Saturday 22 October 2016

Saengil chukkahae, qhalida

Assalam and alhamdulillah.

Qhalida amat turns to 24 years old. Alhamdulillah. Sebab allah masih sayang, bagi nafas, bagi penglihatan untuk menikmati hari ni.

Since today is my big day. First, happy birthday to myself *patting my shoulder and strokes my hairs*. Big enough, huh? Mohon la qhalida amat. Perangai tu lepas ni biar molek. Kih3.

Qhalida amat masih terharu dengan usaha si mulan, fad, ifa dan wani dalam menyediakan surprise ni. Huwahhh. Suka tau buat aku nages tepi bucu katil ni!
Mohonnya, semoga allah lindung setiap darinya dari malapetaka, kesedihan, kemalasan dan semoga allah menganugerahkan nikmat yang maha hebat pada semua. Ameen. Sob3. Siapa nak buat sweet dengan aku lepas ni. Sob3. *Sambung nages tepi bucu katil balik.*

Thanks for the confetti yang meletup sekaligus mematikan lilin aku. Aku tak sempat tiup pun. Dia da sedap landing atas api. Kih3. Terkekek kekek tengok video balik. Thanks juga untuk 1000 pieces puzzle. Gila wei. Kali ni tak da clue langsung! Insya allah. One fine day, akan siap juga benda ni. Kih3.

Thanks juga pada budak sekolah dedulu especially kelas darul iman. Huwah. Korang ni sweet tahu tak? Ade yang personally message. Ada yang harukan group. Memang. Korang memang haru.

Thanks juga dalam group official hs244. Thanks atas ucapan dan ingatannya. Semoga allah memberikan yang terbaik buat kalian. Insya allah dan ameen. Thanks juga buat group farmasi di penang yang masih mengingati aku siapa. Maklum la. Qhalida amat kan tukar kos. Kah3.
Thanks juga buat my family. Sob3. Anak anak buah semua ucap yang sweet sweet tahap nak minta diabetes tau. Makcu emosi. Kih3. Dan thanks juga anggap makcu idola korang even makcu kengkadang bambun korang macam apa kan? Thanks adik beradik atas ucapan, dan paling best. Kucing kakak siap nyanyi lagu birthday! Hahahaha.

Thanks kak syima for wishing and remembering my birthday. Qhalida amat terharu bila kak syima ingat. Kih3. Take care akak.

Last but not least, thanks mak sebab ucap birthday qali. Mak tanya. "Nak hadiah apa?" Qali x minta banyak. "Qali minta doakan yang terbaik ja.". Mak jawab "kalau mcm tu, mak doa turun 10 kg la macam tu". Sumpah la. Aku dari touching terus gelak macam apa kat uma dah. Hahaha.

Thanks for the wishes, thanks for the gifts especially cakes, confetti, balloon, puzzle, tumblr from fida. Allahu. Mana nak balas satu satu ni?

Alhamdulillah. Umur da 24 kan qhalida. Act like your age, please? Hahaha.

Terima kasih allah, sebab hadiahkan saya hamba-hambaMu yang cukup istimewa. Mohon lindungi mereka mohon sayangi mereka. Mohon segala kebaikan diberi dan segala malapetaka dijauhkan dari setiapnya. Insya allah.




Sweet tak? Huwahhhh. Dengan topi pink lagi. Budak2 nampak semua macam "BALLOON!!"
Mak masing masing macam. "Harem la, anak aku merengek belon kau pula" kah3. 


Bila anak buah creative terlebih. Ni la jadinya. Bhahaha. Park bogum terus dia bagi. Hahaha. Makcu terharu. 

Friday 12 August 2016

new doodles, baby!

Assalamualaikum!
Apa khabar? Semoga dalam lindungan allah semuanya. Hiks. Hari tu kita ada cuba godek godek laptop. Kononnya nak lukis maskot la. Sebab kepala da kematu nak lukis doodle lagu mana lagi ni! So, berubah arah ke animal doodles *big claps for me, please!*

Secara amnya, tak la banyak mana mascot or animal doodle yang dibuat. Since qhalida amat pun jenis menyibukkan diri dengan perkara tak berfaedah. Bhahaha. Ada la dalam dua tiga helai animal doodle. And insya allah, more doodles will be publish soon. Mudah mudahan allah perkenan kan. *usap muka usai doa*

Anyone yang nak guna doodle dalam ni for a good sake. Please do. Don't be shy shy shy *terpromote doodle sambil nyanyi lagu twice pula*

Bakat yang allah bagi, insya allah saya akan guna dijalan yang baik. Alhamdulillah.





Segala yang baik, anugerah dari Allah. Apa yang terkurang dan tersilap, datang dari saya yakni qhalida amat, si manusia dosa

P/s: sesiapa ada cadangan animal doodle lain. You may drop your comments! Me do appreciate your comments!

Wednesday 20 July 2016

Riang ria raya cara kita part 2.

Assalamualaikum. Apa khabar? Moga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah. Sweet tak kita doa doa cam tu? Bhahaha.

Jalinan kasih aidilfitri FSK 2016 diadakan pada jumaat yang lepas. Jangan suruh buka kalendar tengok tarikh balik bagai. Tak kose den.

Since qhalida amat pun mereput duduk palam lepas habis final gara gara fyp, baiklah qhalidamat melantak makanan program yang diorang adakan, kan? Memandangkan ramai yang dah balik, segelintir classmate ja yang ada. Tak pa la, janji ada. Jangan kata kita tak campur manusia pula, kan? Haha.

Nah. Malas nak cakap panjang panjang.
Bila kesayangan ambil gambar. Haila. Kita rindu dah. 

Dengan classmate yang lain





 
Gambar dengan dekan kita. Hensem tak dekan kita? Hiks. 
Gambar makanan? Oh. Tak da. Dalam perut semuanya. Hahaha. Lauk pauk disediakan adalah nasi impit, apam balik, laksa, nasi tomato, soto sup, lontong, air oren. Ada yang tertinggal ke? *geledah perut*

Okied. Sampai disini aja. Lain kali kita gosip lagi. Hahaha. Selamat hari raya.

P/s: "matriya". Ada kata orang ucap begini sakit jiwa. Hangpa tak tahu, zaman da laju. Zaman da maju. Semua sibuk. Maka yang panjang di pendek-pendekkan. Penjimatan masa katanya. Bukan duit ja kena jimat, tulisan huruf pun kena jimat la ni *senyum sinis*

Bye! Assalamualaikum

Saturday 9 July 2016

Riang ria raya cara kita.

Assalamualaikum.
Apa khabar? Semoga semua yang terlintas membaca atau memang singgah datang blog usang ini dirahmati, disayangi dan dirahmati Allah selalu. Insya Allah. So. Today is almost becomes the 5th eidu fitri, right? Hahaa. Tetiba orang puteh. Kau ni memang nak kena tempeleng qhalidamat.

Okay. Umat islam tahun ni sambut raya yang jatuhnya hari rabu. Berapa hari bulan? Sumpah. Aku bab-bab hari bulan ni memang kelaut. Sampai paper last untuk final aku pun aku confuse isnin ke selasa. 12 julai tu bila? Isnin ke selasa? Ye. Qhalida amat rasa memang da cukup tua. Uban dekat kepala pun da tambah-tambah. *padahal banyak makan MSG.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk meraikan hari raya pada tahun ini. Dan tentu tentu alhamdulillah thumma alhamdulillah sebab qhalida amat layak dapat duit raya dari adik beradik untuk tahun ni lagi. Wei! Seronok bak hang wei! Anak buah duk ngendeng,

"Untung la makcu. KAYA"
"Senang je nak dapat duit raya"
"Cammane, cammane?"
"Belajar habis. Kalau ada lepas degree, ambil master, habis master sambung phd"
Dan masing masing berhuhuhu.
Kau tak tahu azab nau nak habis study ni hah!

Hahaha. Macam biasa la bila sambut raya stail aku ni. Sambutnya hari pertama. Hari kedua dan seterusnya da bukan hari raya dah. Dah macam hari biasa. Kasut raya kakak belikan, sudahnya aku simpan, buat praktikal sem 8 nanti. Insya allah. Mana tahu tetiba ajal jemput. Tak sempat den nak bergaya dengan kasut baru. Hahaha. Tapi sempat acu la hari tu. Thanks kak mala!

Tak nak cakap panjang panjang sebab aku stress kena balik awal ke palam. Ni gara gara last paper la ni. Orang lain semua duk sental rendang, kuah kacang, ketupat di rumah. Aku kat sini duk kunyah nota. *tipu, aku leka tengok 2 days 1 night sebenarnya*

Nah, kita tepek gambar raya sehelai dua.
Beratur selepas solat hari raya. 

Keluarga abang sham dan kak marina. 

Keluarga kak amy dan abang ismail

Keluarga abang salleh dan kak ina.

Keluarga kakak dan abang sharul. Dan atoto. Cer cari atoto

Keluarga abang dan kak haslinda

Me, apak dan emak. 

Pipi pau kukus satu. Pipi pau kukus dua. Bhahaha


Keluarga kak nye dan abang azhar
Tak semua ada kan. Since kami ada 10 beradik. Abang wan dan kak yan. Dan keluarga kak mala. 

Next pictures pula!
To anak anak kucing dan ibu ibu kucing di rumah.
Ibu: ayah, acu, dan blackie
Abang: oyen
Anak kucing: mimi, jack, aput, itam dan ikin.
Minta maaf dan selamat hari raya.

Minta maaf bila aku lambat bagi kau makan. Lepaskan perut aku ja dulu padahal korang semua pun ada perut.
Minta maaf bila aku suka lipat belakang telinga korang bila korang tidur.
Minta maaf bila aku hempap tangan aku yg berkilo-kilo ke atas badan kau yang gebu tak gebu tu.
Minta maaf bila aku aku tak refill air or pasir tanah kau.
Minta maaf bilamana aku peluk korang cari kutu. Mak kata tak payah bela kera. Cukup dak qhali ada.
Minta maaf bila aku makan, aku angkat pinggan tinggi, supaya kau tak capai sekaligus kau kebuluran.
Minta maaf bila aku peluk cium hidung mulut tapak kaki kau dengan penuh rakus.
Minta maaf sangat my meows. I love you. More than you could imagine. *ah sudah, lurus ke idok aku ini?*

Dengan abam abam hensem!. Anak buah tinggi melampai la ni!. Nyampah. Korang makan galah ke hape hah?


Adik beradik. Dari kiri ariff, taufiq dan irfan. Haihhh. Makcu tua!
Sekian. Minta maaf jika saya ada terkasar bahasa. Tersentuh hati dan perasaan pembaca atau mana mana pihak. Cau cin cau! 
Assalamualaikum

Friday 24 June 2016

6 penghalang doa

Assalamualaikum. Salam ramadhan semua. A quick one. Very quick. Sebab malam tadi tak tidur. Ni gara gara wonda coffee la. Lagipun, mungkin hiatus sebentar since nak bagi laluan untuk final exam for semester 6 dan FYP!! Iyep anak anak.. qhalida amat insya allah will graduate soon. Tapi nak graduate punya perjalanan tu mak aihhhh. Tengok. Tetiba da melalut. Salah siapa ni?

Okay, back on track. Qhali jumpa article ni dah lama. Semenjak qhali praktikal kat kota bharu hari tu. Kedai makan makcik tu menyediakan ruangan membaca. Since tukang masak memasak penuh teliti, kasih sayang, cermat dan jimat. Kami di situ membaca sementara tungguh hidangan. Gitewww. Exact name of publisher. Maaf sangat sangat. Qhali lupa. Lupa tak sempat nak ambil gambar muka depan. Kang ada yang kata aku plagiarize pula kan? Hahahaha. Okay. Terkelaut lagi! Salah siapa ni?







Article ditulis oleh: Muhammad Luqman Makhtar.
Lukisan: qhalida amat. Hiks.

Segala yang baik datang dari Allah. Mana yang cacat cela, datang dari saya hamba yang khilaf ini. Doakan kami berjaya dalam peperiksaan.

Krohh krohh krohh.

Saturday 26 March 2016

Hari jualan fisioterapi HJF

assalamualaikum. Quick one!
Hari khamis 24 mac 2016. Qhalida amat dengan jayanya berjaya menjadi salah seorang tukang urut untuk hari jualan fisioterapi. Weehuuu!!

Yang tak boleh blah bila kutip patients sebanyak banyak alam. Padahal lepas urut 2 patients terus collapsed. Hahaha. Alhamdulillah. Atas ilmu yang allah bagi. Dapat berbakti. Tak semua berada di tempat qhalida amat sekarang. So, i should appreciate it. Kan? Kang memaseng kata aku manusia tak bersyukur. 

Okay la. Benda ni in win win situation. Kita berbakti. Kita perkenalkan profesion kita. Kita asah skill kita. Kita kuatkan tangan kita. Dalam masa yang sama kita dapat pahala dan dapat duit. *kaching kaching bunyi mesin duit*

Hari tu dapat 2 patients ja. Sudahnya balik suruh munifah urut tangan aku balik. Keras dibuatnya. Bhahahaha. Tapi tak pa. Seronok. Dapat seorang nak dari kepala ke bahu dan lagi seorang tu full body. Akibatnya. Sampai terlajak masa urut anak orang kan? Hahahaha.

Nah, belanja gamba selai dua lai. 

Ace teka laila buat apa? Thanks laila ajar qhali different technique in massage. 

Ni la kerja si laila. Hahaha. Comel kan?

Sebahagian dari pelajar fisioterapi yang turun lab untuk menyumbangkan bakti. Jangan tanya mana gamba aku. Aku guhih gigih urut dalam cubicle lagi. Hahahaha

Sunday 6 March 2016

Sushi time!

 Assalamualaikum. Apa khabar? Hahaha. Ajet ajet ade readers. Menyampah ;(

So, di sini, qhali nak tampalkan satu resepi. Hokkk. Bukan senang qhalidamat nak masuk dapur tayang silat sudip. Hahaha.

Secara jujurnya. Qhali hantu sushi. Mak pun kaki sushi juga. Dan masyarakat kita mudah prejudis makanan makanan sebegini.

Beras dia halal ka?
Bukan jepun guna arak/sake ka dalam sushi?
Halal ka seaweed tu? *muka sinis
Dan pelbagai soalan lagi.

Nahh. Qhali kongsikan resepi sushi. Insya allah, halal dan tiada keraguan, insya allah. *tetiba rasa nak nyanyi lagu tak perlu ragu ragu ragu, sayang*

Qhali akan bagi step by step okay ;)

Mula mula. Kita memerlukan semangkuk nasi panas okay. Lagi lagi lepas dia baru masak. Sebab nanti kita nak campur dengan mayonis dan cuka. Tak nak bagi nasi berderai. 

Ni benda yang wajibul hadir dalam sushi qhali. Ada orang letak gula, tak letak cuka, dan macam macam cara lagi.
Qhali guna mayonis jenama kewpie sebab sedap. Dan HALAL. Korang ni kena mention sikit halal halal ni baru confident nak makan benda ni kan? Hahahah.
So bahan dia yang qhali guna, cuka, mayonis dan tuna. 

Ketam dan sosej. Ada tanda halal di permukaan plastik. Qhali mula mula beli pun cek bahan bahan dia apa. Hahaha. Pastu kita goreng dalam kuali guna minyak sikit. Ade garing garing sikit. Kuning kuning sikit. 

Telur dadar. Dijamin bersih. Sebab dua manusia yang basuh telur ni. Hahaha. Lepas tu gulung telur ni dan gunting gunting baris memanjang. 

Qhali guna timun jepun a.k.a zucchini. Sebab dia rangup. Dan tak berair. Dan bila nama dia ada jepun, tetibe feeling makan makanan mahal, kan? Hahaha

Let's go

Untuk nasi semangkuk besar ni, qhali letak 2 ke 3 sudu cuka. Nak bagi dia masam masam sikit

For mayonnaise's lovers, kau tabur picit berapa banyak la kau nak dalam nasi panas ni. Pandai pandai agak berapa banyak. Nanti banyak banyak loya semacam la pula.

Gaulkan kesemua. Abaikan kecomotan meja. Dengan tutup cuka, mayonis tergolek. Tangan gemuk. Hahaha

Bentangkan seaweed atas buluh rotan tu. Qhali beli benda ni dekat kedai diy. 

Letakkan dua ke tiga sudu nasi yang kita dah gaul. Leperkan atas seaweed mcm ni. 

Seterusnya, susun bahan comel comel. Sosej. Timun, telur, ketam.
Nak pelbagaikan bahan boleh ja. Letak tuna, lobak, sambal petai pun boleh. 

Gulungkan perlahan lahan sambil sambil tu tangan bagi tekanan sikit supaya nasi dia mampat. Kalau x nanti nasi berderai. 

Jajanggggg. Gulung sampai ke sudah. Kalau agak agak hujung tu tak melekat. Boleh je sapu mayonis atau sapu air. Buat syarat macam gam. Jangan kau letak gam uhu sudah

As for my tip untuk potong gulungan ni, qhali akan tebuk tengah dulu guna mata pisau yg hujung. Dan seterusnya baru la qhali potong satu satu

Oh yeahh. Sushi home made dah siap.
Alhamdulillah. Finally. Gigih aku update blog guna phone. 

Qhali guna beras biasa saja. Tak guna pun beras sushi tu sebab beras tu mahal. Hahaha. 9 ringgit sekilo wei. Siapa nak beli. Baik ambil beras mak kat rumah je. Jimat. 
Dan lagi satu qhali belajar buat sushi adalah mak tak boleh makan beras pulut. Kalau lepas makan sushi kat luar tu, kaki mak akan merah, panas, bisa, luka berair. So, bila qhali buat guna beras biasa ni. Alhamdulillah. Mak boleh makan and no complications. Alhamdulillah. 

Yang baik datang dari allah. Yang buruk datang dari qhali yang comot ni. Sekian. Selamat mencuba!

Adiues amigus jom ramai ramai beli sugus. 
Ah sudahh. Aku lupa gambar seaweed. 
Qhali guna jenama ni. Lebih baik yang ini dari jenama big bang. Sebab jenama big bang keras. Nak bagi dia lembut kena renjis renjis pengantin kat seaweed bagi lembut.
Sekian.