Saturday, 3 May 2014

I want

Assalamualaikum dan salam sayang *muntah asid


Hehehe. Bertemu semula di alam blog ini kan? Kih3


Tajuk blog macam aku ada senarai barang-barang idaman yang minta anda sekalian belikan, kan? Hik3. Bukan begitu, last week,* opss, terbahasa omputeh pula, minggu lepas pada 26 April 2014, aku dan zarifah menyertai “ I want ; 10,000 langkah anjuran klinik kesihatan Kuala Selangor”. sebenarnya, bukan aku dengan zarifah saja yang menyertai 10 000 langkah ni, ada la dalam 7 8 orang lagi budak kelas yang join program ni. Hik3. Mesti terkejut sebab qhalida amat sertai 10,000 langkah?? Huhuhu. Daripada aku duduk bilik pandang siling tak tertembus-tembus, baik aku hidup enjin motor pergi sokong program UiTM Puncak Alam kan? Dapat baju, dapat sarapan, dapat vitamin C, dapat jus, dapat peluh-peluh. Siapa nak bagi kan kalau diri sendiri tak bergerak dulu kan? Huhuhu. Sebenarnya, dulu aku cukup malas nak join benda segala bagai macam ni sebab aku takut kaki aku sakit macam zombie pijak jalan tar panas *acemanetukan?


 Tapi semua mengubah persepsi aku tentang 10, 000 langkah ni bila aku join 10, 000 langkah anjuran Kementerian Kesihatan Melaka pada 9 September 2012. Dari Dataran Pahlawan jalan sampai masuk Kampong Mortem, dan pusing balik  sampai Dataran Pahlawan. Baru aku tahu kenapa pelancong suka datang Melaka. Hik3. Melaka lawa wei. Ada jalan tu aku tak pernah tahu pun walaupun aku anak asli lagi original made in Melaka kan? Huhuhu. Sejak tu aku kalau boleh nak join 10, 000 langkah sebab masa ni la kita nak buka mata apa yang terjadi di sekeliling kita, hirup udara segar, bertegur sapa dengan orang lain, lihat kekuasaan Allah, lihat teknologi manusia. Daripada duduk hadap laptop dan siling yang tiada apa-apa, rajin-rajin la angkat punggung jalan-jalan tengok alam sekitar. Jangan sampai bila Allah Tarik nikmat melihat. Kesal tak berguna da.

kampong mortem


mural di dinding di melaka



cantik sangat gugusan pokok bunga ni. subhanallah :)



Cerita panjang bak hang hah! Huhuhu. Macam biasa la, kalau program-program macam ni kena kumpul pukul 7.30 pagi segala bagai kan? Aku bangun macam biasa, kejut ifa, hidupkan enjin motor, berdesup naik ke dataran kawad angsana. Tak da la mana ramai orang tapi t shirt tu habis la juga. Huhuhu.

Ada aerobic exercise. Ngahaha, tercungap-cungap tak cukup oksigen aku di buatnya. Almaklumla, aku ni senamnya sedekad sekali. Bukan setahun sekali tau. Huhuhu. Dalam pukul 10 macam tu bunyi siren dan bermulanya 10 000 langkah! Weee!!

Jalan-jalan sekitar UiTM. Cantik juga UiTM saya ni kan? Ngehehe!

Yang tak jadi rekodnya bila aku dengan mazlyana jadi manusia yang paling terakhir sampai. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Aku lah penutup majlis. Dulu merentas desa di sekolah menengah, cikgu da simpan meja baru aku sampai. Sekarang pun sama. Budak kelas ada yang da balik pun baru aku terkedek-kedek sampai. Huhuhu. Dah dia kata 10 000 langkah, maka aku berlangkah la dengan penuh sopan santun, bukan laju-maju. Huhuhu.

Sampai-sampai dapat sijil, vitamin C 2 botol, roti dan jus. Terima kasih kepada warga klinik kesihatan Kuala Slengor sebab mengadakan program seperti ini. Hihihi. Masa duduk rehat ada pelajar bagi kertas tentang marathon, tak mahu la aku. Jadi orang terakhir lagi nanti. Hik3.

view diorang tangkap and wassap dalam group

tengah siap-siap untuk aerobic exercise

let's work out babiess :)


persediaan sebelum siren berbunyi. hik3. abaikan tangan si ifa tu


memandangkan aku dengan mazlyana orang last, tak boleh nak pusing belakang tangkap gambar la kan. huhu, maka ambil gambar orang depan je la.


penyampaian hadiah. walaupun aku sampai hadiah semua da habis

my xoxo, byun byun a.k.a mazlyana

poco-poco by staffs. aku da balik sebab penat bak hang eh!

jeng jeng jeng, kau hado?

p/s. balik kaki penuh blister sebab tak pakai stoking. Padan muka aku.
semangat nak pecahkan blister sebab nak pakai plaster comel ni. tasmania pula tak de. sob3

Sekian, wassalam


Friday, 25 April 2014

Happy birthday.


Assalamualaikum. Ya, aku tahu. Lambat sangat entry aku mengucapkan selamat hari jadi pada kau-dan-kau. Huhuhu.

For my sweetheart , nurhafizah md amin dan my xoxo, nor nadia johari. Happy birthday for both of you. May allah bless. love both of you. huhuhu

sekian. adios.amigos.makan sugus

Semester 2

Assalamualaikum dan kita berjumpa lagi, darl *sep tangan laju-laju


Semester 2. Huh. Dah berminggu-minggu baru nak bagitahu semester 2 macam mana. Balik tanam jagung ja la kalau begitu. Huhuhu.

Semester 2. Dah tak leisure macam diploma dulu. Muhaha. Jauh perbandingan nya tu kan? Alhamdulillah. Dalam sejauh sampai minggu ke lapan ni, masih hidup lagi. Okay la tu kan. Lain la kalau aku kiok masa buat short wave treatment segala bagai tu kan? Huhuhu.

Alhamdulillah, semester 2  ni ada la dalam 7 subjek kena ambil *check kuku. Choii

Kinesiology, therapeutic exercise, electrotherapy modalities, sejarah Malaysia, English language, anatomy, dan clinical condition. Kalau nak aku sediakan gambar untuk tatapan, mungkin semua kelas aku tak ambil la, tapi ada la juga gambar boleh di kongsi-lihatkan. Muhehe. Jangan ingat kongsi hanya sesuai dengan gelap sahaja = kongsi-gelap. *lamed joke.

Kinesiology macam biasa la. Belajar tentang tulang, susunannya, permukaannya bagaimana, pergerakkannya Antara satu sama lain macam mana. Apa kesan jika terlebih gerak. Agak complicated. Tapi tak pa. belajar benda baru kan. Huhuhu. Ilmu Allah kita mana boleh mengeluh yangg~~

Semester ni belajar pasal tulang belakang pula tu. Hamek kau. Tulang belakang banyak. Satu-satu permukaan kena terangkan. Muhaha. Hah, sebelum aku terlupa. Kena belajar tentang muscle juga.

Dan tiba pula waktu petang esok harinya kita-kita belajar palpate pula. Palpation ni kiranya cara kita mengetahui kedudukan tulang tu melalui sentuhan. Senang kata, kena sentuh badan manusia nak cari tulang based on kedudukan tulang tu. Selalunya pelajar lelaki la kena jadi model nya. Best best best *nada upin ipin. Bukan best sebab dapat sentuh badan lelaki, best sebab kita dapat tahu macam mana dan di mana tulang kita berada. Awesome kan? Jealous enough, huh?  Huhuhu.


Next
Therapeutic exercise

Masa semester 1 dulu, kami belajar kalau orang yang sakit macam mana nak bagi exercise apa, apa kesesuaiannya, apa larangannya. Tapi semester ni. Wuishhh. Totally different!!. Semester ni belajar manual muscle testing, goniometry, dan macam-macam lagi. Dan semester ni kena belajar berenang. What??? Qhalida Amat berenang?? *tersembur kopi depan laptop.

Iye, aku belajar berenang. Gelak la, gelak la. Aku asyik timbul je tau atas air, Nampak la tahap keapungan badan aku tinggi kan? Keh3. Belajar berenang sebab nanti ada kelas hydrotherapy, merawat pesakit menggunakan aktiviti dalam air. Simpan dulu persoalan anda kalau nak soal hydrotherapy tu untuk siapa, kenapa dalam air, kenapa tak boleh di darat sebab aku tak belajar lagi. Huhuhu. Nanti da belajar, insya allah saya akan kongsikan bersama dunia blog. Huhuhu.

Belajar dengan haji Bahaman yang baik hati. Kelakar. Asyik gelak ja dalam kelas dia. Bila keluar kelas aku da tak ingat apa yang dia ajar sebab gelak tahap overloaded. Huhuhu, nasib baik emma, nawal, fida rajin menulis apa dia cakap. Lain macam aku. Kadang-kadang aku juga ended dalam kelas haji Bahaman. Huhuhu.
lifting technique.;fireman style

bukan tayang punggung, gayakan macam mana nak angkat patient. huhuh



dikelas walking aid. berjalan guna crutches, walking frame, dan stick


me, nawal and emma
munifah, zarul, zarifah, munirah dan fad :)

Clinical condition.

Belajar keadaan penyakit, rawatannya, bagaimana boleh terkena dan segala bagai. Huhu. Best. Sebab baru kita tahu, oh, this disease came from blab la bla.

Electrotherapy modalities.

Best, best, best !!*nada lagi excited dari upin ipin.
Dulu mindset aku ahli fisio hanya mengurut-urut badan pesakit ja, ajar pesakit berjalan atau bagi rawatan dalam bentuk exercise ja kan. Ke mindset korang macam aku juga? Huhuhu. Kalau cenggitu, tukar la sebelum terlambat. Bukan tukar course, tukar pemikiran yang ahli fisio ni bagai mana orangnya. Electrotherapy modalities. Kami belajar bagaimana nak operate machine yang digunakan untuk merawat pesakit. Sama ada kaedah thermal therapy atau non thermal therapy. Alhamdulillah ya allah sebab bagi saya peluang belajar dalam bidang ni. Huhuhu.

rawatan menggunakan short wave.


masing-masing tekun dengar penerangan infrared

Yang paling bestnya celup tangan dalam lilin panas. Ada berani, bro?? huhuhu. Kalau search rawatan lilin ni, korang pun akan berlumba-lumba pergi beli lilin, cairkan dalam periuk mak masing-masing dan celup serta-merta. Hah!!, dah tu melecur segala bagai salahkan blog aku sebab aku bagitahu rawatan wax best. Huhuhu. Bukan macam tu sayang sekalian. Huhuhu.
Ada suhu tertentu, dalam bekas tertentu, dalam keadaan tertentu untuk menggunakan rawatan ni. Selalunya digunakan untuk orang yang ada stiffness pada muscle atau untuk pesakit yang ada arthritis.

nawal dalam proses nak menaggalkan wax nya



memasak ea kak fida? huhu








mesin ultra sound



Lagi 3 subjek nak aku cerita juga ka? Huhu.

Anatomy macam biasa la. Kelas tidur aku. *kantoi
Macam belajar biology dulu-dulu tu. So, no need for further explanation, okay?

Sejarah Malaysia. Hikhikhik. Hamek kau!, ingatkan terakhir kali belajar sejarah hanyalah di sekolah menengah sahaja. Rupa-rupanya kena extend sampai ke university wei.

Lastly, English. Dapat madam yang sangat bubbly orangnya, comel pula tu. First time dalam hidup aku, aku rasa seronok belajar Bahasa inggeris. No wonder anak-anak didikan dia banyak sayang dia and spill everything on her. Best, semoga madam sihat selalu dan disayangi Allah selalu. Huhuhu


Sekian cerita gua. Dah cukup panjangkan entry ni kan? Hik3. Ketemuan lagi di lain hari, di waktu yang tak sama. Assalamualaikum *tiru nada macam pengacara wanita hari ini.