Friday 25 April 2014

Poster.

Assalamualaikum. Hikhikhik. Kita ketemuan lagi der.

Sepanjang minggu ni, fakulti sains kesihatan buat program islamik. Dalam banyak-banyak aktiviti tu, saya masuk satu ja. Melukis poster. Memandangkan saya suka melukis *pintal baju. Maka saya memberanikan diri la masuk pertandingan ni. Dapat sijil. Siapa tak nak kan~~. Huhuhu. Sijil aku dah la tak banyak, nanti nak kerja susah *typical mindset of mine.

So, kita nak tunjuk hasil kerja kita, dari draft sampai yang kita hantar di facebook. Hikhikhik. Guna ayat saya awak. Not so me la, kan ?



Minta ampun la kepada sesiapa yang sakit hati bila Nampak aku buat salah grammar dalam poster kan? It’s okay *urut dada.

That’s why I do not like to have a conversation or write in English. Opsss. Tertulis omputeh sudah *nada gedik. Almaklum la, aku ni manusia yang tahap keyakinannya ada lah dalam 21%. Muhaha. Tapi bila aku nak langgar cakap, aku langgar juga. Uweks :P

Tak pa, belajar dari kesilapan. Kalau tak silap, macam mana kita nak perbaiki dan upgradekan diri kita kan? Tu lah, jangan ingat handset ja yang perlu di upgradekan dua-puluh-empat-jam , diri kita pun sama. But, with good manner kalau nak tegur orang, okay. Jangan nak pergi sembur cakap

“Wei, lu punya grammar salah, balik kampung makan keju banyak-banyak lagi. Bagi lembut lidah”

Tersentap macam kena cucuk serampang 88 mata. Kah3.

So, aku telah memutuskan nak perbaiki poster ni untuk tatapan dunia blog ni. Dalam Bahasa orang melayu la. Almaklum la, saya anak melayu Melaka. Makan belacannya banyak. Makan cencaluknya banyak. Huhuhu. Maka lidah aku dah kejung dengan Bahasa Malaysia ni. Walaupun dulu masa sekolah, markah Bahasa Malaysia agak ke gaung sikit *pintal rambut sambil sengih-sengih.


Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari diri saya yang melakukan kekhilafan ini.

Wassalam

2 comments: