Thursday, 11 January 2018

Konichiwa japan part 2

Assalam. Anyeong achim *tetibakoreapehalplak*

Now 6.17 am in osaka, japan. Lol. Sejuk nak mati. Bila angin sepoi sepoi tu datang, ibarat kata mcm sepak sepak muka dengan bongkah ais gamaknya. Ahaaaa.

Semalam, alhamdulillah Allah bagi peluang tengok muka bumi Allah yag luas ni. Pemandangan di Bamboo Forest, Kyoto ni memang mesmerizing sangat. Awww. Mesmerizing tak nahan!

Tapi tengok gaya tamannya semalam lepas turun last station dari hangkyu railway, ini tempat will be more stunning when spring time. Sebab berlambak gila pokok sakura a.k.a cherry blossom di sini. Qhalidamat da boleh membayangkan diri duk di renjis-renjis dibilis dengan daun-daun bunga gitu. Ala-ala diva kawen kena baling kelopak mawar gittewww.

Bukan tak nak cerita banyak, nak sebenarnya. Nak juga cerita train apa kami ambil, pass apa kami ambil, sarapan apa kami ambil. Eh?! Nasib abam oppa oppa jepun ni tak ambil. Kang amek bawa balik melaka mampuih puan badar dengan en amat terkejut apasal dari tadi arigatou arigatou hah! *okay, hambar*

Okay, belanja gambar sikit okay. Bak kata kakak, muda muda ni la nak tengok negara orang. Yela. Melaka tu sendiri aku tak habis belajar hah. Ahahaa. Takpa. Allah bagi peluang. Bila pergi melancong ni. Banyak pengajaran dan iktibar boleh di ambil. Bukan saja-saja Allah bagi peluang. Ye idok? Eh, makin jauh penulisannya hah. Till then, babies?

I guess this is cherry blossom tree. Mana awak ni, jauh jauh datang dari Malaysia ni. Ahaa. Memang la idok nak keluar. Pergi masa musim winter. Tapi scrolling thru instagram, ade photographer snap gambar sakura da budding dan ada yang da berbunga. Insya allah, qhalidamat will find you!

Arashiyama, I datang ni!

Masa on the way naik ke bamboo forest, ternampak kedai rillakuma ni. Automatik kepala teringat kat my baby boo di johor tu hah, Fida Sahrim. Banyak gila product rillakuma ni. Dari makanan ke beauty product tau. Ni kalau fida nampak rillakuma ni mahu dibawanya balik malaysia. 

Bamboo forest!. Masya allah. Buluh ja banyak. Oksigen pun banyak. Ni bagus untuk sel-sel kepala berhubung *slapsmouth*

Finally, Arashiyama, I datang ni! Baju sejuk ni beli bundle ja. Orang jepun bukan pergi dekat and tilik baju baru ka baju lama. Unless mata depan jenis mata scanner. Tett. 10, 000¥. Tett. 15, 000¥

Belanja satu kali lagi bamboo forest. Tempat ni memang menenangkan. Hijau hijau au au. 
Okay, done for today. Hari ni nak pergi mana pula.

___________, I datang ni! Will be continue soon. Insya allah! Till will meet then!

Wednesday, 10 January 2018

Konichiwa japan


Berseliratnya map keretapi di jepun ni. Sama sepertinya selirat kepala qhalidamat. Hamek kauuuu. Kena jadi tourist guide terjun weii. Hamek kauu. Sampai awaji station semua serabut sesat sampai kandai-mae. Ahaaaa. Stay tune for another updates, my cutie bloggi-es?

Thursday, 28 December 2017

Good bye, 2017!

Assalamualaikum. Anyeong!

Pejam celik pejam celik 2017 nak habis da. Qhalida amat pun da habis belajar. Beras mak dalam tong pun da banyak habis. Tapi lemak lemak badan ja ta habis susut lagi ni. Motif? Saja. Mukadimah kena panjang sikit walaupun isinya mengarut ntahpape. Hahahaa

2017. Banyak memori yang pastinya. Same goes to years back then. This year embarks myquarter age. 25 woiiii. Perangai baran still ada. Perangai budak budak macam tak sampai 10 tahun pun masih adik. Throw tantrum mcm budak tak lepas tadika pun masih ada. Lol.

2018. Another year add on my age. Semoga kurus la tahun ni. Bhahahahahaahahahaha. Gelak panjang hah. Mana nak kurus. Habis angin semua kau sedut hah.

Tahun depan tak minta banyak pun. Semoga jadi anak yang baik. Mak kucing yang baik. Mak busu yang baik. Adik yang baik. Dan diberikan kesihatan yang baik. Insya allah.

Tak tahu nak tulis apa dah. Sob4. Dulu rajin la juga update blog despite of my hassle schedule. Schedule kauuu. Ahahahaha.

Nah. Belanja satu gambar. Buat tatapan. Buat wallpaper handphone, laptop dan dinding bilik air pun boleh. Kih4. Have a nice day ahead!


Thursday, 14 September 2017

hello!


be grateful. and humble all the time.

yeah! ceq da habis belajar. 

Thursday, 18 May 2017

Taman rekreasi gunung lang

Hai. Yabedabedu! Lama tak tegur all of youu!
Siap pantun kawww!!

Ahaaa. Since qhalida amat tak nak memanjangkan muqadimah. So kita lompat terus ke tajuk utama. Qhalidamat la ni praktikal kat hospital raja raja permaisuri bainun, ipoh. For 13 weeks -__-

Dan alhamdulillah. Esok. Insya allah. Complete for first code. Dah 6 minggu ghupenya den kat sini *eh*


 Taman rekreasi gunung lang yang terletak di jalan tunku abdul rahman. Tak jauh mana pun dari hospital ni. Tapi kalau jalan kaki konfem kalah che ta la badan qhalidamat gamaknya. Hiks.

Taman ni terbahagi kepada dua. Satu di sini. Satu di sana. Kena naik bot. Tiket bot rm 3 sahaja. Tasik dia lawa. Ada ikan besar besar macam peha kita *eh, eh*

Qhalidamat da sampai tempat ni dua kali. Sekali dengan geng taiping, sekali lagi dengan ipoh sendiri sendiri saja. Ahahaha. And the view never disappointed for me.

Kali kedua pergi. Dalam 9 lebih dah gerak. Mak aihhh. Awal bebenor!. Kedai pun tak buka lagi. Pakcik bot siap suruh pergi makan bagai dulu baru naik bot. Ekekeke. Beli tiket. Beli bebola. Naik bot. Tup tap da sampai seberang. *eh, eh, eh*

Okay. Kat seberang ni apa yang istimewa benau sampai kena naik bot bagai ni? Ahahaha. Dia ada rusa, burung unta, rumah perak. Trail yang lawa untuk gedik gedik photoshoot bagai. Ada sewaan basikal. Ada taman mainan. Dan ada sedara mara kami. Enchik nyet >__<

Bagi qhalidamat. Yang buat suka datang sini bila tengok air terjun buatan manusia tu. Hailaaa. Tinggi gila air tu terjun. Tapi kali kedua datang, air terjun tak pasang pasang lagi. Barangkali air tu takut nak terjun seperti kebiasaannya.

Selain tu, ada ikan besar besar dalam tasik juga. Beli la sebuku dua buku roti lepas tu campak campaj dalam tasik. Fefeeling macam cerita "bawang putih bawang merah" sekejap.

Okay la. Saksikan la gambar gambar sepanjang kami di taman rekreasi gunung lang ni. Nah!

With geng taiping. Candid katanya

On the way ke taman sebelah sana. 

Pemandangan dari rumah tinjau. Stamina nak panjat rumah tinjau ni kena mampat padat. Dapat stok stok macam qhalidamat ni, terus semput sampai tingkat 3 tu. 


Nahm.ni burung unta. Tak da gambar rusa sebab rusa tengah buat onar kat kandang sebelah

Salah satu contoh foto gegedik dengan trail yang cantik


Awwww. Pretty lady in da house. 

Qhalidamat belakang sekali. Menyorokkan diri. Tengah tengah fadzilah. Yang depan ni sherlynn. Awww

Kau tak da posisi lagi sopan dan anggun ke wahai qhalidamat yang segedempol?




Kasuk tipoh indah barangkali. Tu yang tak nak pandang kamera hah. 

Okay. Till we meet on next entry, darls :)
Assalamualaikum