Apa khabar? Semoga semua yang terlintas membaca atau memang singgah datang blog usang ini dirahmati, disayangi dan dirahmati Allah selalu. Insya Allah. So. Today is almost becomes the 5th eidu fitri, right? Hahaa. Tetiba orang puteh. Kau ni memang nak kena tempeleng qhalidamat.
Okay. Umat islam tahun ni sambut raya yang jatuhnya hari rabu. Berapa hari bulan? Sumpah. Aku bab-bab hari bulan ni memang kelaut. Sampai paper last untuk final aku pun aku confuse isnin ke selasa. 12 julai tu bila? Isnin ke selasa? Ye. Qhalida amat rasa memang da cukup tua. Uban dekat kepala pun da tambah-tambah. *padahal banyak makan MSG.
Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk meraikan hari raya pada tahun ini. Dan tentu tentu alhamdulillah thumma alhamdulillah sebab qhalida amat layak dapat duit raya dari adik beradik untuk tahun ni lagi. Wei! Seronok bak hang wei! Anak buah duk ngendeng,
"Untung la makcu. KAYA"
"Senang je nak dapat duit raya"
"Cammane, cammane?"
"Belajar habis. Kalau ada lepas degree, ambil master, habis master sambung phd"
Dan masing masing berhuhuhu.
Kau tak tahu azab nau nak habis study ni hah!
Hahaha. Macam biasa la bila sambut raya stail aku ni. Sambutnya hari pertama. Hari kedua dan seterusnya da bukan hari raya dah. Dah macam hari biasa. Kasut raya kakak belikan, sudahnya aku simpan, buat praktikal sem 8 nanti. Insya allah. Mana tahu tetiba ajal jemput. Tak sempat den nak bergaya dengan kasut baru. Hahaha. Tapi sempat acu la hari tu. Thanks kak mala!
Tak nak cakap panjang panjang sebab aku stress kena balik awal ke palam. Ni gara gara last paper la ni. Orang lain semua duk sental rendang, kuah kacang, ketupat di rumah. Aku kat sini duk kunyah nota. *tipu, aku leka tengok 2 days 1 night sebenarnya*
Nah, kita tepek gambar raya sehelai dua.
Beratur selepas solat hari raya. |
Keluarga abang sham dan kak marina. |
Keluarga kak amy dan abang ismail |
Keluarga abang salleh dan kak ina. |
Keluarga kakak dan abang sharul. Dan atoto. Cer cari atoto |
Keluarga abang dan kak haslinda |
Me, apak dan emak. |
Pipi pau kukus satu. Pipi pau kukus dua. Bhahaha |
Keluarga kak nye dan abang azhar |
Next pictures pula!
Dengan abam abam hensem!. Anak buah tinggi melampai la ni!. Nyampah. Korang makan galah ke hape hah? |
Adik beradik. Dari kiri ariff, taufiq dan irfan. Haihhh. Makcu tua! |
Sekian. Minta maaf jika saya ada terkasar bahasa. Tersentuh hati dan perasaan pembaca atau mana mana pihak. Cau cin cau!
Assalamualaikum
waaaa daebak.
ReplyDeleteHahaha. Thanks. Selamat hari raya awak!
DeleteMana gambo kak ecah punyer
ReplyDeleteSy suka blog awak. Kipidap awak. Sy sentiasa support awak. Muah muah muah 😘😘😘😘😙😙😙😙😙😙
ReplyDeleteSy suka blog awak. Kipidap awak. Sy sentiasa support awak. Muah muah muah 😘😘😘😘😙😙😙😙😙😙
ReplyDeleteqali akak le.
ReplyDeletemdsy tu sunflower omma.