hello, kena bayar balik tau duit tiket bagai. ahahaha. qhalidamat pergi pun sebab menggantikan orang yang dimana last minute tak dapat pergi tapi dia da habis bayaran pada travel agensi. lagi pula kakak sogok paksa, mak apak pula kata pergi la tengok negara orang. maka nak tak nak pergi la buat passport muka semangkuk kena tanggalkan spectacles kemas barang bagai untuk ikuti sekali perjalanan ni. ahahaha. rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. giteewww
hamek kau!, hutang keliling bdan terus lepas balik jepun, bukan setakat keliling pinggang tau, keliling badan hah! dan insya allah, kalau ada rezeki yang mencurah curah, nak ulang pergi ke jepun pada musim bunga pula. weii! kat arashiyama tu berlambak gila pokok sakura. osaka pun ada juga tapi perasaan bila berada di kyoto dan osaka tu lain sangat. ibarat kata la, kyoto tu kekampungan, ketradisionalan, ketatasusilaan. *apa jenis bahasa pun aku tak tahu la*. osaka lain pula, lebih pada kemodenan, kecanggihan, bangunan tinggi lampai. loll.
tapi kami datang masa musim salji, memang idok la si sakura sapura kura kura semua nak berbunga wei! tinggal ranting ranting je pun. sob3. mohon doakan agar diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah tak muat bank untuk jejak langkah kesini lagi.
satu benda yang aku setuju dengan segelintir bloggers yang buat review pasal jepun bagai ni,
"kalau pergi jepun jalan seorang pun tak de hal"
nak tahu sebab apa?
penduduk dia. mereka jenis tak ambil pusing apa saiz kau, apa brand baju kau pakai, apa gaya tudung lilit sana lilit sini, dia takda nak pandang sinis apa bagai atau duduk soksek soksek dengan orang sebelah ngumpat sini sana. tak, mereka tak macam tu.
lagi la kalau masa naik train tu, diorang pasang earphone, tengok phone atau tidur. ada yang segelintir tu membaca dalam train. ada yang tu acah acah tulis dalam planner, lagi sekali pandang da tertidur. kih3.
masyarakat dia jalan nauzubillah, laju!. tak sempat nak salam peluk cium pipi kanan pipi kiri atas dahi janji bukan mulut tau. ahahaha.
dan persekitaran dia yang selamat membuatkan aku rasa macam "eh, macam seronok je travel datang sini seorang diri" gitu la. kalau pergi mungkin berdua sesama jantina pun okay, kalau pergi lain jantina yang halal lagi toyyiban pun okay. ikut la masing masing. tapi bila kat sana, kita huha huha rasa berdosa gila wei!. dalam train tu senyap ja. walaupun macam sardin terjuih sana sini tapi senyap ja. yelah, mereka kata masyarakat jepun sangat menghormati privasi orang lain. gitu! selalunya yang huha huha dalam train tu jenis manusia yang bawa beg roda besar besar dan bawa peta kat tangan. iye, itu kami panggil pelancong. macam aku. kah3.
okay la, insya allah akan bersambung untuk konichiwa part 5 pula. tiada gambar untuk post kali ini sebab gambar semua dalam phone, pendrive yang boleh cucuk phone dan laptop da rosak tak boleh guna, butang bluetooth laptop pun da jahanam maka kena la transfer ke laptop lain lepas tu cut paste ke dalam hard disk. eh, banyak nau kerja pula kan, apasal tak hantar kat email bagai ja kan? qhalidamat kepala dia complicated sikit, benda senang, dipayahkan. macam tu la senang kata.
till then! bye!