Assalamualaikum dan peace yo.
Kepada penggemar novel, anda
mesti agak familiar dengan nama penulis hlovate. Kalau tidak? Sila terjun di air
terjun Niagara tu.
Dan termasuklah aku, I’m a big
fan of hlovate. Oh my! Buku dia banyak membuka mata saya, membuka minda saya
yang agak cetek ilmu ni. It’s worth to read it. No regret. Kadang-kadang
meleleh-leleh jugak baca nukilan dia but mostly aku akan gelak sakan and
thinking deeply.
Sepanjang nukilan hlovate, dari
aA+bB, 5 tahun 5 bulan, rooftop rant, [tunas], Schubert serenade, ked’s story,
versus, contengan jalanan dan the latest, anthem :). One word aku boleh
described, penulis ni sangat awesome. Alhamdulillah, dah memang Allah bagi dia
seorang yang sangat talented dalam penulisan. Nak tunggu aku buat novel macam
dia memang takkan la wei. Agaknya kalau syarikat buku roboh bina balik pun aku
still tak hantar manuskrip novel ke syarikat buku tu. Ahaha. Lagipun, aku tak
hebat dalam bahasa. Baik Bahasa Melayu samada Bahasa Inggeris.
Gaya bahasa dia yang sangat haiii
sempoi tak langgar tatabahasa rules aku, tu da kira superb la. Aku memang
pembaca novel yang tegar. Tapi bila penulis guna bahasa yang sangat haii aku
tak sedap nak membaca. Sorry, memang lama lah aku nak khatam kau. But not to
hlovate. aA+bB tu dah berapa kali aku khatam baca khatam baca and repeat sampai
buku naik kuning. Muhehe. Itu buku aku paling treasure. Sanggup sorok. Nak cari
buku hlovate bukan senang, aku nak tunggu Schubert serenade bukan sekejap, nak
setahun jugak lah aku mencari di kedai buku. Dan aku bukannya selalu dapat
keluar ronggeng-ronggeng masuk popular jalan masuk macam mafia ke rak novel
cari novel hlovate semata-mata. Silap hari bulan, bukan novel dia aku dapat,
novel orang lain aku gapai. Ekeke.
Itupun aku dapat Schubert
serenade dalam keaadaan tak berplastik and ada calar sikit kat hujung, oh my.
Hati gelegak-gelagak. But I still grabbed it. Ah, malas aku nak menunggu dia
masuk popular. Sekarang zaman dah maju. Order guna online, dan Alhamdulillah.
Anthem and hlovatinta dalam tangan. Ahahaha. Kau nak tunggu anthem sampai
popular or any kedai buku. Almaknanya, kau balik rumah cedok air dalam perigi
sampai habis. And you know, air perigi takkan habis.
Apa ya lagi keunikkan hlovate ni?
Urmm, dia banyak cerita
university luar negara. Aku tak tahu lah kalau dia cengelat menulis ke apa tapi
aku ni percaya bulat-bulat pasal university yang dia ceritakan. Eheee. Aku
jeles tau! Yelah, aku dalam Malaysia je kot!. Ekeke.
Selain tu, susunan kata yang tak
heavy. Maksud aku tak susah nak dicerna oleh mata aku sekaligus menghantar
input-input ke otak. Kelakar bila baca sesetengah novel yang I love you, I
sanggup terjun air terjun Niagara demi you. Dah kau terjun air terjun Niagara
nak keluar macam mana der? Ayat dia tak berbunga yang overloaded. Macam dalam
aA+bB. Walaupun addin dengan benz dah kahwin, but bahasa diorang sangat..hai.
nak grabbed hubby macam benz simpan dalam poket. Ekekek.
How the author twisted the story
in each of novel. Itu paling awesome times awesome equal to awesome square.
Baik dalam versus, and anthem dan tak lupa juga pada rooftop rant. Aku kagum
bila penulis boleh twisted watak from bergeledang kat street main skateboard
turned to ashraf omar (AO) yang berubah menjadi muslim yang baik. Dalam rooftop
rant, bilamana si trisy yang bermasalah yang kadang- kadang aku sendiri ragu
ada ke perempuan macam ni turned to muslimah yang super. Dan the latest,
anthem, from third culture kid to muslimah yang baik. Oh, my! Dan anthem lah
aku tunggu macam buah manggis ada 6 ½ tampuk kat luar kulitnya. Ekeke. Dash and
hitler lee. Oh, my!
Dan dalam setiap nukilan dia, dia
akan masuk kata-kata motivasi yang sangat daebak. Tak rugi membaca novel dia.
I’m sounded like to promote hlovate punya buku kan? Ekeke.
And mostly,dia akan menyumbatkan
segala bagai lagu-lagu dalam setiap buku dia. Oh my, mostly, aku tak tahu pun
lagu apa dan aku google la lagu-lagu tersebut. Ahaha. Dan hlovate selalu
menggunakan bahasa inggeris dalam novel dia. Dapat pulak pembaca macam aku yang
vocabulary plus kosa kata yang kadar peratusnya 9% ni hah. Buka oxford
dictionary terus wei. ahaha .
Dan aku paling suka dia masukkan
unsur-unsur islamik dalam buku-buku. That’s why I said this author is totally
gifted by Allah. Tak mudah nak jumpa novel yang kelakar, haru, berilmu dan ada
gaya islamik yang tak heavy. Mostly cinta, kahwin kontrak-janji cerai dua tahun
kemudian-but fall in love dengan suami. Tipical enough. Memang dulu buku novel
macam nilah aku cari, gaduh-gaduh->terkahwin->tengkar macam tom and jerry
dan sebagainya. Tapi aku memang tolak habis kalau buku tu bercinta sakan dari
mula muka surat sampai la berapa keping dah nak habis novel baru diorang
kahwin. Oh,my. Ahahaha.
Unsur islamik yang dia masukkan
are simple to be digest oleh akal pemikiran dan hati kita. Kadang-kadang nangis
bila cara penulisan dia. Sebab dia betul-betul buat aku terhantuk dan terngadah
tertanya kenapa aku tak sedar sebelum ni. Sumpah. Lepas tu, mula la sesi aku
imbas kembali sampai naik bengkak mata. Tacinkk sungguh. Ahaha.
aA+bB.
Buku yang aku tak pernah jemu nak baca. Kelakar habis. Dan tentulah tak tipical
type. Ahaha.
[tunas] throw back to school
times. Oh my. Walaupun kadang-kadang baca macam agak extreme je, but still
membangkitkan rasa kasih di sekolah. Dan buku ni adalam sinambungan buku aA+bB
but patah balik masa 7 tahun sebelum tu. How’s addin shah met with benz aliff.
Betapa harunya bila addin bergabung dengan mags 7. Mandi guna distilled water
dalam makmal kimia. Sungguh haru.
Rooftop rant. Buku yang mengajar
jangan putus asa. Sungguh. Macam mana si trisy struggle with her life. Bila keluarga
tak peduli, duk gila kejar kerja, gila kejar duit, gila kejar connection duk
hentam suami isteri sampai si trisy terabai. Aku agak terkejut bila penulis
tulis yang si trisy hisap rokok, tomboy. Oh my. Dan tentunya la aku suka watak Zaid
yang suka sangat pakai cermin mata John Lennon dalam novel ni.ahaha. comel
enough!
Schubert serenade. 3 novelis
dalam satu novel. Tapi aku baca satu je. Itupun sebab hlovate. Ekeke. Macam
Nampak kejam je. Buku yang aku nangis jurai-jurai. The relationship between the
step brother, abang shah dengan ju’a (najwa). Eh, bukan relationship yang
bercinta tu. Ini relationship between anak tiri. Sebab mostly kita dengar, tiri
sesama tiri tak bape ngam. Dan bila shah excident dan meninggal lagi lah aku
dah macam orang gila.
Ked’s
story. Ahaks, story about skateboard. Sangatlah awesome. Aku yang totally
memang tak tahu langsung pasal skateboard dapat lah juga tahu sedikit pasal
skateboard.
Versus. Nak kata sinambungan
ked’s story, tak da la jugak. Sebab dalam ked’s story tu, ked tu abang si
heroine dalam versus ni, minn Edina. Dan buku ni memang Islamic habis. Bukan
senang from street to sejadah. Bukan senang nak berubah. Dan islam tu bukanlah
setakat pakai baju lengan panjang , bertudung dan solat macam minn Edina buat.
Itupun because of her grandfather’s wish
agar minn Edina berubah. Dan bagaimana ashraf omar berubah sampai totally
superb. Aku tak tahu nak hurai macam mana dah.
5 tahun 5 bulan. Aku dah tak ingat sangat. Sob3.
Contengan jalanan. Perjalanan
mencari tuhan. Sungguh. the man who decided to change at 12th hour
dies on the 11th. Berubah bukan untuk ditunggu. Buku ni unik. Depan
belakang boleh baca. Sebab cerita pasal dua orang kawan. K square dan fend.
Dalam novel ni, banyak sangat kata-kata motivasi yang sangat awesome. Dan tak
dilupakan kata-kata yang kelakar juga. Ahaha. Dan novel yang membuka mata what
is fasting means. Doesn’t meant only do not take any food nor drink from fajr
until maghrib. How Fend dan Chad mengembara sambil berpuasa di Negara orang.
Totally different from usual.
Orang duk sibuk kejar malam
lalilatulqadr, kita pulak sibuk kejar diskaun dekat pasar lailatul “KAMDAR”.
Deep enough. Tak rugi baca.
Lastly,
anthem :). Third culture kid. Baik badlee dan dania dashrin. Meet pulak tipikal
manusia yang assume girl macam dania is totally zero in islam. Pandangan
serong. Than bagaimana dash nak berterus terang dengan family dia yang dia dah
berubah. Curious? Sila lah baca anthem weh. Dan tentulah interesting about the
hell hitler, Lee Hitler met with the Goth Dash.
Then hlovate ada keluarkan buku
hlovatinta. Petikan kaya-kata motivasi dalam karya-karya beliau. Syarikat jemari
seni keluarkan benda ni sangat terhad. Kiranya macam imited edition. But,
Alhamdulillah, aku dapat!. Muheheh. Sengih kejam. Even buku dia ala comel
cenonet, but the contect have deep meaning. Dia kata akan ada buku hlovatinta
untuk kedua. Insya allah. Muhehe.
Itu lah setakat ni review aku
terhadap novel hlovate. Dulu aku mungkin curios who is the super talented
person under hlovate’s name. tapi tak sekarang. Kalau boleh, biar lah dia
rahsia macam ni. Ekeke. My doa, semoga allah menyayangi, mengasihani, merahmati
dan melindungi dia, keluarga dia dan sahabat-sahabat dia. Semoga dapat
menghasilkan novel-novel yang boleh bagi impact macam kena langgar kontena
bawak simen. Semoga sentiasa sihat-sihat selalu.
So, pada siapa-siapa yang curious terhadap hlovate.
Boleh lak klik-klik.
facebook hlovate.
blog hlovate.
sebenarnya, kalau klik pada facebook, boleh la tengok about hlovate. totally, hlovate inspiring me. alhamdulillah :)
nak beli novel Jemari Seni dengan cara online? senang dan sampai rumah sekejap je.
worth for order it. Insya Allah :)
![]() |
| capital H, stand for hlovate. in rainbow colour. like you, inspiring me and other readers.with your various styles,random talk, super motivation and jokes yang tahap overloaded. |
Aku
sangatlah suci bila baca novel hlovate ni sampai restaurant garfu dan camca pun
aku google. Ahaha
maaflah panjang kelaut, till then :)
















