Saturday, 3 May 2014

I want

Assalamualaikum dan salam sayang *muntah asid


Hehehe. Bertemu semula di alam blog ini kan? Kih3


Tajuk blog macam aku ada senarai barang-barang idaman yang minta anda sekalian belikan, kan? Hik3. Bukan begitu, last week,* opss, terbahasa omputeh pula, minggu lepas pada 26 April 2014, aku dan zarifah menyertai “ I want ; 10,000 langkah anjuran klinik kesihatan Kuala Selangor”. sebenarnya, bukan aku dengan zarifah saja yang menyertai 10 000 langkah ni, ada la dalam 7 8 orang lagi budak kelas yang join program ni. Hik3. Mesti terkejut sebab qhalida amat sertai 10,000 langkah?? Huhuhu. Daripada aku duduk bilik pandang siling tak tertembus-tembus, baik aku hidup enjin motor pergi sokong program UiTM Puncak Alam kan? Dapat baju, dapat sarapan, dapat vitamin C, dapat jus, dapat peluh-peluh. Siapa nak bagi kan kalau diri sendiri tak bergerak dulu kan? Huhuhu. Sebenarnya, dulu aku cukup malas nak join benda segala bagai macam ni sebab aku takut kaki aku sakit macam zombie pijak jalan tar panas *acemanetukan?


 Tapi semua mengubah persepsi aku tentang 10, 000 langkah ni bila aku join 10, 000 langkah anjuran Kementerian Kesihatan Melaka pada 9 September 2012. Dari Dataran Pahlawan jalan sampai masuk Kampong Mortem, dan pusing balik  sampai Dataran Pahlawan. Baru aku tahu kenapa pelancong suka datang Melaka. Hik3. Melaka lawa wei. Ada jalan tu aku tak pernah tahu pun walaupun aku anak asli lagi original made in Melaka kan? Huhuhu. Sejak tu aku kalau boleh nak join 10, 000 langkah sebab masa ni la kita nak buka mata apa yang terjadi di sekeliling kita, hirup udara segar, bertegur sapa dengan orang lain, lihat kekuasaan Allah, lihat teknologi manusia. Daripada duduk hadap laptop dan siling yang tiada apa-apa, rajin-rajin la angkat punggung jalan-jalan tengok alam sekitar. Jangan sampai bila Allah Tarik nikmat melihat. Kesal tak berguna da.

kampong mortem


mural di dinding di melaka



cantik sangat gugusan pokok bunga ni. subhanallah :)



Cerita panjang bak hang hah! Huhuhu. Macam biasa la, kalau program-program macam ni kena kumpul pukul 7.30 pagi segala bagai kan? Aku bangun macam biasa, kejut ifa, hidupkan enjin motor, berdesup naik ke dataran kawad angsana. Tak da la mana ramai orang tapi t shirt tu habis la juga. Huhuhu.

Ada aerobic exercise. Ngahaha, tercungap-cungap tak cukup oksigen aku di buatnya. Almaklumla, aku ni senamnya sedekad sekali. Bukan setahun sekali tau. Huhuhu. Dalam pukul 10 macam tu bunyi siren dan bermulanya 10 000 langkah! Weee!!

Jalan-jalan sekitar UiTM. Cantik juga UiTM saya ni kan? Ngehehe!

Yang tak jadi rekodnya bila aku dengan mazlyana jadi manusia yang paling terakhir sampai. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Aku lah penutup majlis. Dulu merentas desa di sekolah menengah, cikgu da simpan meja baru aku sampai. Sekarang pun sama. Budak kelas ada yang da balik pun baru aku terkedek-kedek sampai. Huhuhu. Dah dia kata 10 000 langkah, maka aku berlangkah la dengan penuh sopan santun, bukan laju-maju. Huhuhu.

Sampai-sampai dapat sijil, vitamin C 2 botol, roti dan jus. Terima kasih kepada warga klinik kesihatan Kuala Slengor sebab mengadakan program seperti ini. Hihihi. Masa duduk rehat ada pelajar bagi kertas tentang marathon, tak mahu la aku. Jadi orang terakhir lagi nanti. Hik3.

view diorang tangkap and wassap dalam group

tengah siap-siap untuk aerobic exercise

let's work out babiess :)


persediaan sebelum siren berbunyi. hik3. abaikan tangan si ifa tu


memandangkan aku dengan mazlyana orang last, tak boleh nak pusing belakang tangkap gambar la kan. huhu, maka ambil gambar orang depan je la.


penyampaian hadiah. walaupun aku sampai hadiah semua da habis

my xoxo, byun byun a.k.a mazlyana

poco-poco by staffs. aku da balik sebab penat bak hang eh!

jeng jeng jeng, kau hado?

p/s. balik kaki penuh blister sebab tak pakai stoking. Padan muka aku.
semangat nak pecahkan blister sebab nak pakai plaster comel ni. tasmania pula tak de. sob3

Sekian, wassalam


No comments:

Post a Comment