Tuesday, 26 January 2016

Long time but don't say goodbye yet!

Assalamualaikum!
Haii. Lamanya tak jengah ke blog ni. Hahaha. Nasib baik tak da tersangkut-sangkut ke hape ka. Hahahaha.

Me? Right now?
Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur dan murahkan rezeki. Sekarang berada di hospital kemaman, terengganu untuk clinical attachment yang kali ke tiga. Tahun ni qhalida amat already 24 years old *clapping hands lazily* hahahah. Tulang belakang pun makin sakit *stop clapping hands*. Sadis permulaan tahun 2016.
Sebenarnya nak bagitahu, hari tu kami jalan jalan dengan fisioterapi dari unisza. Weehuu. Kami ke air terjun chemerong. Subhanallah. Air terjun dia sangat lawa. Nak. Bagi sekeping dua gambar.


Me, mulan, maz and nawal. 



I'll never tired and bored with nature.
Insya allah ;)
Okay, babai. Assessment aku berkepuk. 

Thursday, 22 October 2015

Happy birthday myself

Ehem ehem. Clears my throat first.
Assalamualaikum and annyeong.
Sorry. Da lama tak datang menulis di sini. Alasannya malas nak cucuk broadband, nak beli pass broadband. Malas nak gores kad topup. Senang kata. Pemalas. Maka semuanya memang tak guna kalau cakap lebih lebih. Hahahaha.

21st October 92.
qhalida amat was born.

Thanks emak. Huyung hayang bawa qhali 9 bulan dalam perut mak. Bagi qhali makan minum kasih sayang yang banyak tak terkata. Pukul qhali bila mana qhali buat perangai tak tentu hala. Perangai jenis minta belasah memang selalu kena sebat dengan pembaris jahit mak la nampaknya. Lindung qhali. Sayang qhali. Ajarkan qhali apa erti baik hati, kasih sayang, hormat, memberi tanpa mengharap balasan. You are the great person mak. I love you. So much! Thanks allah. For sending her. Nope. For lending me such a precious person. Boleh saya pinjam lama sikit tak, oh Allah?
Thanks apak. melenting tetiba bebila ada orang buat anak dia. Cari qhali bila qhali lambat balik dari sekolah. Balik kena la nampaknya. Tu rotan kat rumah manjang ja ada. Tiap tiap bulan mak pergi bunga raya beli rotan tu. Thanks my hero. Sebab tunggu qhali balik hari hari dari sekolah. Angkut qhali ke sekolah bila qhali ada kelas tambahan. Melawat qhali kat asrama. Bawa qhali naik motor. Bagi ilmu banyak pada qhali. Ajar qhali mengaji. Ajar qali matematik. Allah.

ya allah. Mereka berdua ini adalah pinjaman dariMu yang sangat bermakna. Ya allah. Berkatilah kehidupan mereka. Ampunkanlah dosa mereka. Rahmati mereka. Hanya pada Allah tempat bermohon.

"Nikmat yang mana kau dustakan?"    


21st october 2015
Thanks ya allah. For sending the best ever friends that i have. Oh Allah. I've been blessed enough. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pada siapa lagi patut aku sampaikan dan panjatkan rasa syukur melainkan Mu ya Allah. 


Terima kasih mulan. Master mind for this surprise. Start with the balloon and end it with a cake. Terima kasih. Tak tahu nak sampaikan rasa terima kasih tu macam mana. Partner yang selalu berada dalam tangisan. Sama sama gila. Sama sama senget. Sama sama kelaut. Cuma saiz tak sama. Opsss. Pakwe pun tak sama. Moga berjumpa jodoh yang baik my dear. Semoga sampai ke syurga bersama jodoh yang baik. Ehem ehem. Manis sangat dah rasanya ayat aku ni. 
Dear mulan. Be strong. You're already strong with all of these circumstances. Just stay be strong. Sabar banyak banyak. Allah uji sebab allah sayang. Allah tahu hambanya mampu menghadapi ujian dariNya. Semoga mak kau sihat. Semoga ayah kau diberi kesihatan yang baik. Sob3. Already cried when I saw your father yesterday. Tapi tahan tahan. Bapa orang lain kot. Tapi sakitnya nampak orang kesayangan terlantar with those wires on his chest, hand and legs. Just makes me....*chuckles*
Bak kata pepatah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ramai ramai doa ayah mulan tak apa apa okay?

And the rest
First one yang ucap ialah mak mulan. Walaupun mak dia sendiri da kelam kabut dengan keadaan di ward, tapi makcik sempat ucap selamat hari lahir. Katanya takut tak sempat ucap. Nak jaga pakcik kau lagi ni hah. Semoga tabah makcik. 
Thanks kawan kawan yang mengingati hari lahir qhalida amat yang selekeh ni. Bhahaha.

Thanks fadzilah atas ucapannya, thanks munifah atas ucapan dan tabung rilakumanya, thanks zarifah sebab sanggup susah payah kutip kami kat rembau dan terima kasih atas ucapan kelahiran. Thanks nawal omel atas ucapan, lunch box filled with hand made chocolate fudge. Dan sanggup memandu dari puncak alam ke seremban ke rembau ke puncak alam balik. Jasamu hanya allah mampu membalasnya. Thanks norafida sahrim. My chagiya. Tak pa. Tak sweet-talker or apa-apa yang sweet pun tak apa eh! You're already a sweet ever person in my eyes. Aku bukan setakat ada dua mata tau. Ni empat mata hah. Terima kasih atas ucapan. Terima kasih atas ingatan. 
Thanks emma. For sweetie pie wishes. Otototot. Sayang aku konon? Bhahaha. Ye. Aku sayang kau juga. Thanks atas doa-doa semua. 
Thanks juga physiomates. Yang wish on my birthday and concern about condition of mulan's father. Thanks my darls. Korang memang awesome. Giinniee *doing thumbs up!
To my twin. Oh. Tak. Kami twin dari segi tarikh saja. Afiqah. Happy birthday. May allah bless you too. 
And pada kawan kawan munshi abdullah. Ekyn, iqlima. Thanks. 

And untuk my beloved one. Nurhafizah md amin. Thanks for the video. Thanks for the voice note. Engkau sweet tahu tak!? Bhahahaha. Semoga allah lindung kau selalu. I love you so much!

Ohh. Lupa. Thanks kawan kawan dari farmasi yang tak lupa juga. Thanks ayu, gha, gee, hafis, wan hazimah and of course, my nadi! Hiks. Bila nak jumpa ni. Ada yang tercicir tak?*selongkar insta dan what'sApp balik
Thanks kak siti wished on my birthday. Semoga allah merahmati akk selalu. 

And to my siblings, thanks atas ucapan semua. Dari adik beradik kandung ke kakak kakak ipar yang awesome wish. Paling tak boleh blah bila abang wish semoga kurus. Kau memang kedengki dengan orang kan abang? Sebab orang selalu patahkan rim motor ko kan bila orang naik motor ko? Hahahaha.  
Pictures time! 

Thanks for the cake. Love it so much. May allah bless each of you. Ameen. 

Birthday girl. With a knife on her right hand. And balloon on her left hand. I'm a happy k


Di rumah mulan. Thanks sebab bagi tumpang rumah. Hiks. 

My kind of presents. Hand made chocolate fudge from nawal, carousel wooden toy from mulan, coins box from munifah and banana from izzah. Alhamdulillah


I'm happy. 




Akhir kata. Terima kasih ya Allah. Allah yang menghidupkan diri ini pada hari ini dengan izinNya. Siapalah kita hendak menduga apa akan jadi pada hari keesokkannya kan? Terima kasih Allah. Atas pinjaman keluarga, adik beradik, kawan yang sangat bermakna ni. Allah. Lindungi meraka ya allah. Jagakan dan pelihara mereka dimana mana mereka berada pun ya Allah.

Last. Happy birthday myself. I deserve all of these because of my parent's kindness. Allah. Qhali tak cukup baik macam mak apak. Mungkin betul orang kata. Kadang kadang orang balas kebaikan kita bukan sebab kita yang baik atau apa. Mungkin ada kebaikan mak ayah yang menyebabkan kenap diri kita ini cukup dikasihi oleh allah dan orang sekeliling. 
Dah. Terlampau manis dekat sini. Move move move!!
Assalamualaikum.

Saturday, 22 August 2015

So fluffy ;)

Assalamualaikum dan selamat pagi awak awak semua yang da bangun pagi gosok gigi cuci muka senang hati tu..hahahaha. da macam lagu kanak kanak kan.

Bangun pagi..gosok gigi.. cuci muka..sendiri.
Makan roti.. minum kopi..perut kenyang.. suka hati..

Ahaaaa. Da mula nak mengarut la tu qhalida amat ni. Tak. Di pagi yang sempoi sempoi ni. Terasa nak update. Sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri dan pembaca*macam ada je kan?

Kadang-kadang aku si manusia ini terlalu bersedih, risau tak tentu hala, meracau, menggigau, stress, tekanan dan sebagainya.

Kadang kadang aku si manusia ini pelupa siapa yang membuat hati gundah gulana. Seolah-olah tiada pertolongan yang Maha Esa. Iya. Si dia. Syaitan yang membuat hati kita rasa tak tentu hala. Tak berpegang teguh.

Kadang-kadang aku si manusia ini alpa. Bila hati tak tenang. Dengar muzik. Tidur. Sapu minyak angin cap kapak satu badan. Konon nak bagi tenang katanya. Tapi semua tak jalan. Tak jalan.

Maka berbaliklah pada jalan yang Mustaqim. Jalan yang lurus. Lagi diredhai Allah. Berpegang teguhlah pada taliNya. Kalau pegang pun tak larat. Macam mana tu?

Jap jap..tengah pikirkan ayat..

Bila hati di himpit rasa begini. Eloklah periksa diri sendiri. Tak, tak. Salah tak berpunca dari orang luar. Salah tu berpunca dari diri sendiri. Walaupun kadang-kadang aku si manusia menyalahkan si polan dan si polan. Tapi yang betul-betul asal kesalahannya adalah diri sendiri.

Maka. Jalan penyelesaiannya Allah sudah tunjukkan. Sudah diberitahukan. Sudah dikhabarkan. Dirikan solatmu. Pergiatkan qiamullail mu. Jaga tutur katamu. Senangkan hati orang sekelilingmu. Mohon keredhaan kedua ibubapa mu. Doakan saudara dan saudari mu. Mohon kemaafan buat ibubapamu, adik beradikmu, saudara maramu, guru guru mu, jiran jiranmu dan untuk dirimu jua.

Kadang kadang aku si manusia ini berasa malu. Memohon berbagai bagai dari Allah yang Satu. Mana tak nya, dah terhantuk duduk termangu. Selagi tak terhantuk, selagi tu la telinga duk sumbat lagu. Manusia memang begitu. Hahaha

Allah sangat Maha Esa. Di saat hati aku si manusia ini kacau bilau. Dia ingatkan aku si manusia akan zikir asma ul husna. Perbanyakkan alunan asma ul husna. Insya allah. Hati rasa ceria. Allah sangat berkuasa. Di saat hati resah. Dia memperlihatkan aku si manusia dengan keajaiban di sekelilingku. Contohnya awan yang gebu yang tergantung di langit-Nya. Maka nikmat yang mana kau dustakan. Nikmat yang mana kau dustakan manusia!

Allah :(

Ampunkan kami ya allah,
Ampunkan kami ya allah,
Ampunkan kami ya allah.

*doakan kami disini. Esok ada exam. Hahaha.





Friday, 31 July 2015

career attack!

assalamualaikum.


 hiphip horray. alhamdulillah. praktikal exam untuk subjek neurology dah lepas. *lari lintang pukang satu rumah sebab rasa macam bebas.

walaupun aku jawab tadi macam.... alhamdulillah,tak dapat semua, dapat la sikit. tak gitu dokkk?

okay, kembali pada tajuk atas, last program yang di join ialah career attack. wondering? apa itu career attack? oh, ini untuk kakak-kakak dan abag-abang semester 8 yang baru habis praktikal dan OSPE yang terakhir.

dalam career attack ni, ada dua penceramah which are Dr Haidzir Manaf dan Puan Haironi from Hospital Putrajaya *tetibe terngiang zaman dulu

carrer attack memberi pendedahan tentang hala tuju semester 8 selepas graduate. cara-cara untuk di temu-ramah, resume yang mantap, hala tuju seperti sambung master instead of menganggur.

hah, AJK kali ni, aku jadi ajk jemputan dan ajk hadiah. ajk hadiah ni memang aku suka sebab dapat lenjan duit beli hadiahkan? ngahaha. tak tahu nak taip apa.
Me with kak atiyah. Memerangkap timbalan pengarah program

With sir haidzir. Hiks. 

Dengan barisan ajk. Dengan anak anak sir haidzir

Mulan dengan kak zati selaku peserta semester 8. 

Puan haironi. 

Ajk gila. Hahahahaha. 
Okay. Sampai didi sini sahaja. Muacchhhh. 



Practical at HRPZ II

Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak menulis. Hikhikk.
Sebelum apa-apa ke tajuk. Saya dengan rendah hati nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Minta maaf atas salah silap diri saya. Yelah. Mana tahu. Cara penulisan mengguriskan hati mana-mana pihak. Sekejap guna aku. Sekejap guna saya. Sekejap guna kami. Mungkin ada yang tak senang dengan penggunaan tatabahasa saya. Maaf dihulurkan.
Yang sadis raya tahun ni ialah orang lain pergi jalan raya sebulan. Aku seminggu raya pun tak merasa kat rumah tau. Sob3. Raya jumaat. Isnin minggu depannya da kena naik kuantan. Transit sebentar sebelum bertolak ke kelantan for practical. Ramai duk tanya kenapa pilih kelantan. For those tanya. Saya tak pilih la. Pensyarah yang tentukan. Ngahahaha. Ada ke logik anak amat seorang ni yang asal melaka yang memang hari hari makan sambal belancan cencaluk asli melaka tetiba minta kelantan? Hahahaha. Tapi okay disini.
Ramai duk kata makanan kat kelantan semua manis-manis. No wonder orang kelantan sangat cantik-cantik. Lawa. Hahaha. Tapi ada ja kedai menyediakan sambal belacan. So. Macam hilang rindu la sikit kat melaka tu.. *tipu*
Alhamdulillah
 Seminggu telah berlalu. Praktikal di pusat fisioterapi HRPZ II di kota bharu kelantan kali ni. Pagi pagi da senaman sebab jarak rumah sewa ke hospital ada la kena berjalan dalam 20 minit. Sampai klinik fisii cungap-cungap. Pokok tak sempat buat oksigen kami da habis sedut oksigen tu. Hahahaha.
Da sampai klinik. Puan yanti suruh pergi unit latihan untuk pendaftaran. Dan unit latihan untuk memohon pas pelajar. Epas tu balik klinik balik. Jumpa puan halimah hashim. Head of department di situ. Puan halimah sangat peramah.
Overall seminggu disini alhamdulillah. Ada benda boleh dipelajari. Ada benda boleh dijadikan contoh. Ada benda yang kalau boleh nanti da jadi pegawai jangan buat.
bak kata pepatah melayu "ambil yang jernih, buang yang keruh."

Nah. Belanja gambar dua tiga biji. Ngahahaha.
sekian.

Doakan yang terbaik buat kami.
doakan kami sihat walafiat di negeri orang.
doakan kami ikhlas merawat pesakit
Doakan kami dipermudahkan menerima ilmu
Doakan kami dapat perdana menteri baru. Opppssssss


Berjalan-jalan ke belakang hospital. Hikhikkk. Jumaat cutiiiii


Hari pertama berjalan kaki ke hospital. 

Fadzilah, rabiatul dn norafida di unit latihan. Hukhukkk.