assalamualaikum. bersambung lagi kita untuk " sayonara japan" oleh qhalidamat.
mula-mula sekali, nak minta maaf lah sebab pergi jepun ni bulan januari tahun ni. dan baru nak update bagai semua bulan ogos ni hah. ahaaa. qhalidamat ni bukan lama makin muda bergetah gitu, qhalidamat ni sejajar dengan manusia berumur, makin berumur, makin banyak pula neuron kepala tak nak berhubung sesama dia. pendek kata, makin pelupa.
okay, cukup untuk mukaddimah yang meyhhh ( -__-#)
After facing lots of troubles, qhalidamat buat keputusan untuk menamatkan cerita trip ke jepun dengan sayonara japan. Biarlah gambar gambar yang dah berjaya diselamatkan duduk rehat dalam google drive. Mungkin untuk tatapan diri sendiri sahaja. Mungkin allah tahu ini yang terbaik since takut ada hati yang terluka dek tengok kegembiraan yang kita tayang. Tapi yang pastinya, japan is amazing. Bukan la aku tak sayang Malaysia ni, cuma jepun ada keistimewaan tersendiri. Lain negara lain warna langitnya. The thing yang paling aku rindu terhadap jepun ialah warna langitnya. Masya allah, cantik! Dannnn. Di sini juga qhalidamat jumpa salji. Awww. Macam ais kepal jatuh kebumi. Nasib baik tak bawa milo dengan susu pekat. Kalau tak, da jual milo ais kepal di jepun. Kih3. Hambar. Hingga beejumpa untuk post yang lain. Senang senang, qhalidamat letak gambar salji. Tapi bila tu tak pasti la🤣🤣
No comments:
Post a Comment