Wednesday, 15 May 2013

selamat hari guru :)

assalamualaikum dan salam manis semanis smarties yang tak elok untuk gigi. muhehehe.

hari guru bakal menjelang, maka,

SELAMAT HARI GURU!
HAPPY TEACHER'S DAY


terima kasih pada guru-guru yang banyak mengajar. memberi ilmu, merotan, mendenda saya sepanjang pembelajaran saya sama ada di tadika, sekolah rendah, sekolah agama, masjid, sekolah menengah, universiti dan tempat kerja. pekerjaan anda yang sangat mulia. hanya allah yang mampu membalasnya.

dan saya nak minta maaf jika saya ada membuat salah dan silap sepanjang pengajaran yang cikgu-cikgu beri. eheee. saya anak murid yang baikkan? saya tak buat kacau, saya tidur je senyap-senyap. muheheh. 

yang paling terel bila mak ayah datang untuk laporan peperiksaan atau hari bertemu waris

"anak encik dan puan selalu tidur di dalam kelas semasa dalam pembelajaran, maka kami akan menanya soalan agar dia sentiasa berjaga dalam kelas"

*sumpah, dari tingkatan 1 sampai 5, ulasan yang sama, kau ada? muhaha. tolong jangan ikut perangai buruk aku yang hodoh lagi comot ni. 

alhamdulillah, berkat doa guru-guru yang awesome dan ibu bapa yang daebak dan kawan-kawan yang superb, saya berda di sini. masuk universiti, praktikal dengan lancar dan keputusan yang baik. alhamdulillah.

kepada cikgu tadika, cikgu mimah dan cikgu juriah, terima kasih.

kepada cikgu sekolah rendah,
terima kasih cikgu abdullah sebab rotan saya dengan berterusan dan akhirnya dapat juga A dalam matematik.
terima kasih pada cikgu zarina omar kerana suara lantang andalah membuatkan kelas kami sentiasa menjegilkan mata dengan tekun.
kepada cikgu yang lain, terima kasih. sekolah rendah sangat seronok

kepada cikgu sekolah menengah.
terima kasih cikgu muleyani sebab ajar saya matematik sampai la bawak ke matematik tambahan. lama woo dan terima kasih sebab selalu urut saya bila saya mengantuk dan akibatnya saya makin tidur. maafkan saya. terima kasih pada ustazah aisya yang comel lagi loteh tu,
terima kasih pada cikgu badariah yang mengajar kimia,
terima kasih pada cikgu hasmaliza yang cantik lagi ayu mengajar fizik dan sentiasa meng'aim" stokin kaler-kaler saya.
terima kasih pada cikgu azlina idris yang comel ajar saya bahasa melayu.
terima kasih pada cikgu azlinda yang baik ajar saya modern mathematics
terima kasih pada cikgu muner yang ade killer smile yang mengajar sejarah. muheheh.
terima kasih pada ustazah tibidah yang selalu buat kelas tambahan bahasa arab tinggi dengan harapan kami dapat A untuk spm. tapi aku hampa, arab tinggi aku dapat B+. padan muka aku.
terima kasih pada cikgu zaleha. yang mengajar saya sains sampailah saya begitu sangat sekali meminati sains. muhehe.
terima kasih pada cikgu biology, terima kasih. cikgu comel macam nobita :)

terima kasih para lecturers di penang.

terima kasih atuk-atuk yang ajar saya mengaji di masjid, arwah tuk khatib,arwah tuk khamis, tuk borhan dan tuk yassin. sangat seronok bila lawan-lawan menghafal surah dan compete dengan budak lelaki. time tu sekolah rendah derr.

terima kasih pada ustazah-ustazah yang sabar lagi tabah dapat anak murid yang sengal bersuara lantang masa sekolah agama. eheee..ustazah liza, kerana anda, saya fall in love dengan bahasa arab. ustazah nora, ustazah normala, ustazah shahizan dan lain-lain lagi.

lastly, selamat hari guru!. may allah bless all of my teachers.

p/s. fuhh..penat den

No comments:

Post a Comment