Monday, 20 May 2013

Alpa


Assalamualaikum dan peace upon you.

Ya, aku si alpa,
Aku si pelupa,
 aku si lalai,
 aku si manusia.

Alkisah bermula bila aku takut sangat nak ambil test jpj untuk motor. Dah siap nak nangis-nangis sebab takut tak lepas ujian jpj. Yelah, lepas ni, aku kena menghadap kelas dan sekaligus test jpj untuk kereta pula. Ya, aku manusia yang takut akan dimarah oleh cikgu akibat tak practice pandu kereta . dan yang paling aku takut bila aku tak lepas test, aku kena bayar ujian tu balik. RM 65 taw. Mahal! Tu sebab aku berat hati. Sob3.

Then ieja said.

“qhali, Allah itu ada. Buat apa nak takut pandangan orang. Buat apa nak takut orang lain marah. Asalkan kau rasa apa kau buat betul , maka teruskanlah. Tak maw la takut-takut nak ambil test jpj tu. Insya allah kau lepas punya”

Aku tersentak.

Sedetik dua detik tiga detik saat berhenti.

Aku lupa kerana Allah yang pegang hati manusia.
Aku lupa kerana Allah yang menggerakkan hati pegawai jpj agar aku lulus ujian.
Aku lupa kerana Allah yang bersifat kun fayakun, maka jadilah!
Tskk tskk tskk :(

Mungkin aku terlalu timid dengan keaadaan sekeliling, terlalu pentingkan pandangan orang lain terhadap aku. Terlalu risaukan benda-benda kecil sampai melarat. Ohh

Aku selalu nasihatkan orang lain apa yang terjadi mesti ada hikmah. Even kau gagal dalam test ada hikmah kenapa Allah uji kau begitu. Bila kena pada diri aku. Aku lupa nak praktikkan apa yang aku duk nasihatkan orang lain.
 Ya, aku manusia si alpa.

Ya, sekarang aku melembutkan hati aku balik agar jadi macam doh pau. Lembut-lembut gitu !

Terima pengajaran, terima kenyataan, terima qada’ dan qadar. Terimalah wahai qhalida oi! *slapslapslapmyface

Sekarang tinggal kelas dan jpj kereta. Tskk tskk tskk. Aku lupa segala bagai nak memandu macam mana weh. Aku lupa apa yang kena betulkan sebelum start enjin, aku lupa macam mana nak pusing kereta untuk jalan mati. Termasuklah naik bukit dan parking. Tskk tskk tskk.

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.
Ye, aku dah Nampak pengorbanan aku apa, duit, masa, hati, telinga dan lain-lain. Cekallah kau, wahai qhalida.

Allah ma’ana. Allah ma’ana. Allah ma’a qhalida. Abadan abada. Insya allah.

Ya, allah.
 Berjayakanlah kami dalam menempuh ujian yang mendatang. Lindungilah kami dari sebarang kecelakaan. Tetapkanlah hati kami dijalan-Mu, maafkanlah kekhilafan kami dari sekecil-kecil zahrah.

Ya, aku manusia yang hanya tahu meminta saja. Membalasnya tidak.
Ya, aku manusia si alpa.

p/s : aku tak baik. Aku ta sempurna nak bagi syarahan. Sekadar perkongsian.agar tak jadi manusia macam aku.
 Ya, aku si alpa.

Till then, assalamualaikum
Ingat, hati manusia itu Allah yang pegang. Dia nak twist hati manusia bila-bila saja.



No comments:

Post a Comment