Tuesday, 21 January 2014

scam :(

assalamualaikum dan salam cuti semester. muehehe. da cuti semester wei!

kalau tajuknya da penipuan, maksudnya kena la teruskan dengan cerita penipuannya la kan.

alkisahnya bermula bila saya, emma dan fida kena tahan dengan orang yang jual simcard "celcom" katanya. sorry to mention the big telecommunication company name kat sini la kan. menunjukkan la yang lepas ni taubat sehabis taubat tak nak terlibat dengan celcom.  si gadis "celcom" tu kata kami bagi anda simcard percuma, dalam ni ada rm 300 dan mesej dengan siapa-siapa murah. aku ni dah la kejar bas, bila nak lari dia tarik tangan pula. adui. dah tu melayu kita pula. lagi la adui nya kan ?? nak tak nak, kena la dengar dia "mempromosikan" plan-plan nya la.

dan aku pun bendul macam pembaris, bagi I/C bila dia minta, sain dokumen walaupun bila tengok balik hodoh nya signature aku. dah habis pung pang pung pang, lastly, dia kata  saya nak minta komisen saya. what the **** la kan? nak pulang balik, dia kata, alaaa, jangan la macam ni. dan lagi sekali aku bendul kalahkan pembaris, bagi la duit. aku dengan emma bagi la RM 10, fida kena lagi teruk, fida kena RM 25. 

dah la hujan, tunggu bas macam tunggu apa ja kat situ. then, nawal said, kawan dia pernah terkena macam tu, tup tup surat mahkamah sampai rumah kata tak bayar bill. seram? haah. kalau rasa nak hidup lama dengan haji amat, surat mahkamah atau sebarang bentuk surat sila lah jangan di poskan ke rumah saya. insya Allah, akan aman di rumah. hehehe. 

lepas tu, kami putuskan jumpa balik. hasratnya nak minta balik duit sebab rasa macam kena tipu. maka bermula la episod melodramanya. kata borang da hantar pada centre, duit pun da bagi pada centre. eh, tadi kata tu duit komisen. komisen means masuk poket masing-masing tapi kata dah hantar pada centre??? amboii. kau ingat kau bakal menggantikan kedudukan rosyam nor ka? fida dah bengang. aku da bengang, emma pun da bengang. bengang yang bila-bila masa boleh jadi bangang. tak pa. hebat kan lakonan kau? jumpa kat padang masyar la nanti bro. malaikat catit semua eh!

after a week, number maxis aku tak boleh guna. panik. nombor ni penting wei. banyak benda penting guna nombor ni. urusan rasmi, kawan-kawan, pakwe-pakwe semua tahu nombor yang ni. sadis hidup. telefon maxis, kenapa jadi macam ni, mereka kata "awak da tukar plan maxis kepada celcom". telefon celcom pula. "awak kena pergi ke celcom centre, mereka akan uruskan penukaran balik". konon!!, maxis juga yang tukar balik plan aku. pengalaman yang superb. kalau tak, sampai bila-bila tak tahu rasa kena scam kan? hahaha.

for those yang ambil duit kami dengan cara begini. 
kalau ikutkan mulut yang celupar ni,
nak ja saya cakap biar perut kembung makan duit dengan gaya begini.
aniaya orang lain kan?
tapi bila fikir balik, saya islam. awak pun islam. semoga allah menilainya dan membalasnya.
banyak lagi pekerjaan yang mulia eh.
 stop la. 
tak payah la nak cemarkan nama "celcom" tu.
pintu taubat Allah masih terbuka luas.
tukar la pekerjaan tu. 
tak best la. melayu buat melayu begini.


pada diri sendiri
kau pun satu
bendul kalahkan pembaris
lain kali kalau kena tahan begitu
minta ID pekerja dan double check by asking centre
tak pun cakap
"maaf la, saya da pernah kena tipu macam ni"
hati kena batu la sikit, qhalida amat oi.

lastly,
terima kasih pada customer service yang dengar masalah saya
terima kasih bagi guide macam mana nak selesaikan semua ni
terima kasih kakak kat maxis centre sebab bagi simcard percuma and dapatkan balik nombor
hanya allah mampu membalasnya.

p/s:jangan sangka aku baik sebab guna bahasa yang baik. bila volcano qhalida dah meluahkan lavanya maka ............

CREDIT TO THE RIGHT OWNER
*alooo comel blur macam gitu sekali kan? heee
#getwellsoonkimjongdae


Saturday, 4 January 2014

L.O.V.E

assalamualaikum. my precious. mak dan apak :)
raya 2013

raya 2012
mak dan apak, 
semoga Allah limpahkan kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya kepada mak dan apak
qhali sayang mak dan apak
*squeezeeeeeee

ya Allah, 
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
 dan kasihanilah mereka sepertimana mereka kasihi kami sejak kecil.

*okay, sambung baca nota therapeutic balik, esok exam oiii!


Wednesday, 1 January 2014

ahlan 2014



new year, new doodle, 
assalamualaikum :)

ahlan ya 2014. *skema.

eheee, da masuk tahun baru.
 umur pun da tambah angka satu.
 rumah pun da kata "nyah kau dari aku"
 dan kubur pula memanggil "marilah kepadaku"
*keh3, pantun tak berapa nak santun sangat.

sambutan tahun baru? tak da sambutan pun, kunyah keropok dalam bilik sudah la. nak tengok bunga api, membazir katanya. nak main bunga api, bahaya katanya. maka apa yang mampu, duduk dalam bilik dengan isma anati sambil kunyah keropok dan baru nak buka nota. baru nak buka ya kawan-kawan!

azam saya? azam tu kiranya perancangan ka? kalau azam is equal to perancangan, hancur la, qhalida amat punya perancangan selalunya kelaut terbenam di dasar. muhehe. hanya ada harapan sahaja.*tolong jauhi perangai aku.

harapan qhalida amat *bukan setakat tahun 2014, insya allah sampai bila-bila.

jadi hamba Allah yang baik
jadi anak yang baik
jadi anak yang solehah.
jadi manusia
*itu penting*

pada rakan-rakan yang lain, semoga perancangan anda pada tahun ni dan tahun akan datang, terlaksana, dengan izin yang Maha Kuasa. Insya Allah. 

happy new year* throw confetti








Sunday, 29 December 2013

bas vs hospital

assalamualaikum dan selamat pagi. muhaha.

esok saya ada final exam. doakan yang terbaik untuk kawan-kawan saya dan diri saya juga ye. heeee.

bas vs hospital. suasana yang banyak mengajar.

bila naik bas, pelbagai gelagat dapat dilihat. lagi la orang yang nak depart dengan keluarga, dia punya lambai macam seribu tahun tak balik. heee. itu lah kasih-sayang dipanggil. dan bila dalam bas ada ibu dan anak-anak. hows the mother took care of their children dalam tu. sungguh. keadaan sekeliling banyak mengajar

dan di hospital, pelbagai benda boleh belajar juga. di sini kita lihat kasih sayang antara ibu dan anak, anak dan keluarga. dan lain-lain lagi.

teringat masa mak dalam hospital, ada seorang patient ni accident and doctor nak bagi injection. dia nangis tak nak kena cucuk. doctor punya banyak manis pujuk segala bagai. penangan ambil course psychology agaknya. hee. then mak dia peluk dia and said, cucuk la sayang, nanti sihat kita boleh balik rumah. amboiii. scene tu sangat manis. mana nak tumpah kasih sayang seorang mak kalau bukan pada anaknya kan? akan la pada anak laki sebelah rumha pulakkan? muhehe

then ada juga situasi yang realistik. how they treat they mom. sedih la tengok. katil sebelah mak aku pula, lagi sedih ikutkan.

budak belasan tahun, ada cancer. sayang. allah uji dengan ujian yang maha berat. kerana penyakit, dia tak dapat meneruskan pengajian. ada cuba minta swasta, tapi tu la, penyakit dia berulang balik. insya allah, ada bahagian yang baik untuk dia. insya allah. kuasa allah, kita tak tahu kan? heee

then tengok keadaan doctor kat sana. how they injected into my mom blood vessel. mak tahan sakit je la. bila tanya mak, tak sakit doctor cucuk banyak kali, mak kata tahan je la, doctor pun nak bekerja juga.
da la masa hari santa claus pun diorang bekerja. nurse pun sama juga.

allah bagi kejadian sesempurnanya. sebagai manusia haruslah pandai memikirkan dan menggunakannya sebaik mungkin. allah bagi mata supaya boleh melihat kebesaran dan belajar dari sekeliling.

*senyum walaupun allah tarik nikmat sikit. almaklum la, saya ni rabun orangnya :). alhamdulillah.

kepada mak, semoga cepat sembuh, allah sayang mak, sayang sungguh-sungguh.
kepada patient di hospital, semoga cepat sembuh.
kepada kawan-kawan, good luck final. buat yang terbaik
kepada qhalida amat, pergi buka buku kau sekarang juga!!!

sekian. sayang-menyayangi amalan mulia. sayang la orang yang berada di sekeliling kita. nabi pun sayang umatnya sampai kehujung hayatnya. ummati, ummati, ummati.*umat ku, umat ku, umat ku~~

adieus and assalamualaikum :)



Thursday, 19 December 2013

good luck

assalamualaikum dan salam sejahtera.
minggu hadapan da mula study week. masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji semula subjek yang kita dah belajar dalam 14 minggu ni. heeeh! seminggu nak compress semua benda.

kepada kawan-kawan semua. good luck. buat yang terbaik. insya allah, usaha dan doa anda akan setimpal dengan keputusan yang Allah bagi. lain la kalau anda memang genius tahap petala ke lapan kan? hee.

capture screen facebook fida. muheheh
insya allah, dengan ilmu yang baik, latihan yang baik, insya allah kita akan menjadi insan yang baik juga. 
 di sini ada beberapa tip untuk menghadapi peperiksaan. *jap, selongkar link blogger lain


rajin rajin kan diri baca tip tip tau!

kawan-kwan. good luck. buat yang terbaik. make your parents feel proud with you. you can do it!. with Allah willing!.


p/s:doakan mak saya cepat sembuh ya. :)