Sunday 6 March 2016

Sushi time!

 Assalamualaikum. Apa khabar? Hahaha. Ajet ajet ade readers. Menyampah ;(

So, di sini, qhali nak tampalkan satu resepi. Hokkk. Bukan senang qhalidamat nak masuk dapur tayang silat sudip. Hahaha.

Secara jujurnya. Qhali hantu sushi. Mak pun kaki sushi juga. Dan masyarakat kita mudah prejudis makanan makanan sebegini.

Beras dia halal ka?
Bukan jepun guna arak/sake ka dalam sushi?
Halal ka seaweed tu? *muka sinis
Dan pelbagai soalan lagi.

Nahh. Qhali kongsikan resepi sushi. Insya allah, halal dan tiada keraguan, insya allah. *tetiba rasa nak nyanyi lagu tak perlu ragu ragu ragu, sayang*

Qhali akan bagi step by step okay ;)

Mula mula. Kita memerlukan semangkuk nasi panas okay. Lagi lagi lepas dia baru masak. Sebab nanti kita nak campur dengan mayonis dan cuka. Tak nak bagi nasi berderai. 

Ni benda yang wajibul hadir dalam sushi qhali. Ada orang letak gula, tak letak cuka, dan macam macam cara lagi.
Qhali guna mayonis jenama kewpie sebab sedap. Dan HALAL. Korang ni kena mention sikit halal halal ni baru confident nak makan benda ni kan? Hahahah.
So bahan dia yang qhali guna, cuka, mayonis dan tuna. 

Ketam dan sosej. Ada tanda halal di permukaan plastik. Qhali mula mula beli pun cek bahan bahan dia apa. Hahaha. Pastu kita goreng dalam kuali guna minyak sikit. Ade garing garing sikit. Kuning kuning sikit. 

Telur dadar. Dijamin bersih. Sebab dua manusia yang basuh telur ni. Hahaha. Lepas tu gulung telur ni dan gunting gunting baris memanjang. 

Qhali guna timun jepun a.k.a zucchini. Sebab dia rangup. Dan tak berair. Dan bila nama dia ada jepun, tetibe feeling makan makanan mahal, kan? Hahaha

Let's go

Untuk nasi semangkuk besar ni, qhali letak 2 ke 3 sudu cuka. Nak bagi dia masam masam sikit

For mayonnaise's lovers, kau tabur picit berapa banyak la kau nak dalam nasi panas ni. Pandai pandai agak berapa banyak. Nanti banyak banyak loya semacam la pula.

Gaulkan kesemua. Abaikan kecomotan meja. Dengan tutup cuka, mayonis tergolek. Tangan gemuk. Hahaha

Bentangkan seaweed atas buluh rotan tu. Qhali beli benda ni dekat kedai diy. 

Letakkan dua ke tiga sudu nasi yang kita dah gaul. Leperkan atas seaweed mcm ni. 

Seterusnya, susun bahan comel comel. Sosej. Timun, telur, ketam.
Nak pelbagaikan bahan boleh ja. Letak tuna, lobak, sambal petai pun boleh. 

Gulungkan perlahan lahan sambil sambil tu tangan bagi tekanan sikit supaya nasi dia mampat. Kalau x nanti nasi berderai. 

Jajanggggg. Gulung sampai ke sudah. Kalau agak agak hujung tu tak melekat. Boleh je sapu mayonis atau sapu air. Buat syarat macam gam. Jangan kau letak gam uhu sudah

As for my tip untuk potong gulungan ni, qhali akan tebuk tengah dulu guna mata pisau yg hujung. Dan seterusnya baru la qhali potong satu satu

Oh yeahh. Sushi home made dah siap.
Alhamdulillah. Finally. Gigih aku update blog guna phone. 

Qhali guna beras biasa saja. Tak guna pun beras sushi tu sebab beras tu mahal. Hahaha. 9 ringgit sekilo wei. Siapa nak beli. Baik ambil beras mak kat rumah je. Jimat. 
Dan lagi satu qhali belajar buat sushi adalah mak tak boleh makan beras pulut. Kalau lepas makan sushi kat luar tu, kaki mak akan merah, panas, bisa, luka berair. So, bila qhali buat guna beras biasa ni. Alhamdulillah. Mak boleh makan and no complications. Alhamdulillah. 

Yang baik datang dari allah. Yang buruk datang dari qhali yang comot ni. Sekian. Selamat mencuba!

Adiues amigus jom ramai ramai beli sugus. 
Ah sudahh. Aku lupa gambar seaweed. 
Qhali guna jenama ni. Lebih baik yang ini dari jenama big bang. Sebab jenama big bang keras. Nak bagi dia lembut kena renjis renjis pengantin kat seaweed bagi lembut.
Sekian. 

No comments:

Post a Comment