Assalamualaikum si gorgeous and
si handsome sekalian. Huhuhu. Tak payah nak sipu-sipu malu sangat bila cakap
macam tu. Huhuhu
Kelas therapeutic minggu ni best
gila boleh dibuat mati gamaknya. Pernah tengok cerita-cerita melayu pasal mat
rempit yang angkat tayar belakang, tak? Ye ye, yang tu. Yang tu.
Cuma kali ni kami tak la guna
motor sebab motor mahal. Kami guna kerusi roda. Iyee. Sila percaya rakyat
jelata sekalian. Mula-mula akal dan badan aku tidak dapat mencernakan bagaimana
diorang boleh buat wheelie dengan kerusi roda. Rupa-rupanya boleh!!
Anjat gegurll di buatnya. Huhuhu.
Jatuh bangun tak payah cakap la.
Aku nak Tarik nafas ngan telan air liur pun sakit. Sob3. Tapi seronok sebab
pengalaman baru. Memang hari tu hari jerit-jeritan dan kedegang-kedegung jatuh
atas lantai. Dah macam apa. Hik3.
Selalunya teknik wheelie ni
digunakan pesakit untuk langkah lubang guna kerusi roda, turun dari ramp yang
curam atau jalan atas rumput. Ada yang tu haji Bahaman kata boleh naik tangga.
Muhehe. Aku nak seimbang pun tak dapat-dapat lagi, maka tak boleh nak mengidam
la nak naik tangga guna kerusi roda kan? huhuhu
siap boleh thumb up hah |
pelajar lelaki tak payah cakap la, senang bak hang diorang balancekan badan bila buat wheelie |
Tengok haji Bahaman demonstrate
macam mana nak buat wheelie membuatkan mulut aku terbuka besar macam penumbuk
haji Bahaman boleh masuk dalam mulut aku. Ngehehe. Lepas tu, haji Bahaman
tunjuk proper falling atau teknik jatuh yang betul. Ececehh, masa tu boleh la
kau nak ready segala bagai sebab kawan akan jatuhkan kita. Tapi bila kita buat
wheelie dan jatuh sendiri, dah tak sempat nak ready tangan nak buat proper
falling tu. Huhuhu. Semua bukan proper falling, semua terguling. Hik3.
Bayangkan jela manusia macam aku
jatuh kebelakang. Apabila ibu nangka jatuh~~~
Tapi memang la, balik badan
lebam-lebam. Lenguh bak hang wei. Alhamdulillah, seronok, banyak ilmu yang saya
dapat. Tak semua berpeluang macam saya. You should appreciate these moments,
qhalida amat *patting myself.
nah, gambar untuk gelak sakan bersama
yasyri buat wheelie |
maliki pun buat wheelie |
aku ngan nadzril. aku tahu diorang nak ambil gambar aku jatuh maka aku berpeluk tubuh sahaja. muhahaha |
memotivasikan diri sesama rakan yang tak boleh nak buat wheelie. hik3 |
nawal dan nadzril |
my sweet classmates |
kronologi fida dan nadzril ; part 1 |
kronologi fida dan nadzril ; part 2 |
kronologi fida dan nadzril ; part 3 |
kronologi fida dan nadzril ; part 4 bukan aku delete gambar nadzril, tapi fida memang berjaya buat wheelie. woot3 |
saya :( |
hik3. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)
nah hadiah last, fida sahrim dengan stetescopenya
sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment