Sunday, 15 June 2014

Trip to hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum


Apa khabar semua? Rindu tak? Tak? Dah la, tak mahu update la macam ni. Huhuhu. *Merajuk 3 saat.

Pertama, saya minta maaf sangat sebab macam da lama tak tulis-tulis di sini. Dah lama tak kongsi pengalaman yang di lalui sepanjang pengajian ni kan? Huhuhu. Sabar sat na~~. Tu dia, da keluar loghat kedah!!

The fact, I am originally made in malacca.

Pada 14 May 2014.Trip to Sungai Buloh for the second time. Dah tu bila pertama kali kau pergi qhalida amat oi? Yang pertama aku tak dapat nak habiskan lawatan sebab aku balik Melaka dengan keadaan yang sangat kelam-kabut. Itupun abang jemput di hospital Sungai Buloh.

Then for the second trip, kami-kami pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk subjek “clinical condition”. Kami masuk ke dalam klinik fisioterapi dan lihat bagaimana senaman di berikan berdasarkan atas keadaan pesakit. Aku bab-bab lihat pesakit yang kurang berdaya mulalah nak emosi terlebih. Banyak sangat kau tengok drama korea ni qhalida oi. Insya allah, semoga saya dapat berbakti pada yang memerlukan khidmat saya. Bak kata slogan physio sendiri. “ilmu dari tuhan, tangan untuk insan”

Selepas itu, kami naik ke wad-wad untuk melawat dan belajar bagaimana hendak lihat keadaan pesakit. Masa ni la nak tunjuk hebat. Dah belajar tanda-tanda sakit tertentu, semua aku balun bagitahu pada sir vikram. Dan tersalah. Padan muka, excited tak tentu pasal.

Dan,

Yang paling tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan

Bila aku sebut nama-nama ubat yang berkenaan dengan keadaan pesakit itu sendiri. Bukan nak membangga sampai Nampak aku ni bangang tapi tu la. Aku tak boleh nak gambarkan. Memang betul la, bila Allah meletakkan seseorang hambanya pada sesuatu tempat, sesungguhNya dia tahu hambaNya tersebut boleh melalui keadaan tersebut. Same goes to me. Diploma farmasi dan sekarang ijazah fisioterapi. Blend it and practice it. Oh, bukan aku ja yang kongsi bersama, termasuk la dengan si yasyri dan hafiq. *maaf la bae, aku tak tahu ejaan sebenar nama kau.

Kami tak di benarkan ambil gambar pesakit dan keadaan dalam klinik. Ada orang tu kedekut nak bagi kami ambil gambar. Ngahaha. Tak da la, salah satu procedure, maybe?

Yang banyak adalah selfie masing-masing. Lagi pula si nawal ni bawa monopod. Semua nak ambil gambar. Tapi apa-apa pun, lawatan ni sangat bermakna. Semoga ilmu yang dapat boleh di praktiskan, bukan di campakkan dalam tempayan untuk di buat cencaluk. Sekian

yaya and sir vikram

hafiq 1 dengan hafiq 2. aku tak tahu diorang guna software apa





















Balik tergesa-gesa dan pergi kelas berenang lepas tu. Balik rumah macam orang gila sebab penat melampau.

wassalam

No comments:

Post a Comment