Thursday, 23 August 2018

sayonara japan

assalamualaikum. bersambung lagi kita untuk " sayonara japan" oleh qhalidamat. 

mula-mula sekali, nak minta maaf lah sebab pergi jepun ni bulan januari tahun ni. dan baru nak update bagai semua bulan ogos ni hah. ahaaa. qhalidamat ni bukan lama makin muda bergetah gitu, qhalidamat ni sejajar dengan manusia berumur, makin berumur, makin banyak pula neuron kepala tak nak berhubung sesama dia. pendek kata, makin pelupa. 

okay, cukup untuk mukaddimah yang meyhhh ( -__-#)


After facing lots of troubles, qhalidamat buat keputusan untuk menamatkan cerita trip ke jepun dengan sayonara japan. Biarlah gambar gambar yang dah berjaya diselamatkan duduk rehat dalam google drive. Mungkin untuk tatapan diri sendiri sahaja. Mungkin allah tahu ini yang terbaik since takut ada hati yang terluka dek tengok kegembiraan yang kita tayang. Tapi yang pastinya, japan is amazing. Bukan la aku tak sayang Malaysia ni, cuma jepun ada keistimewaan tersendiri. Lain negara lain warna langitnya. The thing yang paling aku rindu terhadap jepun ialah warna langitnya. Masya allah, cantik! Dannnn. Di sini juga qhalidamat jumpa salji. Awww. Macam ais kepal jatuh kebumi. Nasib baik tak bawa milo dengan susu pekat. Kalau tak, da jual milo ais kepal di jepun. Kih3. Hambar. Hingga beejumpa untuk post yang lain. Senang senang, qhalidamat letak gambar salji. Tapi bila tu tak pasti la🤣🤣


Sunday, 19 August 2018

lama tak nampak! ang p mana?

Assalamualaikum. Ya Allah, lama gila tak buka blog ni. Almaklum, qhalidamat sekarang ni sibuk nak mati mengalahkan menteri yang baru bertukar kerajaan ni. Ahaaa. 

alhamdulillah, my life getting better day by day. walaupun tak semegah kawan kawan yang lain tapi segalanya masih mencukupi untuk menjalani hari hari lain. lain orang lain rezeki kan? 

alhamdulillah, dapat selamatkan semua gambar pergi jepun bulan 1 hari tu. maigaddd. tahu tak drama hilang gambar ni mengalahkan drama sinetron pukul 2 petang dan menjuarai drama akasia pukul 7 tu?. hailaaa. gelabah teruk. first, handphone yang simpan gambar bagai semua dah jahanam, screen tak nak menyala. nasib baik sebelum arwah meninggalkan tuan dia yang comel ni, tuan dia yang comel dah pindahkan ke laptop anak buahnya.

Iye, bukan ke laptop tuan dia sendiri. sebab apa? butang laptop untuk bluetooth aku da jahanam. padan la umur dia yang dah nak 8 tahun ni kan? dari laptop anak buah pindahkan ke hard disk sendiri. dan seyakin yakinnya boleh view dalam laptop sendiri nanti. drama tak habis sampai sini wei, tetiba laptop buat hal. screen putih terus. ya allah, dugaan apakah, documents aku banyak gila dalam laptop tu. 2 days 1 night yang gigih aku download pun dalam tu, eulachacha waikiki yang lengkap pun dalam laptop, nota nota physio lagi tak payah cakap, dari semester 1 sampai semester 7 dalam tu wei. sudahnya laptop masuk kedai repair gedebak gedebuk semua bagai. dan alhamdulillah, apa yang aku download semua masih utuh dalamnya. kah3. 

habis?? tak wei, tak lagi!. selepas tu, cuba la nak cucuk hard disk sebab nak tengok gambar gambar since ada orang tanya bila nak sambung konichiwa japan part 5 and so on. bila buka.....

hamek kauu!! you dont have permission to access this file. eh, gambar aku kot!? apasal tak boleh nak view pula ni? huwahh. masa ni da fikir perlu ka aku pergi jepun semula untuk ambil gambar lain bagai?? bahahaha. alasan tu wei alasan. duit tengah nak kumpul balik. dengan harapan dapat travel on next year. insya allah and ameen. 

duk la menangis dengan diri sendiri apa pasal tak boleh buka gambar. kenapa kenapa KENAPAAAA!! lepas tu tanya syida, " kau simpan lagi gambar pergi jepun?" jawabnya, " orang da pindahkan ke dalam laptop ibu tapi bila cari balik tak da" eh, engkau punya gambar ni main cak kun cak ke? tanya kakak pula, " ijah kan da bukukan, tu la kau, ijah dah suruh bukukan, kau tak nak buat, nanti la ijah tengok balik dalam laptop ijah ada tak gambar pergi jepun tu" haram ke sudah, sampai sekarang sehelai gambar pun tak di hantarnya kepada aku. kah3. 

lepas tu tanya anak buah sebab dia pandai la juga pasal laptop. what the heck -__-. dia pun tanya kawan dia macam mana bagai. kawan dia bagi la alternatif. tekan attrib bagai semua bagai. haram ke sudah wei. tak jadi. aku punya marah da sampai hujung rambut ni tau. 

sudahnya menggoggle la malam tadi, siap salin dialog tu tau. dan alhamdullilah, jumpa macam mana nak retrieve balik gambar tu. ingat drama habis di sini? oh, tidak, semestinya tidak!! aku masa tu macam nak siat rambut ni sehelai demi sehelai tau! stress dia nauzubillah, sampai satu tahap, perlu ka aku give up? tak larat dah pikir macam mana nak retrieve semua gambar tu. sob3. nak nangis da rasanya. cara nak selesaikannya cuma right click on the file,pilih properties,  pilih security, then tekan butang edit. dia akan keluar add or remove. lepas tu tekan add, then dia akan keluar satu lagi window, tulis dalam ruangan kosong tu dengan perkataan everyone. then tekan butang okay. tak habis sini sayang sekalian. then check mark on full control. then baru apply, okay, then okay lagi. then taraaaaa. alhamdullillah, drama tamat weii. gambar semua dapat diselamatkan. 

drama habis sampai sini je ka? ada epilogue sikit. gambar aku ada 187 items. dan satu satu kena buat satu satu. semalam buat sampai pukul 12. itupun 80 ja. petang ni baru kasi langsai. dan alhamdullillah. selamat semua gambarnya. dan dah selamat di uploadkan dalam google drive pun. cuma kalau tetiba qhalidamat terhentak kepala lupa password bagai, baru la bersambung drama macam mana nak selamatkan pasword dan gambar bagai pula kan? minta jauh benda tak elok ni. 

alhamdullillah, selamat satu post untuk petang ni. nah, belanja gambar di jepun sehelai. nantikan konichiwa japan part 5 okay?