hahaha. Sebab Encik Romizan pun busy orangnya. Boleh kalahkan si tuttt.

Neuroscience.

Kali ini encik yang mengajar kami Sir Haidzir Manaf. Supposed to call him Dr. Haidzir Manaf. Huhuhu. Best. Tips dengan Encik Haidzir amat senang. Soalan quiz tu sila la salin. Probability untuk keluar masa final sangat tinggi. Trust me. Kelas ni lebih belajar pada anatomy brain itu sendiri. Cerebellum, cerebral cortex, midbrain, Circle of Willi, kamu-kamu yang membaca pun da macam “apa kau mengarut ni qhalida oi”. Tak tak. Kelas ni tak mengarut. Ada masa seronok bila belajar neuroscience. Masa dapat tangkap apa yang kawan-kawan buat presentation. Yang tak seronok bila present aku tidur. Bad Habit!

Critical care

Sob3. Last semester dengan Sir Vikram Mohan. Lepas ni tak nampak sir yang tinggi lampai, yang jejarinya cantik bak pensel kayu yang diasah. Runcing gitu *apa punya perumpamaan tu*
secure tempat sebelah sir. orang lain duk kalut kemas buku, aku duk kalut rebut diri sebelah sir. otototot

atetibe aku rendah adalah kerana aku nak bagi peluang cameraman ambil gambar hafiq kat belakang aku tu. hahahah

pointing at sir. thanks a lot sir. for these 3 semester. hahahah

Kelas ni sangat-sangat seronok. Walaupun gemuruh bila sir duk tembak-tembak suruh recall apa yang dibelajar sebelum memulakan kelas pada hari tersebut. Kalau dah study malam sebelum kelas tu boleh la pandang muka sir and kekonon “sir, do choose me, I will explain it” tetapi aku sibuk kalahkan si tutt. Maka aku pandang ke bawah. Cuba mencernakan jalur-jalur buku aku yang kosong. Lepas tu buat-buat busy tanya orang sebelah “eh, betul tak apa yang kau jumpa sama yang aku jumpa?” itu semua plastik!!. Hahahaha.

Kelas ni kebanyakkannya kami belajar tentang jenis-jenis incision untuk buat pembedahan. Kesan anaesthesia pada badan. Senang kata, apa yang melibatkan dalam unit ICU (Intensive Unit Care) tu la yang kami belajar, oxygen therapy, jenis dia. Dan so on.

Bahasa arab II

Semester ni dapat ustaz. Dulu dapat ustazah. Ustaz kelakar. Aku pun wonder macam mana dia boleh jadi ustaz Bahasa arab. Hahaha.

Ergonomic

Means laws of works. Ngahaha. Nampak tak masih melekat maksud ergonomic dalam kepala aku. Kelas ni walaupun ramai yang ala-ala syahid gitu tapi aku tak pun*itu tipu*

Kelas ni kami belajar tentang human, environment dan machine. Relationship between them. Musculoskeletal disorder yang human boleh dapat bila terlalu lama berdiri, atau duduk atau tenung lappy macam anda semua tengah buat sekarang ni. *haaa!, caught you!*

Seronok la kelas ni sebab Sir Ghazali banyak bercerita. Pengalaman dia. Jenis-jenis machine yang canggih boleh memudahkan kehidupan manusia itu sendiri, implikasi mesin terhadap alam dan manusia itu sendiri.

Betul la. Ada orang kata, machines was invented for lazy people. Ke machine makes people become lazier?

Relationship? Nak aku bagi contoh ka? Instead ke perigi, ceduk air, basuh baju guna papan gigi-gigi tu, perah bagi buang air dan sidai di bandingkan dengan masuk dalam mesin basuh, tekan butang no net no net, campak softlan, sabun attack sikit and waits for about one hour later. So, compare la mana rajin mana malas.

Tapi basuh guna tangan boleh kena MSD. Improper alignment of body during full squatting *just shut up qhalida*

Okay, bye, penat menaip. Annyeong and wassalam.

*annoyed with tutt tutt sound? Hahaha. Kalau update isu semasa, you already know siapa yang saya cuba cakapkan. Hahaha.

aerobik yok!7.0


Assalamualaikum kepada semua. Hokkk! Jangan perasan nau sangat qhalidaamat oi! Tiada manusia yang nak baca pun. Sob3.

Hahaha. Apa punya mukadimah sadis benau la kan? Keluar dah Bahasa Melakanya. Ulau melingkau atas pagau. Hahaha

Post tentang kali nak bercerita tentang Aerobik Yok! 7.0 yang diaadakan pada bulan Mei yang lepas. Nak suruh aku ingat tarikh memang wassalam la. Banyak lagi benda kena ingat. Hahaha. Sorry and sorry.

Kelainan Aerobik Yok! 7.0 kali ini mengasingkan lelaki dan perempuan. Rugi siapa tak datang tahu tak! Hahaha. Kami mengadakan majlis Aerobik Yok! 7.0 di dewan sebelah perpustakaan UiTM tu hah. Nama dewan pun aku tah tahu. Apa jenis siswi la aku ni ( -___-  ). Dan terus terang aku cakap sambutan kurang menggalakkan. Adakah mungkin sebab pelajar diploma dan asasi tiada maka masing-masing macam hambar atau perjalanan yang jauh dari kolej nak ke dewan bawah tu. Al maklum la. Nak menapak tangga UiTM ala-ala batu caves tu hah. Mahu tak tercabut synovial joint kat lutut tu hah. Hahahaha.

So, kali keduanya diadakan semula di dewan serbaguna rafflesia. Dan sambutan amat menggalakkan. Adakah mungkin sebab pelajar diploma dan asasi yang baru masuk meramaikan majlis atau perjalanan yang da singkat. Tak payah nak turun naik batu caves lagi. Huhuhu. Ini pandangan aku la. Mungkin ada faktor faktor lain yang menyebabkan begitu. Tah tahu la. Yang pastinya pelajar lelaki dekat dewan serbaguna angsana itu lagi la. Hahaha. Tak tahu nak kata apa.

Perasmian every semester ada. Kali ni qhalidaamat jadi ajk protocol yang dimana aku tak da confident da lepas ni nak jadi ajk protocol. Hahaha. Lebih gemar terlibat di belakang tabir sahaja. Ecehhh. Tak nak glamour la gitu gayanya! *pang pipi please
post diploma fisio with post matrix student. tema kami kali ini biru. im singing my blueeeee. 


aku, nadzril, fida dan zahida.

hafiq. aku, fida, nadzril yang pejam mata. dan zahida. ngahahaha. pidot saja ja amek gambar nadzril tutup mata. hahaha

Dan sambutan Alhamdulillah. Menggalakkan dari pelajar siswa dan siswi itu sendiri. Hik3. Dah tak tahu nak cakap apa da. Tengok gambar je boleh ea?

ni gaya aerobik fida. hello. aku bawa lagu somebody to love. almaklum. kipas susah mati bigbang ni!

gaya uitm dihatiku gitu. ngahahaha. 
Adios amigos kuih warna asparagus! Apakah? Annyeong!
 nantikan junior kami pula yang buat okay!