Sunday 15 January 2017

FUN BOOK



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Huuu. Setelah sekian lama tak menulis di blog, kan? Miss me tak? Mohon miss sikit, boleh? *attentionseeker*

Okay, back to the title which is FUN BOOK. Yup. Semester 7 kali ni kami ada mengambil subjek yang kalau sekali pandang, “eh, apasal kau pisio belajar benda ni?” dua kali pandang, “eh, betul ke kau belajar benda ni?” dan kali ketiga pandang. “ohhh~~” tak tahu dah nak bagi pandangan apa. Hahaha

Alhamdulillah. Kelas entrepreneurship 600 atau ENT 600 kami didedahkan dengan cara cara berbisnes. Oh ini bukan skim cepat kaya atau MLM yang duk pungpang pungpang tu. Mula mula masuk kelas macam “wei, kelas apakah?” sebab tak boleh nak relatekan dengan apa yang dibelajar sebelum ni. Tapi alhamdulillah, setiap minggu dengan bimbingan Encik Nurul Hafez Abd Halil. We finally see clearly what we learnt in his class. Giteww.

Belajar dari apa itu entrepreneurship dan sebagainya. Siap belajar financial bagai. Kau pepaham je la kalau kepala pesen pesen qhalidamat ni kena buat benda semua bagai ni. Nasib baik kak fida gagah buat financial. Qhalidamat? Marketing je. Kah3.

Dan dalam kelas ni juga kami kena mengemukakan pelbagai idea untuk project kami. Amek kau mengemukakan terus! Alhamdulillah, tiga idea yang diberitahu, idea FUN BOOK menarik perhatian dia. Hahaha. Tenang sikit la since ramai yang kata lecturer ni selalu reject idea student.

Part paling seronok buat prototype la semestinya. Sebab main gunting gunting bagai. Tapi bila part menampal guna gam bagi aku paling cukup lemah sebab aku tak suka benda melekit. Boleh datang baran kalau kena kerjasama dengan gam wei! Hahaha.

Dan, tarra. Alhamdulillah prototype da siap dan selamat bentang dah. Dah selamat main da juga.


Firstly, our purpose untuk buat buku ini ialah untuk anak anak kecil yang ada masalah dengan aktiviti yang melibatkan “fine movement”. Fine movement ni macam nak pegang pensel, cubit tanah liat, zip baju, ikat tali kasut yang di mana kalau kita manusia yang normal rasa “alahhh kacang goreng je kot benda tu” tapi dari sisi anak anak kecil yang mempunyai masalah seperti ini mungkin diorang rasa useless. Yela, kita tak pernah berasa dalam kasut diorang, dengan pandangan manusia terhadap mereka lagi.

Since sepanjang aku pergi praktikal ni, aku tak pernah jumpa lagi “sensory book” yang meliputi segalanya. Macam zip, membutang, ikat tali kasut, mengira, merasa benda keras, kasar, licin, mengasingkan manik. So, kami mngambil inisiatif untuk buat buku ni. Sebenarnya, kat luar ada ja orang yang menjual buku buku seperti ini. Paling banyak kat etsy.com. cantik cantik kau! Speechless bila nak comparekan dengan prototype kami. Kah3.

Tapi, tak semestinya kanak kanak kecil ja ada masalah “fine movement” ni. Selalunya terjadi juga pada pesakit stroke. Yang lumpuh sebelah tu. Kalau tak dirawat dengan betul dan cepat, pesakit ada tendency untuk mengepal tangan sampai keras dan bengkok. Nak tak nak, sebagai pelajar yang belajar dalam bidang ni, kami akan tegangkan “stretch” semula. Insya allah, pesakit boleh kembali sihat semula dengan izinNya. Tapi tak la tegang je boleh baikkan?. Mesti la diiringi dengan usaha yang lain. Insya allah.

Oh, terpanjang post ni pula. Thanks pada Norafida bt Sahrim dan Fatin Fatimah bt Nordin atas komitmen, idea, kreativiti, masa dan wang yang dicurahkan. Hanya Allah yang selayaknya membalas budi baik korang. I love you so much. Thanks dan sorry atas kesalahan dan kekhilafan sepanjang dalam kelas. Almaklum la. Diorang duduk depan En Hafez, qhalidamat punya tempat? Nun hah. Belakang sekali seberang benua. Hahaha. So, qhalidamat banyak lost dalam kelas. Hiks.

The best part dalam kelas terakhir ni kami dapat ambil gambar ramai ramai. Gambar kelas B. kelas yang dimana kalau En hafez tanya senyap ja. Confuse jap ni kubur ke kelas? Tapi ketahui lah, anak anak kelas B la yang paling haru dalam hati ai *kesat air mata kat hujung mata*
Anak anaks dan en hafez. 

Dah la, malas menulis. Bubye! And thanks for your time for reading this post!





Nah, last but not least. 



1 comment: