Assalamualaikum. Hikhikhik. Kita ketemuan lagi der.
Sepanjang minggu ni, fakulti sains kesihatan buat program
islamik. Dalam banyak-banyak aktiviti tu, saya masuk satu ja. Melukis poster.
Memandangkan saya suka melukis *pintal baju. Maka saya memberanikan diri la
masuk pertandingan ni. Dapat sijil. Siapa tak nak kan~~. Huhuhu. Sijil aku dah
la tak banyak, nanti nak kerja susah *typical mindset of mine.
So, kita nak tunjuk hasil kerja kita, dari draft sampai yang
kita hantar di facebook. Hikhikhik. Guna ayat saya awak. Not so me la, kan ?
Minta ampun la kepada sesiapa yang sakit hati bila Nampak
aku buat salah grammar dalam poster kan? It’s okay *urut dada.
That’s why I do not like to have a conversation or write in
English. Opsss. Tertulis omputeh sudah *nada gedik. Almaklum la, aku ni manusia
yang tahap keyakinannya ada lah dalam 21%. Muhaha. Tapi bila aku nak langgar
cakap, aku langgar juga. Uweks :P
Tak pa, belajar dari kesilapan. Kalau tak silap, macam mana
kita nak perbaiki dan upgradekan diri kita kan? Tu lah, jangan ingat handset ja yang perlu di upgradekan dua-puluh-empat-jam , diri kita pun sama. But, with
good manner kalau nak tegur orang, okay. Jangan nak pergi sembur cakap
“Wei, lu punya grammar salah, balik kampung makan keju
banyak-banyak lagi. Bagi lembut lidah”
Tersentap macam kena cucuk serampang 88 mata. Kah3.
So, aku telah memutuskan nak perbaiki poster ni untuk
tatapan dunia blog ni. Dalam Bahasa orang melayu la. Almaklum la, saya anak
melayu Melaka. Makan belacannya banyak. Makan cencaluknya banyak. Huhuhu. Maka
lidah aku dah kejung dengan Bahasa Malaysia ni. Walaupun dulu masa sekolah,
markah Bahasa Malaysia agak ke gaung sikit *pintal rambut sambil sengih-sengih.
Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari diri
saya yang melakukan kekhilafan ini.
Wassalam
ada tutorial x?
ReplyDeleteada, huhuhu. kat tutorial doodle guna paint, nanti owg share k. huhuh
Delete