Hu ha hu ha. Dah masuk semester 4 pun.
Mana assalamualaikum kau ni qhalida oi.
Ehem ehem ehem *clears throat
Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga sentiasa berada
dalam kasih sayang dan rahmat Allah selalu. Post kali ini berkisar tentang
semester 4. Berkisar-kisar bagai ingat ni blender ke apa?
Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menempuhi
satu semester lagi. Walaupun subjek da berkurang tapi entah. Busy dia. Mak aih.
Kalah si tuttt tu hah. Hahaha.
Evidence-based practice
Kelas ni Sir Adli yang ajar. Nak bagi recall balik
siapa Sir Adli. Yang dulu ajar musculoskeletal practice tu hah. Kelas ni kami
belajar tentang nak review article dari journal. Ada journal yang bagus ada
juga yang tak menepati kriteria kriteria PEDRO Scale tu. Nak tahu lebih lanjut.
Mai masuk belajar eh. Hahaha. Dan kelas ni setiap minggu ada assignment. Masak
kepala tahu tak. Walaupun dia tiada masa final tapi nak menghantar assignment
tiap-tiap minggu. Haihh. I da kata I busy orangnya. Kalahkan si tuttt.
Neurology 1
Alhamdulillah. Dulu mungkin da belajar neuron and what
so called berkenaan dengan nervous system ni kan. Tapi ketahuilah, aku tak suka
subjek yang melibatkan brain semua ni. But, Encik Romizan berjaya *berjaya la
sangat* buat mata aku celik apa yang kita boleh bantu pesakit-pesakit yang
melibatkan nervous system ni. Lagi-lagilah untuk pesakit stroke.
Tanda-tandanya. Cara memeriksanya. Seronok kelas ni. Dan Alhamdulillah, banyak
yang dipelajari dalam kelas ni. Semoga allah memberkati Encik Romizan yang
ajar, yang selalu buat kelas sampai nak injak ke pukul 6*tak selalu tapi ada.
Hahaha. Sebab Encik Romizan pun busy orangnya. Boleh kalahkan si tuttt.
Neuroscience.
Kali ini encik yang mengajar kami Sir Haidzir Manaf.
Supposed to call him Dr. Haidzir Manaf. Huhuhu. Best. Tips dengan Encik Haidzir
amat senang. Soalan quiz tu sila la salin. Probability untuk keluar masa final
sangat tinggi. Trust me. Kelas ni lebih belajar pada anatomy brain itu sendiri.
Cerebellum, cerebral cortex, midbrain, Circle of Willi, kamu-kamu yang membaca
pun da macam “apa kau mengarut ni qhalida oi”. Tak tak. Kelas ni tak mengarut.
Ada masa seronok bila belajar neuroscience. Masa dapat tangkap apa yang
kawan-kawan buat presentation. Yang tak seronok bila present aku tidur. Bad Habit!
Critical care
Sob3. Last semester dengan Sir Vikram Mohan. Lepas ni
tak nampak sir yang tinggi lampai, yang jejarinya cantik bak pensel kayu yang
diasah. Runcing gitu *apa punya perumpamaan tu*
secure tempat sebelah sir. orang lain duk kalut kemas buku, aku duk kalut rebut diri sebelah sir. otototot |
atetibe aku rendah adalah kerana aku nak bagi peluang cameraman ambil gambar hafiq kat belakang aku tu. hahahah |
pointing at sir. thanks a lot sir. for these 3 semester. hahahah |
Kelas ni sangat-sangat seronok. Walaupun gemuruh bila
sir duk tembak-tembak suruh recall apa yang dibelajar sebelum memulakan kelas
pada hari tersebut. Kalau dah study malam sebelum kelas tu boleh la pandang
muka sir and kekonon “sir, do choose me, I will explain it” tetapi aku sibuk
kalahkan si tutt. Maka aku pandang ke bawah. Cuba mencernakan jalur-jalur buku
aku yang kosong. Lepas tu buat-buat busy tanya orang sebelah “eh, betul tak apa
yang kau jumpa sama yang aku jumpa?” itu semua plastik!!. Hahahaha.
Kelas ni kebanyakkannya kami belajar tentang jenis-jenis
incision untuk buat pembedahan. Kesan anaesthesia pada badan. Senang kata, apa
yang melibatkan dalam unit ICU (Intensive Unit Care) tu la yang kami belajar,
oxygen therapy, jenis dia. Dan so on.
Bahasa arab II
Semester ni dapat ustaz. Dulu dapat ustazah. Ustaz
kelakar. Aku pun wonder macam mana dia boleh jadi ustaz Bahasa arab. Hahaha.
Ergonomic
Means laws of works. Ngahaha. Nampak tak masih melekat
maksud ergonomic dalam kepala aku. Kelas ni walaupun ramai yang ala-ala syahid
gitu tapi aku tak pun*itu tipu*
Kelas ni kami belajar tentang human, environment dan
machine. Relationship between them. Musculoskeletal disorder yang human boleh
dapat bila terlalu lama berdiri, atau duduk atau tenung lappy macam anda semua
tengah buat sekarang ni. *haaa!, caught you!*
Seronok la kelas ni sebab Sir Ghazali banyak
bercerita. Pengalaman dia. Jenis-jenis machine yang canggih boleh memudahkan
kehidupan manusia itu sendiri, implikasi mesin terhadap alam dan manusia itu
sendiri.
Betul la. Ada orang kata, machines was invented for
lazy people. Ke machine makes people become lazier?
Relationship? Nak aku bagi contoh ka? Instead ke
perigi, ceduk air, basuh baju guna papan gigi-gigi tu, perah bagi buang air dan
sidai di bandingkan dengan masuk dalam mesin basuh, tekan butang no net no net,
campak softlan, sabun attack sikit and waits for about one hour later. So,
compare la mana rajin mana malas.
Tapi basuh guna tangan boleh kena MSD. Improper
alignment of body during full squatting *just shut up qhalida*
Okay, bye, penat menaip. Annyeong and wassalam.
*annoyed with tutt tutt sound? Hahaha. Kalau update
isu semasa, you already know siapa yang saya cuba cakapkan. Hahaha.
No comments:
Post a Comment