Monday, 15 January 2018

Konichiwa japan part 3

Assalamualaikum.

Konichiwa part 3 ni nak cerita pasal apa ya? Hah. Ingat dah. Kami jalan jalan di Nara untuk kali ni.

Untuk pengetahuan. Kami ni berjalan patutnya ade tour guide since kakak guna pakej. Tapi pakej ni nokhorom. Tour guide last minute tak muncul di airport. Maka kami buat la jalan kami sendiri. Sesat sendiri, jalan sendiri, semua sendiri la. Bila dah tak ikut tour guide, maka nak berjalan tu anytime. Tak too strict. Tapi tengok orang lain jalan dengan tour guide macam seronok pula. Sebab tour guide tu terangkan this place is yada yada. Built on yada yada yadaaa. Kami ni menghimpit la dengar sekali. Agak-agaknya dosa tak eh? Hiks

Day 3 kami di Nara. Nara ni istimewanya ialah rusa rusa dia yang berkeliaran bagai hah. Habis disondolnya kami. Bunyi plastik pun dia sondol. Peta aku pegang pun dia nak ngap. Dia ni agaknya tak boleh bezakan kertas dengan biskut. Takpa la. Haiwan pun kan?

Since kami sampai agak lambat di nara dengan nak paham apa orang dekat kaunter bas tu terangkan jenis jenis tiket nak ke Nara park tu, kami sampai sekitar 2pm lebih. Wei. Sini pukul 4 lebih matahari da start packing packing nak balik tidur wei. Pukul 5 gitu da masuk maghrib. 6 da isyak. Ahaaaa.

Sempat la bermain dengan rusa. Bagi makan rusa. Tapi satu rumusan yang aku dapat buat, qhalidamat tak sesuai nak jadi doktor haiwan. Ni rusa datang dekat minta biskut pun da takut macam apa. Lagi pula bila disondol. Rasa nak picit je perut dia tau!

Agak agak biskut da habis. Biskut kalau nak beli harganya 150¥. Kami pun berjalan la dekat temple berdekatan. Tu yang duk sibuk dengar sekali temple ni berumur yada yada yada. Salah aku juga tak study bagai sebelum nak datang negara orang. Lain kali study dulu negara orang. Tak da la macam aku hah. Noob gila. Di pintu pagar ada batu berhala as a guardian dia dua sisi pintu. Besar mak aihhh. Kadang kadang kepala ni terpikir, bagaimana orang yang beratus tahun dahulu buat ukiran yang begitu halus bagai dan teliti yang amat. Dia guna alatan apa? Berapa orang yang buat? Kagu ah senang cerita. Nak masuk dalam kena bayar 600¥. Maka aku menghentikan langkah tapak ku da patah balik rumah. Ahaaaa.

Balik naik bas since kami da beli tiket around Nara tu. 3 kali pusing wei sebab saja nak duduk dalam bas lama lama. Dalam duduk bas tu la nampak salji. Ommmooo. Indahnya. Tapi dia macam segan malu nak jadi ais gitu la.

Sampai sini sajalah. Da magrib. Mak kata banyak setan magrib magrib ni. Kih3. Have a nice day. Stay tune for another updates!



I'm here!


Habis dia meluru kat uncle ni. Nasib kau la uncle. 


Ni tasik depan temple ni. Breathtaking view betul!



With my kakak. Excuse my annoying face. Muka berkerut lagu tu sebab hadap matahari dengan berkuping kuping sebab kering. Bibir pecah. Heolll tak seksi macam Kim Kardashian dah. 

Okay. Sampai sini. Assalamualaikum.

Thursday, 11 January 2018

Konichiwa japan part 2

Assalam. Anyeong achim *tetibakoreapehalplak*

Now 6.17 am in osaka, japan. Lol. Sejuk nak mati. Bila angin sepoi sepoi tu datang, ibarat kata mcm sepak sepak muka dengan bongkah ais gamaknya. Ahaaaa.

Semalam, alhamdulillah Allah bagi peluang tengok muka bumi Allah yag luas ni. Pemandangan di Bamboo Forest, Kyoto ni memang mesmerizing sangat. Awww. Mesmerizing tak nahan!

Tapi tengok gaya tamannya semalam lepas turun last station dari hangkyu railway, ini tempat will be more stunning when spring time. Sebab berlambak gila pokok sakura a.k.a cherry blossom di sini. Qhalidamat da boleh membayangkan diri duk di renjis-renjis dibilis dengan daun-daun bunga gitu. Ala-ala diva kawen kena baling kelopak mawar gittewww.

Bukan tak nak cerita banyak, nak sebenarnya. Nak juga cerita train apa kami ambil, pass apa kami ambil, sarapan apa kami ambil. Eh?! Nasib abam oppa oppa jepun ni tak ambil. Kang amek bawa balik melaka mampuih puan badar dengan en amat terkejut apasal dari tadi arigatou arigatou hah! *okay, hambar*

Okay, belanja gambar sikit okay. Bak kata kakak, muda muda ni la nak tengok negara orang. Yela. Melaka tu sendiri aku tak habis belajar hah. Ahahaa. Takpa. Allah bagi peluang. Bila pergi melancong ni. Banyak pengajaran dan iktibar boleh di ambil. Bukan saja-saja Allah bagi peluang. Ye idok? Eh, makin jauh penulisannya hah. Till then, babies?

I guess this is cherry blossom tree. Mana awak ni, jauh jauh datang dari Malaysia ni. Ahaa. Memang la idok nak keluar. Pergi masa musim winter. Tapi scrolling thru instagram, ade photographer snap gambar sakura da budding dan ada yang da berbunga. Insya allah, qhalidamat will find you!

Arashiyama, I datang ni!

Masa on the way naik ke bamboo forest, ternampak kedai rillakuma ni. Automatik kepala teringat kat my baby boo di johor tu hah, Fida Sahrim. Banyak gila product rillakuma ni. Dari makanan ke beauty product tau. Ni kalau fida nampak rillakuma ni mahu dibawanya balik malaysia. 

Bamboo forest!. Masya allah. Buluh ja banyak. Oksigen pun banyak. Ni bagus untuk sel-sel kepala berhubung *slapsmouth*

Finally, Arashiyama, I datang ni! Baju sejuk ni beli bundle ja. Orang jepun bukan pergi dekat and tilik baju baru ka baju lama. Unless mata depan jenis mata scanner. Tett. 10, 000¥. Tett. 15, 000¥

Belanja satu kali lagi bamboo forest. Tempat ni memang menenangkan. Hijau hijau au au. 
Okay, done for today. Hari ni nak pergi mana pula.

___________, I datang ni! Will be continue soon. Insya allah! Till will meet then!

Wednesday, 10 January 2018

Konichiwa japan


Berseliratnya map keretapi di jepun ni. Sama sepertinya selirat kepala qhalidamat. Hamek kauuuu. Kena jadi tourist guide terjun weii. Hamek kauu. Sampai awaji station semua serabut sesat sampai kandai-mae. Ahaaaa. Stay tune for another updates, my cutie bloggi-es?