hahaha. bila ada pas broadband ni la jadinya!, nak naikkan post baru je lagaknya. seperti semester satu dan dua sebelum ni, memang saya ada buat review regarding subjects every semester. walaupun semester 3 dah berlalu hampir 3 ke 4 bulan yang lepas, hahaha. tapi harus di nukilkan sebab kadang-kadang aku pun tak ingat subjek ni belajar apa subjek ni belajar bila.
secara keseluruhannya alhamdulillah. pointer tak kelaut macam semester dua. muhehe
1) therapeutic exercise III
alhamdulillah, semester lepas masih dibawah ajaran haji bahman. dalam semester kali ni kami lebih tertumpu pada PNF treatment, joint mobilization, mat activities dan lain lain lagi. kalau da sekelas dengan haji bahman tu, jangan harap la gigi dan gusi korang semua basah je manjang sebab haji bahman akan memasukkan unsur-unsur lawak dalam pembelajaran dia. akan la nak study macam study dalam periuk nasi kan. under high pressure!
2) English for academic writing (ELC)
the word itself terangkan study apa kan? huhuhu. cuma kali ni kami didedahkan bagaimana mahu membuat summary, paraphrasing, dan lain lain lagi. kiranya, subjek masa semester dua tu jangan la di lupakan lagi sebab bila ELC sem 3 ni kita akan applykan apa yang kita belajar. trust me!
3) physiotherapy in cardiorespiratory
subjek yang paling paling paling aku suka!. sebab mungkin sir vikram hensem bila mengajar? kih3!
subjek ni merangkumi cara-cara bernafas yang betul, cara pemeriksaan pada pesakit dan senaman-senaman yang boleh diberi kepada pesakit. dan pada hujung semester 3 kami ada praktikal which basically aku bagi treatment pusing pusing senaman bernafas ja aku bagi. ada buat suction. kiranya kami masuk very small tube by nasal or oral of patient untuk keluarkan kahak-kahak yang patient sendiri tak boleh nak keluarkan. masa belajar dengan kawan-kawan sampai ada yang berdarah sebab keterujaan yang melampau mungkin? apa apa pun, sangat bersyukur. lepas ni siapa siapa yang ada semput semput, angin tak cukup sampai paru paru, do tell me okay!, i will teach you. tapi yang suction tu tak boleh la nak ajar. jangan korang sumbat straw buat minum laici kang dalam hidung korang pula. kang lubang hidung besar salahkan aku pula. hahaha
4) musculoskeletal disorder
kami belajar tentang penyakit dan physiotherapy management. ada sesetengah bahagian badan memakan masa yang lama untuk sembuh. dan tugas sebagai seorang ahli fisioterapi adalah memberi rawatan yang optimum kepada pesakit within the range.
5) physiotherapy in musculoskeletal practice.
ini kelas banyak gelak banyak nages banyak perasaan terumbang ambing sebab kelas sebelah kata macam ni, kelas sebelah ni kata macam ni. kih3!. memang kelakar. dalam subjek ni, kami didedahkan seperti memeriksa pesakit berkenaan otot, struktur badan, sendi dan lain lain lagi, kalau macam cardioplumonanry kita assess patient based on heart and lung condition but different with musculoskeletal because we assess patient's range of motion, end feel of joint and several tests that should be done to patient. atetiba bahasa omputeh ni pasal apa qhalida oi!
6) introductory arabic
pada semester ni kami belajar bahasa asing!, weehuuu. yang tak weehuu nya bila tahu yang course aku kena ambil subjek mandarin. punya la angan angan aku sebelum masuk degree nak ambil bahasa korea gitu. boleh la bercakap dan bercanda dengan amoi amoi korea lepas tu. bila tahu dapat mandarin, tentangan pertama tentu la bukan orang lain yang menentangnya iaitu puan badariah. alasannya "lidah kau banyak sangat makan belacan, tak da tone, tinggi lantang" okay emak, qhali ambil subjek lain. kih3. for those yang tak tahu who is puan badariah, she is my mom and she is chinese. and i'm proud about that. ingatkan boleh la study sesama dengan mak. alololoooo, sweet gitu study sesame dengan mak kan. kih3. tapi kelas kena ade 30 orang sahaja which means 8 orang kena masuk bahasa arab. aku dan fida menarik beg galas kami lari pecut tak masuk kelas mandarin da lepas tu. and we still continue in arabic languange. masa masuk kelas, nak menangis pun ada sebab da lama sangat tak belajar bahasa arab which di suatu masa dulu aku sangat gila dan gila tentang bahasa arab. sampai nak sambung belajar dan mohon maktab yang ada bahasa arab.
dan di hujung semester, kami ada praktikal, my first clinical placement was at Hospital Putrajaya. ada CI (clinical instructor) yang sangat comel dan baik memberi ajaran kepada kami, cik hidayah. thanks a lot!, ajar kami, tanda assessment kami, nilai kami, bawa kami jalan jalan, bawa kami pergi pasar malam kat putrajaya yang sangat oh my panjang gila!
okay, sampai sini sahaja! hasta la vista bebeh!
assalamualaikum!
All the best..perkongsian yg menarik
ReplyDeletethanks puan ummi. doakan kejayaan kami semua di sini. may allah bless you puan ummi
Delete