Saturday, 9 November 2013

live your life :)

assalamualaikum dan salam sejahtera. hek. ayat skema * kunyah biskut~

live your life. jumpa quotes ni dalam buku Hlovate rasanya. ke aku salah? hee. betul la tu rasanya.
alhamdulillah, selepas melalui minggu yang agak rasa nak balik pinggan mangkuk keluar tingkap, buku semua nak gigit gigit kunyah kunyah then kepala serap nutrient nutrient buku tu. 4 test. ikutkan 5. jangan risau. assignment tak bersentuh lagi. apa nak jadi dengan qhalida amat ni hah?

kehidupan pelajar. nak tak nak kena hadapi la. tak semua orang mempunyai nasib yang sama. nak berjaya tu bukan ada satu "lebuh raya " pun. sedangkan lebuh raya kat malaysia ni ada banyak, maka nak berjaya pun banyak la gayanya. jangan berputus asa. Allah tak suka orang yang berputus asa.

memang, Allah ciptakan manusia ni berbeza-beza. untuk apa? supaya manusia boleh belajar menghargai variasi ciptaan allah. ace cuba bayangkan manusia ni semua sama. IQ sama, muka sama, tahi lalat atas bibir belah kiri pun sama!. ohhoii !, bosannn.

ada manusia allah bagi dia pandai sungguh. ada sebab. ada hikmah, ada ujian.
Dia nak tengok samada hambaNya bersyukur atau tidak?, adakah hambaNya menggunakan nikmat yang diberi sebaik mungkin? adakah HambaNya bersedekahkan nikmat-nikmat yang diberi oleh Nya kepada manusia lain? kan? ke aku salah?

live your life. hidup anda. anda yang tentukannya *cliche enough.

jangan bersedih. aku pun. memang agak pfffttt bila kita hafal macam nak rak tiba-tiba bila exam tak boleh jawab. insya allah, sampai satu masa, apa kesusahan kita, apa jerih kita, apa usaha kita. Allah akan menilainya dengan seadil-adilnya. benda ni semua perlu muhasabah diri juga. perbetulkan apa yang salah. luruskan apa yang bengkok. jernihkan apa yang keruh. muhehe.

thinks positif. walaupun aku manusia yang selalu pikir negatif, selepas asyik kena marah dengan ieja. sekarang ni, alhamdulillah. boleh pikir positif dah. keh3.

tak seronok la kalau hidup ni tak berliku kan? nanti tak da cerita best nak diturunkan ke cucu cicit!
*amboi anak amat, besar cita-cita kau sampai cucu cicit hah!

sedangkan mesin degupan jantung tu pun ada turun naik, turun naik. apatah lagi hidup kita. kalau tak jatuh, mana boleh nak belajar berdiri balik kan? macam garisan lurus dan garisan bengkang-bengkok. kalau hidup ni garisan lurus sahaja. hah!, sampai kat segi tiga bermuda la kau jalan lurus ja. cuba garisan bengkang-bengkok pula. silap hari bulan. you can create another "picture" in your life.

dont be sad. He will count every single things that happen in your life.and He will repay you as you deserve it. insya allah. yakin dengan Allah. senyum :)

senyum. tak perlu kata apa-apa ~~
never give up!, never give up!, never give up!. you can do it!. *tepuk tangan bersihkan serdak biskut.

adieussss :D



Thursday, 31 October 2013

satu tahun :)

assalamualaikum. satu tahun dah umur awak, blog. haahaha. mesti la kena sambut. kalau kena amnesia tak da la sia-sia. muhaha.

terima kasih

Wednesday, 30 October 2013

a day at UiTM Sungai Buloh :)

Assalamualaikum.

Story time!

fida, aku, atul, erra, ida, syaza dan munifa :)
On 29th October 2013, kami pelajar ijazah fisioterapi semester 1 dan pelajar post diploma pergi ke UiTM Sungai Buloh. Pengalaman? Daebak! Best woo, rasa macam tak nak balik ja. Ahaha. Nampak sangat exaggerated kan?

Alhamdulillah, pergi ke Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh yang awesome tu. Tujuan pergi ke sana tak lain dan tak bukannya adalah untuk melihat mayat. Hek. Percaya? Sila la percaya. Kami ke sana untuk diperkenalkan dengan tubuh badan manusia. Kiranya macam anatomy la. Selama ni kan asyik tengok dalam buku ja, sekali dia tunjuk mayat yang ntahsapesapeterlantaratasmejabesi. Dan lecturers or staffs di situ tunjukkan la mana otot-otot yang ada pada tubuh badan manusia. Dan! Yang superbnya, kami-kami pegang mayat! Hek. Hek. Hek.

Tapi tak tahan bau alcohol dengan formaline. Awesome sampai pening pinar-pinar. Kehkehkeh.

Mula-mula kami di tunjukkan mayat di bilik anatomy. Laboratory mereka? Awesome! Untung la siapa yang belajar di situ. Heee J.

Masa mula-mula masuk Nampak satu meja ditutupi dengan plastic kanvas. Dupdap, dupdap. Jeng3.

MAYAT

Hamek kau. Semua serbu nak tengok mayat. Pertama-tama dalam hidup tengok mayat kena lapah kulit untuk dijadikankan bahan pembelajaran. Selalunya, mayat yang mereka buat sebagai bahan pembelajaran ni adalah mayat yang tak dituntut oleh waris dan warga asing. Masing-masing apa lagi, duk pegang otot mayat je la, then recall balik apa yang belajar dalam kelas. Oh, ni deltoid, oh ni pectoralis major, oh ni, oh ni, oh ni. Berapa banyak oh ni la kan? Tapi sumpah!, memang sangat best!, pengalaman yang tak boleh lupa J. Alhamdulillah


Selepas di makmal anatomy, kami-kami yang da ala-ala kanak-kanak Ribena turun ke muzium perubatan. Pernah dengar pepatah bagai pelanduk masuk ke kampung? Hah, itu lah keadaan aku tadi. Wow. Wow. Wow. Padahal dalam buku ada je semua benda tu, tapi nampak depan mata bila mereka-mereka masukkan organ dalam balang. Eh,seronok la. Muzium dia tak la besar mana tapi banyak informasi. Ada ular, ada ala jengking, ada ikan buntal, ada ikan batu. Kebanyakkan haiwan-haiwan yang mereka awet dalam tu adalah haiwan yang menghasilkan bisa. Sekarang ni, bahagian farmasi mengkaji bahawa mungkin bisa-bisa haiwan ini boleh dijadikan sebagai ubat alternatif pada masa akan datang. Betapa besarnya kuasa Allah.

Let pictures tell the rest of story 

muka real okay 

replika kulit :), bukan kek, kalau nak buat kek pun boleh :)

dengan ular 

fida dan pari-parinya :)



atul dan erra di samping replika


replika serangga.




mr charlie, our kine friend :)





sagittal plane: nampak la macam mana otak dan kepala kita kan? subhanallah


small intestine

Selepas tu. Kami dibawa ke tingkat 6. Tingkat 6 dimana mayat dilapah, mayat di rendam dalam larutan yang disediakan. Masa mula-mula staff tu tunjuk macam tong besi, dah agak mesti ada benda scary dalam ni. Jeng jeng jeng. Mayat wei. Then dia bagitahu proses menerima macam mana, buang semua darah dalam saluran tu macam mana. Kalau ada fungus dalam larutan air tu kena buat apa. Nampaknya mereka semua tabah duduk dalam makmal tu.

Selepas tu, kami di tunjukkan dengan mayat yang dah di lapah kulitnya. Staff di situ duk soal jawab upper limb la, lower limb la. Rotator cuff muscle la. Dah masing-masing jawab macam langau. 

"Ngengengnegentoid, ngengngengngenjor. Ngengngengngengdinosus".

 Staff tu pun angguk kan je la. Hahaha. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat la kutip ilmu pada hari ini. Selepas tu, Nampak staff seorang ni duk tekun habis buat dissection pada kaki mayat. Sungguh. Dia kata kena duduk lama untuk buat benda ni. Boleh ja buat laju-laju tapi takut kepuasan yang kita nak tu tak da. Dah la nak dapat mayat bukan senang katanya. Maka kena la appreciate setiap mayat yang ada. Buat dissection baik-baik. Jangan nak gurau-gurau sangat. Tengok pun da penat. Apatah lagi tuan yang kena duduk sambil melapah kulit manusia tu kan? Patah pinggang woi!.

ada mayat dalam tong besi tu. 

staff sedang buat dissection bahagian kaki



penerangan dari staff berkenaan dissection. tengok dia duduk pun dah penat. apatah lagi beliau. sob3
Pas tu, masuk balik dewan kuliah dia. Dah habis lawatan. Sobsobsob. Sedih.

auditorium UiTM Sungai Buloh memang lawa habis! 

Apa-apa pun, seronok sangat. Kepada lecturers kami. Terima kasih banyak-banyak sebab mendedahan kami dengan pembelajaran ini. Terima kasih puan azlin, puan aiman dan ramai lagi. Dan daripada pihak UiTM Sungai Buloh, terima kasih sebab menerima kehadiran kaim ke university anda. University mitochondria anda memang awesome! Huuu 

Masa nak tunggu bas, jumpa Intan, Sofia, Faizal dan Azri. Doctors to be!. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan perjalanan kamu semua. Semoga segala ilmu yang bakal ditimba kamu akan diberkati Allah. Dapat jumpa my laling, Sofia :). Seronok! Belajar baik-baik, balik Melaka kita rempit sama-sama k. Heee :)
Habis cerita. Balik kampus semua tumbang dalam bas UiTM yang ala-ala roller coaster. Hek! Kau hado?

dipagi hari sambil tunggu henchik bas datang :)



alolo comel fida pegang "cake" kulit hah

Ya Allah,
permudahkanlah kami menerima ilmuMu ya Allah,
permudahkanlah kami menerima ilmuMu ya Allah,
permudahkanlah kami menerima ilmuMu ya Allah.

p/s : minta pada allah semata-mata tak berusaha pun tak da gunanya. Macam aku la sekarang ni. Minta tapi buku tak nak bukak~~~~~~
tak boleh nak upload gambar mayat, terperanjat pulak nanti. muhehe :)

*nyesal sambil tarik buku therapeutic. Sob3
Adieus 
yawn :O
credit to owner :)







Tuesday, 22 October 2013

officially 21 !

assalamualaikum. taip laju-laju. heee


alhamdulillah, allah panjangkan umur lagi. allah bagi peluang untuk menikmati segala kebesaran-Nya di sini. 
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

terima kasih pada azwa, ezwa khairunnisa, nurasikin, fida sahrim, rahilah, nadia johari, isma anati, ieja, harija, afiqah, azila, hazwan, syahirah, hidayah, nur syafiqah,mufidah, zahida, dan pada siapa-siapa yang mendoakan saya pada ulang tahun kelahiran kali ni. muhehe. da besar kan?

terima kasih allah kerana bagi saya mengecapi umur ini
terima kasih mak sebab lahirkan qali
terima kasih kawan-kawan sebab mendoakan

dah, sampai sini. pada yang mengingati, terima kasih. semoga allah merahmati dan mengasihani anda sekalian. semoga segala perkara dipermudahkan. insya allah.

esok test. apa boleh buat. lumrah student.
okiedokie adios :)



Friday, 18 October 2013

exhausted :(

assalam. quick one. nanti boleh la recall the hardness during my studies kan? muhehe.

kuiz kinesiology.
mula-mula happy sebab quiz boleh jawab kat rumah. means boleh buka buku. means boleh rujuk internet. means boleh TIRU kawan. muhehe. tapi sangkaan ku sangat meleset. lagi meleset seleset-lesetnya. muhaha.

aku nak menaip pun da tak betul. sebab banyak sangat tekan keyboard. cari makna. pahamkan then cernakan. oh Allah. make me strong like a flintstone!. heee.

 alhamdulillah. apa-apa pun kena cakap alhamdulillah, dapat kuiz pun kena cakap alhamdulillah la kan? akan nak cakap ini bala, ini bala, ini bala, pula kan? hahaha.

ilmu ini ilmu baik, seraplah dikau dalam neuron-neuron kepala aku. hahaha.
at least soalan bergerak daripada tak buat langsung. hee :)

psychology, anatomy, therapeutic masih menunggu. gilo duk umah.

umah is heaven and heaven is rumah. acam mana tu? dah tu nak nyesal sebab banyak benda tak recall balik kan? tu la perangai sebenar qhalida amat eh!. mak sendiri tengok nota pun mak kata kepala kau serabut macam nota kau yang serabut ni. hahaha. apa barang belajar freaky neat? tu untuk perempuan yang sangat girly je la kot. hahaha. saya? kalau ade seratus buku, seratus buku tu saya nak buat macam lego. baru nampak ke"study"an nya kan? hahaha. lepas tu nak cari benda dah satu hal kena kembuh semua balik. hahaha.

ya Allah, kuatkan lah hati kami untuk menimba ilmu-ilmu Mu ya Allah.
berikan lah kami kemudahan dan kesenangan dalam mencari ilmu-ilmu Mu ya Allah.
permudahkan kami untuk pelajari ilmu-ilmu Mu ya Allah.
bersihkan lah hati-hati kami dari kesesatan dan kegelapan ya Allah. 

entah bila nak siap kuiz kine ni, pening da baca terms dia. muntah hijau atas keyboard ni karang. hahaha.

bubye :)
cr to owner