Tuesday, 18 March 2014

Baam :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca dan tuan punya blog dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Hee J

Sungguh, Al-Quran itu seperti novel. Dimana ada bahagian kita gembira, ada tersentap, ada menangis. Pucuk pangkal hati masing-masing sahaja mahu mendalami atau tidak akan keindahan bait-bait Al-Quran itu sendiri.




Surah Yunus, ayat 12. Membuatkan saya terpempan *betul tak ejaan ni?

Bila ditimpa musibah, bala, kesedihan, dan kedukaan, pada masa itulah macam nak runtuh kita minta pertolongan Allah. Saya pun tidak terkecuali. Bila nak hadapi peperiksaan, bila buntu baca tak masuk-masuk, bila keluarga sakit, sungguh-sungguh minta pada Allah agar di jauhkan segala kesedihan tersebut. Tapi bila halangan telah tiada, kembali alpa. Dah tak berdoa. Dah tak meminta. Dah tak mengadu. Jadi lupa pada si Dia. Si Dia yang menghilangkan duka. Si Dia yang memberi kegembiraan. Si Dia yang memudahkan sesuatu urusan. Si Dia yang memberi kesembuhan. Si Dia yang segala-galanya. Allah.

Jangan mudah menuding jari pada orang lain, takut kelak hari kita yang kena.
Jangan mudah membuka aib orang, mencanang orang, takut kelak kita pula di”canai”kan orang
Jangan mudah membuat keputusan tak tentu hala, takut kelak kita di timpa bala.
*dah boleh buat pantun hah, pantun jangan mudah, jangan mudah ~~

Penghujung ayat lagi menyentapkan hati. Bak kata Hlovate. Kita sentiasa memandang diri kita sebagai “watak putih” dalam Al-Quran. Tapi pernahkah kita terdetik kita juga “watak hitam” dalam itu juga. Manusia. Hanya mahu yang baik. Tapi tak nak buat baik.

Ingatlah pada Allah pada setiap saat, dia yang memberi izin-Nya agar kita bernafas pada hari ini. Sudah anda mengucapkan Alhamdulillah hari ini? Tak salah nak tertonggeng-tonggeng meminta sesuatu pada Allah, memang hanya pada Allah sahaja selayak-layaknya kita memohon pertolongan. Sepertimana dalam surah Al-Fatiha ayat 5; “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan”.

Cuma. Jangan dilupakan si Dia.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

“Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya.
 Ampunkan saya Ya Allah, atas kealpaan ku terhadap Mu ya Allah.
 Berkati ibu bapa ku, ahli keluarga ku, saudara-mara ku, jiran-jiran ku, guru-guru ku, rakan-rakan ku dan sekalian umat muslimin dan muslimat ya Allah. 
Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Jalan yang lurus lagi Kau redhai, Ya allah.
 Ameen”
*yeah, pembaca telah membaca doa ini. Semoga pembaca juga diredhai Allah. *usap muka


p/s: saya pun manusia yang selalu ning-nong juga. Bila sedih minta macam nak rak pada Allah. Bila tak da apa-apa, lipat telekung laju-laju lepas solat, buka laptop dan hu ha hu ha lepas tu. *sepak muka laju-laju.

Sekian, segala yang baik datang dari Allah, yang tak baik, datang dari manusia yang bernama saya, Qhalida. Muhehehe.

Adios.Asbestos.Sayurasparagus.



No comments:

Post a Comment