Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Semoga pembaca dan tuan punya blog dilindungi dan dirahmati Allah
selalu. Hee J
Sungguh, Al-Quran itu seperti
novel. Dimana ada bahagian kita gembira, ada tersentap, ada menangis. Pucuk
pangkal hati masing-masing sahaja mahu mendalami atau tidak akan keindahan
bait-bait Al-Quran itu sendiri.
Surah Yunus, ayat 12. Membuatkan
saya terpempan *betul tak ejaan ni?
Bila ditimpa musibah, bala,
kesedihan, dan kedukaan, pada masa itulah macam nak runtuh kita minta
pertolongan Allah. Saya pun tidak terkecuali. Bila nak hadapi peperiksaan, bila
buntu baca tak masuk-masuk, bila keluarga sakit, sungguh-sungguh minta pada
Allah agar di jauhkan segala kesedihan tersebut. Tapi bila halangan telah
tiada, kembali alpa. Dah tak berdoa. Dah tak meminta. Dah tak mengadu. Jadi
lupa pada si Dia. Si Dia yang menghilangkan duka. Si Dia yang memberi
kegembiraan. Si Dia yang memudahkan sesuatu urusan. Si Dia yang memberi
kesembuhan. Si Dia yang segala-galanya. Allah.
Jangan mudah menuding jari pada
orang lain, takut kelak hari kita yang kena.
Jangan mudah membuka aib orang, mencanang
orang, takut kelak kita pula di”canai”kan orang
Jangan mudah membuat keputusan
tak tentu hala, takut kelak kita di timpa bala.
*dah boleh buat pantun hah,
pantun jangan mudah, jangan mudah ~~
Penghujung ayat lagi menyentapkan
hati. Bak kata Hlovate. Kita sentiasa memandang diri kita sebagai “watak putih”
dalam Al-Quran. Tapi pernahkah kita terdetik kita juga “watak hitam” dalam itu
juga. Manusia. Hanya mahu yang baik. Tapi tak nak buat baik.
Ingatlah pada Allah pada setiap
saat, dia yang memberi izin-Nya agar kita bernafas pada hari ini. Sudah anda
mengucapkan Alhamdulillah hari ini? Tak salah nak tertonggeng-tonggeng meminta
sesuatu pada Allah, memang hanya pada Allah sahaja selayak-layaknya kita
memohon pertolongan. Sepertimana dalam surah Al-Fatiha ayat 5; “Hanya kepada
Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan”.
Cuma. Jangan dilupakan si Dia.
Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah, atas
segala-galanya.
Ampunkan saya Ya Allah, atas kealpaan ku terhadap Mu ya Allah.
Berkati ibu bapa ku, ahli keluarga ku, saudara-mara ku, jiran-jiran ku,
guru-guru ku, rakan-rakan ku dan sekalian umat muslimin dan muslimat ya Allah.
Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Jalan yang lurus lagi Kau redhai, Ya allah.
Ameen”
*yeah, pembaca telah membaca doa
ini. Semoga pembaca juga diredhai Allah. *usap muka
p/s: saya pun manusia yang selalu
ning-nong juga. Bila sedih minta macam nak rak pada Allah. Bila tak da apa-apa,
lipat telekung laju-laju lepas solat, buka laptop dan hu ha hu ha lepas tu. *sepak
muka laju-laju.
Sekian, segala yang baik datang
dari Allah, yang tak baik, datang dari manusia yang bernama saya, Qhalida.
Muhehehe.
Adios.Asbestos.Sayurasparagus.