Sunday, 8 March 2015

aerobik yok! 6.0

assalamualaikum dan salam berjumpa kembali *muah sikit sambil laga pipi kiri kanan, laki tak boleh, penampar sat lagi duk kena hah

amboi. pengenalan ganas sungguh ea? hari ni nak menulis tentang aerobik yok! 6.0 yang diadakan di Universiti UiTM Puncak Alam. dan tulis universiti pastu tambah huruf "U" lagi. kau ni dah kenapa qhalida amat oi!. hihihi

okay, okay, cukup dengan mushy pushy pengenalan. sebenarnya program ni dah berakhir untuk sem lepas dan insya allah ada lagi untuk sem ini. *yeahhh!

walaupun dah tamat untuk semester 3, harus la anak amat nukilkan juga dalam blog juga kan? mana tahu boleh bawa semangat pada pelajar lain untuk menyertai kami sekali. best tau. penat berlatih buat steps. "kau hengat senang?" *sambil besarkan mata


emma jadi pengerusi majlis pada hari tersebut. kelasss gituu *flip selendang!






anis sharmine dan puan shida buat senaman. ring ga ring ga ring. ring ga ring ga ring




otototot. comel syaza eh!








hah, itu baru perasmian punya gambar. itu nak tunggu upload ade la berejam juga duk tunggu. 
haihh

so, kita proceed untuk barisan barisan yang mengetuai aerobik dari minggu pertama sampai habis okay. gambar peserta ada cuma tengok la. kalau rajin nanti, masuk la sekali. kih3!

ini group pertama. buat di padang angsana

ni group ke 3.

group ke 4

group ke 5

lastly, group ke 6. yeah!
ada sesiapa perasan tak yang group 2 tiada? hikhik. nah. istimewa untuk group 2 sebab ni group gua!



saranghae!


sekian bebeh!
assalamualaikum :)




Tuesday, 3 February 2015

first praktikal

assalamualaikum.

lama sungguh tak update benda baru dalam blog ni. padahal hari tu baru cakap dengan bloggy yang kita sayang bloggy kita. sobsobsob. minta ampun la bloggy, tuan kau ni kalau cakap kadang-kadang noktahnya tiada. maka, hampir dua bulan tiada berita atau apa-apa yang boleh dipaparkan dalam blog. haihh ( =____=).

first of all. aku memang sibuk sungguh. assignment tak payah la cakap. aku ingatkan da nak habis semester 3 kiranya boleh la duduk duduk lapang dada tak payah serabut assignment rupa-rupanya salah. assignment datang menimpa. hokkk. subjek memang da kurang semester ni tapi timbunan kerja. allah. allah. sabar. sabar.

banyak benda nak share sebenarnya. betul. rasanya tak bercerita lagi tentang aerobik yokk! 6.0 yang di ketuai oleh batch kami dengan post diploma sem 3. hah. tak da lagi kan? nanti. insya allah.

aerobik untuk cancer awareness, lawatan ke Asean mental awareness di wetland putrajaya. banyak. sebenarnya, banyak benda yang berlaku dalam semester ni. kihkihkih.

cuma tak sempat dinukilkan di dalam blog.

dan sekarang sedang menjalani first clinical placement di hospital putrajaya for 1 month. nervous bak hang tahu tak!. and first ever encounter with various types of patient's condition. lot's things can be shared and be learnt. kau nak ilmu ke tidak qhalida oi? *gituuuu

and doakan saya dan kawan-kawan berjaya boleh tak pembaca sekalian? *macam konfem-konfem ada yang membaca ke qhalida oi?

hihihihi. adios. amigos. nah. aku belanja preview gambar aerobik yokk. if curious, do wait me okay?

Saturday, 15 November 2014

tie up 2014 part 1

assalamualaikum. sorry for the late update. hokk. bahasa inggeris lagi. kihkihkih.

urm, nak post pasal orentasi yang diadakan pada 11 hingga 13 september 2014. ye, aku tahu, benda da jadi bulan september, bulan novermber baru nak update. hahaha. okay la tu nak publishkan, daripada buat pekasam kan? huhuhu

11 haribulan tak banyak benda, petang tu hanya briefing dari haji bahman dan puan normah regarding course physiotherapy, biasa la kalau haji bahman da bagi talk. memang tak kering gusi di buatnya. huhuhu





then malam tu bersambung lagi orentasi, tapi kali ni di awasi dan dijaga oleh kakak kakak and abang-abang fisio. hahahaha. 
pembahagian kumpulan mengikut nama-nama pejuang islam. 
*tersedak seaweed*
kalau saya yang jadi ketua bironya, saya namakan jo in sung group, cha tae hyun group
kat situ juga aku kena slam dunk dengan ketua pengarah. huhuhu
















hamek kau, semua duk kalut cari fasi, aku kat belakang minum coolblog
end of part 1, then should we continue with part 2? huhuhu. part 2 apa ke benda, hari kedua je pun hah
nanti la aku sambung. penat. bubye. and sorry