Thursday, 16 April 2015

semester 3

assalamualaikum!

hahaha. bila ada pas broadband ni la jadinya!, nak naikkan post baru je lagaknya. seperti semester satu dan dua sebelum ni, memang saya ada buat review regarding subjects every semester. walaupun semester 3 dah berlalu hampir 3 ke 4 bulan yang lepas, hahaha. tapi harus di nukilkan sebab kadang-kadang aku pun tak ingat subjek ni belajar apa subjek ni belajar bila.


secara keseluruhannya alhamdulillah. pointer tak kelaut macam semester dua. muhehe

1) therapeutic exercise III
alhamdulillah, semester lepas masih dibawah ajaran haji bahman. dalam semester kali ni kami lebih tertumpu pada PNF treatment, joint mobilization, mat activities dan lain lain lagi. kalau da sekelas dengan haji bahman tu, jangan harap la gigi dan gusi korang semua basah je manjang sebab haji bahman akan memasukkan unsur-unsur lawak dalam pembelajaran dia. akan la nak study macam study dalam periuk nasi kan. under high pressure!

i love this picture so much, thanks a lot haji bahman, hanya allah yang mampu membalas jasa dan budi haji bahman. semoga cepat sihat dan sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmat allah selalu. celebrated birthday haji bahman yang dimana haji bahman pun terkejut bagaimana kami tahu. hahaha. biasa la, kalau da ade stalker sejati dalam kelas. ehem ehem


2) English for academic writing (ELC)
 the word itself terangkan study apa kan? huhuhu. cuma kali ni kami didedahkan bagaimana mahu membuat summary, paraphrasing, dan lain lain lagi. kiranya, subjek masa semester dua tu jangan la di lupakan lagi sebab bila ELC sem 3 ni kita akan applykan apa yang kita belajar. trust me!

3) physiotherapy in cardiorespiratory
subjek yang paling paling paling aku suka!. sebab mungkin sir vikram hensem bila mengajar? kih3!
subjek ni merangkumi cara-cara bernafas yang betul, cara pemeriksaan pada pesakit dan senaman-senaman yang boleh diberi kepada pesakit. dan pada hujung semester 3 kami ada praktikal which basically aku bagi treatment pusing pusing senaman bernafas ja aku bagi. ada buat suction. kiranya kami masuk very small tube by nasal or oral of patient untuk keluarkan kahak-kahak yang patient sendiri tak boleh nak keluarkan. masa belajar dengan kawan-kawan sampai ada yang berdarah sebab keterujaan yang melampau mungkin? apa apa pun, sangat bersyukur. lepas ni siapa siapa yang ada semput semput, angin tak cukup sampai paru paru, do tell me okay!, i will teach you. tapi yang suction tu tak boleh la nak ajar. jangan korang sumbat straw buat minum laici kang dalam hidung korang pula. kang lubang hidung besar salahkan aku pula. hahaha

4) musculoskeletal disorder
kami belajar tentang penyakit dan physiotherapy management. ada sesetengah bahagian badan memakan masa yang lama untuk sembuh. dan tugas sebagai seorang ahli fisioterapi adalah memberi rawatan yang optimum kepada pesakit within the range. 

5) physiotherapy in musculoskeletal practice.
ini kelas banyak gelak banyak nages banyak perasaan terumbang ambing sebab kelas sebelah kata macam ni, kelas sebelah ni kata macam ni. kih3!. memang kelakar. dalam subjek ni, kami didedahkan seperti memeriksa pesakit berkenaan otot, struktur badan, sendi dan lain lain lagi, kalau macam cardioplumonanry kita assess patient based on heart and lung condition but different with musculoskeletal because we assess patient's range of motion, end feel of joint and several tests that should be done to patient. atetiba bahasa omputeh ni pasal apa qhalida oi!

6) introductory arabic
pada semester ni kami belajar bahasa asing!, weehuuu. yang tak weehuu nya bila tahu yang course aku kena ambil subjek mandarin. punya la angan angan aku sebelum masuk degree nak ambil bahasa korea gitu. boleh la bercakap dan bercanda dengan amoi amoi korea lepas tu. bila tahu dapat mandarin, tentangan pertama tentu la bukan orang lain yang menentangnya iaitu puan badariah. alasannya "lidah kau banyak sangat makan belacan, tak da tone, tinggi lantang" okay emak, qhali ambil subjek lain. kih3. for those yang tak tahu who is puan badariah, she is my mom and she is chinese. and i'm proud about that. ingatkan boleh la study sesama dengan mak. alololoooo, sweet gitu study sesame dengan mak kan. kih3. tapi kelas kena ade 30 orang sahaja which means 8 orang kena masuk bahasa arab. aku dan fida menarik beg galas kami lari pecut tak masuk kelas mandarin da lepas tu. and we still continue in arabic languange. masa masuk kelas, nak menangis pun ada sebab da lama sangat tak belajar bahasa arab which di suatu masa dulu aku sangat gila dan gila tentang bahasa arab. sampai nak sambung belajar dan mohon maktab yang ada bahasa arab. 

dan di hujung semester, kami ada praktikal, my first clinical placement was at Hospital Putrajaya. ada CI (clinical instructor) yang sangat comel dan baik memberi ajaran kepada kami, cik hidayah. thanks a lot!, ajar kami, tanda assessment kami, nilai kami, bawa kami jalan jalan, bawa kami pergi pasar malam kat putrajaya yang sangat oh my panjang gila!


okay, sampai sini sahaja! hasta la vista bebeh!
assalamualaikum!


Wednesday, 15 April 2015

aucak :)

assalamualaikum.

ahaksss. sebulan dah tak menulis apa-apa kat blog ni. banyak alasan kalau nak diberi tapi alasan yang paling best ialah tuan blog pemalas. maka alasan yang lain semua kalah dan tak boleh pakai. kih3

alhamdulillah, sekarang meneruskan perjuangan dalam semester 4. tadi da taip panjang panjang sekali connection lost. paham tak perasaan macam mana tak sempat draft semua bagai tetiba kena tulis balik apa yang taip laju laju tadi?

 so, tuan blog malas nak recall balik apa yang di tulis sebelum tu, maka tuan blog nak buat penutup dengan sekeping doodle yang paling latest. ngahahaha, entah apa yang latest dengan doodle aku pun aku tak tahu la. muka yang sama, warna pusing pusing tang tu juga, muka bulat bulat, bulu mata lentik bagai. sama ja.

so, here it is!


adiues amigiues makan seuigiuess!

Sunday, 8 March 2015

aerobik yok! 6.0

assalamualaikum dan salam berjumpa kembali *muah sikit sambil laga pipi kiri kanan, laki tak boleh, penampar sat lagi duk kena hah

amboi. pengenalan ganas sungguh ea? hari ni nak menulis tentang aerobik yok! 6.0 yang diadakan di Universiti UiTM Puncak Alam. dan tulis universiti pastu tambah huruf "U" lagi. kau ni dah kenapa qhalida amat oi!. hihihi

okay, okay, cukup dengan mushy pushy pengenalan. sebenarnya program ni dah berakhir untuk sem lepas dan insya allah ada lagi untuk sem ini. *yeahhh!

walaupun dah tamat untuk semester 3, harus la anak amat nukilkan juga dalam blog juga kan? mana tahu boleh bawa semangat pada pelajar lain untuk menyertai kami sekali. best tau. penat berlatih buat steps. "kau hengat senang?" *sambil besarkan mata


emma jadi pengerusi majlis pada hari tersebut. kelasss gituu *flip selendang!






anis sharmine dan puan shida buat senaman. ring ga ring ga ring. ring ga ring ga ring




otototot. comel syaza eh!








hah, itu baru perasmian punya gambar. itu nak tunggu upload ade la berejam juga duk tunggu. 
haihh

so, kita proceed untuk barisan barisan yang mengetuai aerobik dari minggu pertama sampai habis okay. gambar peserta ada cuma tengok la. kalau rajin nanti, masuk la sekali. kih3!

ini group pertama. buat di padang angsana

ni group ke 3.

group ke 4

group ke 5

lastly, group ke 6. yeah!
ada sesiapa perasan tak yang group 2 tiada? hikhik. nah. istimewa untuk group 2 sebab ni group gua!



saranghae!


sekian bebeh!
assalamualaikum :)




Tuesday, 3 February 2015

first praktikal

assalamualaikum.

lama sungguh tak update benda baru dalam blog ni. padahal hari tu baru cakap dengan bloggy yang kita sayang bloggy kita. sobsobsob. minta ampun la bloggy, tuan kau ni kalau cakap kadang-kadang noktahnya tiada. maka, hampir dua bulan tiada berita atau apa-apa yang boleh dipaparkan dalam blog. haihh ( =____=).

first of all. aku memang sibuk sungguh. assignment tak payah la cakap. aku ingatkan da nak habis semester 3 kiranya boleh la duduk duduk lapang dada tak payah serabut assignment rupa-rupanya salah. assignment datang menimpa. hokkk. subjek memang da kurang semester ni tapi timbunan kerja. allah. allah. sabar. sabar.

banyak benda nak share sebenarnya. betul. rasanya tak bercerita lagi tentang aerobik yokk! 6.0 yang di ketuai oleh batch kami dengan post diploma sem 3. hah. tak da lagi kan? nanti. insya allah.

aerobik untuk cancer awareness, lawatan ke Asean mental awareness di wetland putrajaya. banyak. sebenarnya, banyak benda yang berlaku dalam semester ni. kihkihkih.

cuma tak sempat dinukilkan di dalam blog.

dan sekarang sedang menjalani first clinical placement di hospital putrajaya for 1 month. nervous bak hang tahu tak!. and first ever encounter with various types of patient's condition. lot's things can be shared and be learnt. kau nak ilmu ke tidak qhalida oi? *gituuuu

and doakan saya dan kawan-kawan berjaya boleh tak pembaca sekalian? *macam konfem-konfem ada yang membaca ke qhalida oi?

hihihihi. adios. amigos. nah. aku belanja preview gambar aerobik yokk. if curious, do wait me okay?

Saturday, 15 November 2014

tie up 2014 part 1

assalamualaikum. sorry for the late update. hokk. bahasa inggeris lagi. kihkihkih.

urm, nak post pasal orentasi yang diadakan pada 11 hingga 13 september 2014. ye, aku tahu, benda da jadi bulan september, bulan novermber baru nak update. hahaha. okay la tu nak publishkan, daripada buat pekasam kan? huhuhu

11 haribulan tak banyak benda, petang tu hanya briefing dari haji bahman dan puan normah regarding course physiotherapy, biasa la kalau haji bahman da bagi talk. memang tak kering gusi di buatnya. huhuhu





then malam tu bersambung lagi orentasi, tapi kali ni di awasi dan dijaga oleh kakak kakak and abang-abang fisio. hahahaha. 
pembahagian kumpulan mengikut nama-nama pejuang islam. 
*tersedak seaweed*
kalau saya yang jadi ketua bironya, saya namakan jo in sung group, cha tae hyun group
kat situ juga aku kena slam dunk dengan ketua pengarah. huhuhu
















hamek kau, semua duk kalut cari fasi, aku kat belakang minum coolblog
end of part 1, then should we continue with part 2? huhuhu. part 2 apa ke benda, hari kedua je pun hah
nanti la aku sambung. penat. bubye. and sorry