Saturday, 9 November 2013

live your life :)

assalamualaikum dan salam sejahtera. hek. ayat skema * kunyah biskut~

live your life. jumpa quotes ni dalam buku Hlovate rasanya. ke aku salah? hee. betul la tu rasanya.
alhamdulillah, selepas melalui minggu yang agak rasa nak balik pinggan mangkuk keluar tingkap, buku semua nak gigit gigit kunyah kunyah then kepala serap nutrient nutrient buku tu. 4 test. ikutkan 5. jangan risau. assignment tak bersentuh lagi. apa nak jadi dengan qhalida amat ni hah?

kehidupan pelajar. nak tak nak kena hadapi la. tak semua orang mempunyai nasib yang sama. nak berjaya tu bukan ada satu "lebuh raya " pun. sedangkan lebuh raya kat malaysia ni ada banyak, maka nak berjaya pun banyak la gayanya. jangan berputus asa. Allah tak suka orang yang berputus asa.

memang, Allah ciptakan manusia ni berbeza-beza. untuk apa? supaya manusia boleh belajar menghargai variasi ciptaan allah. ace cuba bayangkan manusia ni semua sama. IQ sama, muka sama, tahi lalat atas bibir belah kiri pun sama!. ohhoii !, bosannn.

ada manusia allah bagi dia pandai sungguh. ada sebab. ada hikmah, ada ujian.
Dia nak tengok samada hambaNya bersyukur atau tidak?, adakah hambaNya menggunakan nikmat yang diberi sebaik mungkin? adakah HambaNya bersedekahkan nikmat-nikmat yang diberi oleh Nya kepada manusia lain? kan? ke aku salah?

live your life. hidup anda. anda yang tentukannya *cliche enough.

jangan bersedih. aku pun. memang agak pfffttt bila kita hafal macam nak rak tiba-tiba bila exam tak boleh jawab. insya allah, sampai satu masa, apa kesusahan kita, apa jerih kita, apa usaha kita. Allah akan menilainya dengan seadil-adilnya. benda ni semua perlu muhasabah diri juga. perbetulkan apa yang salah. luruskan apa yang bengkok. jernihkan apa yang keruh. muhehe.

thinks positif. walaupun aku manusia yang selalu pikir negatif, selepas asyik kena marah dengan ieja. sekarang ni, alhamdulillah. boleh pikir positif dah. keh3.

tak seronok la kalau hidup ni tak berliku kan? nanti tak da cerita best nak diturunkan ke cucu cicit!
*amboi anak amat, besar cita-cita kau sampai cucu cicit hah!

sedangkan mesin degupan jantung tu pun ada turun naik, turun naik. apatah lagi hidup kita. kalau tak jatuh, mana boleh nak belajar berdiri balik kan? macam garisan lurus dan garisan bengkang-bengkok. kalau hidup ni garisan lurus sahaja. hah!, sampai kat segi tiga bermuda la kau jalan lurus ja. cuba garisan bengkang-bengkok pula. silap hari bulan. you can create another "picture" in your life.

dont be sad. He will count every single things that happen in your life.and He will repay you as you deserve it. insya allah. yakin dengan Allah. senyum :)

senyum. tak perlu kata apa-apa ~~
never give up!, never give up!, never give up!. you can do it!. *tepuk tangan bersihkan serdak biskut.

adieussss :D



No comments:

Post a Comment