Friday, 31 July 2015

Practical at HRPZ II

Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak menulis. Hikhikk.
Sebelum apa-apa ke tajuk. Saya dengan rendah hati nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Minta maaf atas salah silap diri saya. Yelah. Mana tahu. Cara penulisan mengguriskan hati mana-mana pihak. Sekejap guna aku. Sekejap guna saya. Sekejap guna kami. Mungkin ada yang tak senang dengan penggunaan tatabahasa saya. Maaf dihulurkan.
Yang sadis raya tahun ni ialah orang lain pergi jalan raya sebulan. Aku seminggu raya pun tak merasa kat rumah tau. Sob3. Raya jumaat. Isnin minggu depannya da kena naik kuantan. Transit sebentar sebelum bertolak ke kelantan for practical. Ramai duk tanya kenapa pilih kelantan. For those tanya. Saya tak pilih la. Pensyarah yang tentukan. Ngahahaha. Ada ke logik anak amat seorang ni yang asal melaka yang memang hari hari makan sambal belancan cencaluk asli melaka tetiba minta kelantan? Hahahaha. Tapi okay disini.
Ramai duk kata makanan kat kelantan semua manis-manis. No wonder orang kelantan sangat cantik-cantik. Lawa. Hahaha. Tapi ada ja kedai menyediakan sambal belacan. So. Macam hilang rindu la sikit kat melaka tu.. *tipu*
Alhamdulillah
 Seminggu telah berlalu. Praktikal di pusat fisioterapi HRPZ II di kota bharu kelantan kali ni. Pagi pagi da senaman sebab jarak rumah sewa ke hospital ada la kena berjalan dalam 20 minit. Sampai klinik fisii cungap-cungap. Pokok tak sempat buat oksigen kami da habis sedut oksigen tu. Hahahaha.
Da sampai klinik. Puan yanti suruh pergi unit latihan untuk pendaftaran. Dan unit latihan untuk memohon pas pelajar. Epas tu balik klinik balik. Jumpa puan halimah hashim. Head of department di situ. Puan halimah sangat peramah.
Overall seminggu disini alhamdulillah. Ada benda boleh dipelajari. Ada benda boleh dijadikan contoh. Ada benda yang kalau boleh nanti da jadi pegawai jangan buat.
bak kata pepatah melayu "ambil yang jernih, buang yang keruh."

Nah. Belanja gambar dua tiga biji. Ngahahaha.
sekian.

Doakan yang terbaik buat kami.
doakan kami sihat walafiat di negeri orang.
doakan kami ikhlas merawat pesakit
Doakan kami dipermudahkan menerima ilmu
Doakan kami dapat perdana menteri baru. Opppssssss


Berjalan-jalan ke belakang hospital. Hikhikkk. Jumaat cutiiiii


Hari pertama berjalan kaki ke hospital. 

Fadzilah, rabiatul dn norafida di unit latihan. Hukhukkk. 


1 comment: