berita yang sangat mengejutkan bila online facebook. sungguh.
al-fatihah buat almarhumah cikgu zaleha bte mohamed. sungguh, sedih yang amat. a great teacher for me. Allah menemukan saya dengan guru sains yang sangat superb. dia buat saya suka sangat pada subjek sains. sebelum ni, memang saya macam malas sikit pasal sains bila masuk laboratory tapi tak boleh buat eksperiment, rasa frust. tapi dengan dia, banyak eksperiment kami buat. masih terngiang dia ajar sains chapter senses. dia cerita mangga cicah kual kicap cili api. semua dalam kelas dah salivate tahap cipan. dia buka mata saya yang science is a natural phenomenon that occur is our daily life.
tapi masa pertengahan form 3, cikgu pindah johor semula. hanya allah tahu betapa remuknya hati bila tahu dia nak pindah. separating is just hurtful. nasib baik ada number telefon cikgu dan masih contact sampai la masuk universiti.
a glimpse of her everyday in the school, betul-betul buat saya bahagia.
saya masih ingat betapa lajunya cikgu berjalan di koridor,
saya masih ingat bunyi kasut cikgu berlaga dengan lantai dan tangga bila cikgu jalan at next building
saya masih macam mana saya bending my body just to see you at the back of class.
saya masih ingat bila cikgu lambai saya dari bagunan sebelah. nak bagitahu dia nak pindah. heart attack.
saya masih ingat bila ambil gambar dengan cikgu.
saya masih ingat bila saya tak tumpu dalam kelas semata-mata nampak cikgu mengajar at next buliding.sampai cikgu dalam kelas terasa hati sebab saya tak tumpu dalam kelas.
saya masih ingat bila cikgu suruh buat buku skrap subjek sains. saya rasa bangga sangat bila cikgu bagi mandat cam tu pada saya.
saya masih ingat kereta kancil warna merah cikgu.
saya masih ingat bila ambil result PMR, cikgu ada bersama saya. sama-sama tengok slip saya. senyuman itu.
saya masih ingat when we shared a call conversation during my SPM. mintak restu dengan cikgu yang nun jauh di johor. sungguh, bersemangat habis bila da cakap dengan cikgu.
saya masih ingat macam mana saya kejar cikgu masa cikgu melawat anak cikgu di penang, kebetulan anak cikgu belajar sama di UiTM penang. cikgu called, kata ada di penang. tapi tak sempat jumpa. hanya nampak tubuh cikgu yang berada di hadapan bangunan nilam sahaja. tapi, itu da mencukupi segalanya.
cikgu zaleha, terima kasih saya ucapkan atas ilmu-ilmu yang cikgu bagi. insya Allah, sampai nyawa saya habis pun saya akan ingat cikgu bila-bila. bersemadilah dengan aman cikgu. cikgu meninggal hari jumaat. no serious complication of disease. meninggal dalam tidur. Allah :(
sungguh, terima kasih atas segalanya-galanya. maafkan saya cikgu kalau saya tak membanggakan cikgu.
p/s:pada siapa-siapa yang baca post ni, sedekahkanlah al-fatihah buat cikgu saya ya. nak lagi tambah pahala, bukak yassin langsung ok?
adieuss :(