Sunday, 14 February 2016

So random post, maybe?

Assalamualaikum. Despite of bunch of works *ehem assessment*. I need to spill something. Selagi aku tak tulis benda aku rasa bila bila masa aku akan lupa. Ni sweet reminder. Untuk kau. Untuk aku. Untuk dia. Untuk semua. Yang kadang kadang mengeluh, yang mengomel walaupun tak la comel mana bila dipikirkan balik perangai tu.

Sumpah. Benda ni kalau aku cakap cakap, pusing pusing, akan kena batang hidung aku balik. So, kiranya aku kena, kau kena. Aku ingatkan kau, kau ingatkan aku. Bak kata puan zaza.

"This is not a time where you're going to show off your knowledge. This is the time you help each other. If your friends lack in something. Teach them and help them"

Bukan aku cakap. Ni orang yang berpengalaman berpuluh tahun cakap. Nak dibandingkan dengan aku yang baru 3 kali keluar praktikal. Oh God, my clinical experiences? Deep bottom hit the sea level. Gitu. *terabur bahasa inggeris. Lantak la*

Okay, aku tak nak melarat apa yang aku nak tulis sebenarnya.

Please, no offense. Aku sayang kau.

Do appreciate with other's efforts in helping you. It's not a crime to accept a little hand to widen your knowledge.

Ingat, Allah letakkan kita di sesuatu tempat yang bersesuaian, di kelilingi orang orang yang sepatutnya, pada waktu sepatutnya kerana Allah tahu. "Hamba Aku ini mampu mengharungi ujian yang Aku bagi". Kau ingat saja saja Allah campak kau ka? Tak, Allah tak kejam. Allah tak zalim. Yang salah tu kita, bila hati jadi buta. Anggota lain semua tertutup. "Tempat ni tak best la, patient sini tak cooperate la, alatan sini tak best la" . Kau ingat hidup kau sentiasa SYURGA??? Think twice, please.

Aku mula mula pun macam "kenapa aku dicampak ke sini?, kenapa orang lain okay aku tak okay and everything else of negative thoughts that always lingering in my minds during clinical. Hahaha. Aku la tu salah satu manusia yag selalu pertikaikan kehendak Allah.

Benda benda macam ni kau kena ambil masa. Fikir. Muhasabah. Fikir. Dan menangis la kalau kau da rasa berdosa sangat bila kau pertikaikan kehendak Allah.

Ottoke. My aims untuk post ni nampaknya da mencampah sangat ni.

Okay, back on track.

Kadang kadang kita rasa ilmu kita tinggi. Ilmu si polan si polan rendah. Almaklum. Tak degree al ijazah macam kita *flip selendang. Tak!!!. Kau kena buang persepsi macam tu. Terima. Kalau kau tak nak terima. Angguk ja dulu. And put a big fake smile on your face. Balik rumah kau kaji balik apa yang di kongsikan oleh si polan si polan. Tak semua ilmu kita ada. Contohnya, ilmu hitam *ngahahahaha, serius la qhalida amat*

Kalau kau rasa si polan si polan show off ilmu dia. Kau tanamkan ja dalam hati "ya Allah, andaikata aku dah menjadi seseorang yag membantu umatMu, jauhkanlah aku dari sifat sifat mazmumah". Kan? Nampak? Allah sikit cantik atur hidup kita jumpa dengan manusia yang berbagai bagai. Supaya kau belajar. Manusia tu macam macam jenis. Bukan sejenis ja. Bukan sejenis yang bila kau jumpa, kau rasa syurga ja. Hahahaha.

Belajar menerima. Belajar bersyukur. Allah dah janji. Bila kita bersyukur, lagi Allah limpahkan kita dengan rezeki Dia. Mungkin bukan serta merta rezeki tu jatuh jelepuk. Mungkin ada doa doa tersembunyi yang sentiasa dihantarkan kepada kita. Tapi kau? Ngomel! Kau ingat comel??

Penggunaan bahasa "kau, kau" bukanlah nak tudingkan jari pada kau. Penggunaan "kau, kau" juga di tujukan kepada aku. Yang kadang kadang aku rasa aku lebih sikit dari orang. Bhahaha. Lebih lemak. Kau tak da lemak setebal aku, kan? Itu aku berani jamin. 100%!!

Please. No offense. Sweet reminder untuk kau. Untuk aku. Untuk dia. Untuk semua.

Dah cakap alhamdulillah untuk hari ni?
Alhamdulillah.
Allah hantarkan aku ditempat yang bersesuaian, dikelilingi orang yang bersesuaian dan pada masa yang bersesuaian. Sesungguhnya, aku satu satu manusia yang terpilih untuk harungi ujianMu.
Betul, gembira pun ujian. Ujian bila mana kau akan ingat pada DIA atau tidak dalam tawa mu.
Betul, sedih juga ujian. Supaya kau berfikir balik, di tempat mana kau patut meminta merayu merengek bagai. Fikir.
Salah, senget bukan ujian. Itu jadinya bila kau senget benget. Bhahaha.

Aku tak larat nak pikir ayat dah. Hahaha.

"What's the big problem to receive a little hand to widen our knowledge? Not a big crime, right?"
(Lilitinta, 2016)

Assalamualaikum ;)

Monday, 8 February 2016

It's your day, monbebe mazlyana!

Assalamualaikum!
Hari ni cuti raya cina. Esok pun cuti raya cina. Esok lagi tu lecturer datang buat periksa. Esok kepada esok tu pun lecturer datang juga nak buat periksa. Ngahahaha. Motif bagi jadual? Tak da. Saja suruh membaca.

8 February 2016. We celebrate mazlyana's birthday. Sebenarnya, dia lahir 9 February which is tomorrow. Tapi terpaksa di awalkan sebab masing masing masih ada kesedaran nak baca buku nicole j. Petty untuk periksa hari rabu dan khamis ni. Hahaha. Tertanya tanya buku apa ka? Buku fisioterapi la. Akan la baca novel omputeh pula dak ye? Kih3.

Overall. Aku rasa ini la birthday party yang pertama tama kali kami tak la buat terkejut terkejut ala ala hipster hamster tu. Hahaha. Semuanya kami sudah bagi tahu pada mazlyana awal awal.
"Maz, since this week is your days, ask anything on us. We will grant it"
Gitu. Padahal cakap dalam bahasa melayu. Hahaha.

Dan sudahnya. Kami beli kek secret recipe chocolate indulgence untuk maz. Alang alang da beli satu untuk maz. Kami pun tumpang mulut sekali. Chocolate moist cake for me, walnut brownie for mulan. Dia memang hantu brownie. Hantu pun mengalah kalau lawan rebut brownie dengan dia. Bhahahaha.

Dan kami sambut di pizza hut. Onomnomm. Siap minta izin pekerja pizza hut. Boleh tak kami gantung or selotep "HAPPY BIRTHDAY" kat dinding tak? And, pekerja pizza hut sini memang friendly and diorang kasi ja kami tampal. Siap beras pun nak selfie wefie dengan kami. At last. Pekerja diowang pun bantu sekali ambil gambar kami bertiga. Hahahaha. Begitu keterujaan kakak kakak nak sambut birthday untuk adik sorang ni. Bhahaha.

Kek mazlyana. Hb monbebe maz!

Ngahahaha. Kami!

Be a good girl. 

Asyik gambar ja, bila nak makan ni. Hahahaha
Alhamdulillah.

Dear mazlyana.
Happy birthday for you.
May allah bless.
Semoga allah mengasihani, merahmati, menyayangi maz dan ahli keluarga maz.
Semoga maz menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang.
Semoga murah rezeki dan umur diberkati. 
Sorry kalau kami kakak kakak kadang kadang bertindaknya mengalahkan orang umur belas belas. 
Hahahaha. Tabah la dapat kami yang senget benget ni. Almaklum, kami tak hipster. 
Have a blast on your day, monbebe mazlyana. 
We love you! Mmuahh. Minggu depan kami buli balik. Bhahaha. 

Sunday, 7 February 2016

3 of happy unyet!

Assalamualaikum. Apa khabar? *skema*
Okay la, okay la. Kita informal okay? So, what's up, readers? *krik krik krik*

Bhahahaha. Cukup la dengan mukadimah yang macam nak tarik perhatian tu. Maka, kita terus ke isi isi yang penting ya!

Alhamdulillah. Hari ni. Bersamaan sabtu 6 feb 2016. Kami tak mereput dalam rumah sewa. Di kala manusia manusia lain duk kepak kepak kebum kebum kebum dan kebabom bunyi mercun papan, kami di sini esok kena kerja. Eh tak, kena praktikal. Hahaha. Lumrah pelajar la kan. Kena berkorban sikit. Kih3. Hari ni kami pergi jalan jalan ke KUALA TERENGGANU. *nnannannannanna ganu kito*

Perjalanan dari kemaman ke kuala terengganu ada la makan masa dalam dua jam setengah ke tiga jam. Kami bertolak dari pukul 1.30 sampai dalam pukul 4. Kami sampai di pasar payang, terengganu. Borong?? Bhahahahaha. Banyak gila kami borong. Keropok ikan, kain batik, baju kelawar. You name it. Tak pa la. sekali sekala datang tempat orang. Cerita cerita lebih. Tapi tak perkenalkan mastermind behind of this trip kan? Hahaha. Sudah tentu en safwan, fisioterapi di hospital kemaman ni. Hahaha. Dia memang baik dengan pelajar. Ilmu pun kongsi sama sama. Dan dia angkut sekali kawan dia. En yusuf. Huhuhu. Dah sampai sana, ada amir sekali. Pelajar unisza. Memang belanja sakan la kami kat sana.

Dah agak agak macam tak larat nak shopping dengan tangan berbirat birat angkat plastik isi keropok. Kami pun balik la ke kereta dan solat. Amir bawa kami jalan jalan di kampung cina. Hahaha. Basically. Contengan mural di dinding yang buat tarik perhatian.

Agak kau da penat selfie wefie youfie ifie, kami pun pulang. Tapi sebelum tu! Kami makan makan steamboat di d'ganu steamboat, pulau duyong. Oh maiii! Harga dia sangat murah. Lauk untuk per 6 pax only rm35. Berbaloi gila. Tiada pembaziran di situ. Yang buat sadisnya. Dapur gas aku api dia mak aihhhh. Perlahan gila. Makan maggie pun kejung kejung lagi maggie dia. Hahahaha. Tapi tomyam dia memang macam ni *sign thumb's up*.

Dah agak kenyang. Kami pun hantar la amir pulang since amir orang kuala terengganu ni hah. Hahahaha. Solat sat dekat masjid warna putih and dalam kol 9.30. Kami bertolak balik ke kemaman. Huishhhhh. Kami baru sampai rumah hah. Hahahaha.

I need to write regarding this trip. Because, I'm afraid if I'll forget about these sweet memories. Thanks and kudos tu en safwan dan en yusof. Willingly to drive us to kuala terengganu.

Aku tak larat buat ayat da. Nah, kita kasi gambar terus na!
Onomnommm. Nampak tak menu dia. Perghhh. Tomyam dia. 

Saranghae

Tak payah pergi korea. Sini ada ja kunci kunci yang konon konon sweet couples buat tu


Sekali pandang. Macam jonker walk. Kau kena dua kali pandang. Baru nampak ni adalah kampung cina, terengganu

Ini la en safwan. 

3 Of happy unyet. Jalan tak ingat assessment. 


Bila ada amir yang bawa canon ke hulu ke hilir ambil gambar. Memang cun habis laaaaa. 


Daaaa. Pergi tidur semua.Babap kang!
Assalamualaikum ;)

Tuesday, 26 January 2016

Long time but don't say goodbye yet!

Assalamualaikum!
Haii. Lamanya tak jengah ke blog ni. Hahaha. Nasib baik tak da tersangkut-sangkut ke hape ka. Hahahaha.

Me? Right now?
Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur dan murahkan rezeki. Sekarang berada di hospital kemaman, terengganu untuk clinical attachment yang kali ke tiga. Tahun ni qhalida amat already 24 years old *clapping hands lazily* hahahah. Tulang belakang pun makin sakit *stop clapping hands*. Sadis permulaan tahun 2016.
Sebenarnya nak bagitahu, hari tu kami jalan jalan dengan fisioterapi dari unisza. Weehuu. Kami ke air terjun chemerong. Subhanallah. Air terjun dia sangat lawa. Nak. Bagi sekeping dua gambar.


Me, mulan, maz and nawal. 



I'll never tired and bored with nature.
Insya allah ;)
Okay, babai. Assessment aku berkepuk. 

Thursday, 22 October 2015

Happy birthday myself

Ehem ehem. Clears my throat first.
Assalamualaikum and annyeong.
Sorry. Da lama tak datang menulis di sini. Alasannya malas nak cucuk broadband, nak beli pass broadband. Malas nak gores kad topup. Senang kata. Pemalas. Maka semuanya memang tak guna kalau cakap lebih lebih. Hahahaha.

21st October 92.
qhalida amat was born.

Thanks emak. Huyung hayang bawa qhali 9 bulan dalam perut mak. Bagi qhali makan minum kasih sayang yang banyak tak terkata. Pukul qhali bila mana qhali buat perangai tak tentu hala. Perangai jenis minta belasah memang selalu kena sebat dengan pembaris jahit mak la nampaknya. Lindung qhali. Sayang qhali. Ajarkan qhali apa erti baik hati, kasih sayang, hormat, memberi tanpa mengharap balasan. You are the great person mak. I love you. So much! Thanks allah. For sending her. Nope. For lending me such a precious person. Boleh saya pinjam lama sikit tak, oh Allah?
Thanks apak. melenting tetiba bebila ada orang buat anak dia. Cari qhali bila qhali lambat balik dari sekolah. Balik kena la nampaknya. Tu rotan kat rumah manjang ja ada. Tiap tiap bulan mak pergi bunga raya beli rotan tu. Thanks my hero. Sebab tunggu qhali balik hari hari dari sekolah. Angkut qhali ke sekolah bila qhali ada kelas tambahan. Melawat qhali kat asrama. Bawa qhali naik motor. Bagi ilmu banyak pada qhali. Ajar qhali mengaji. Ajar qali matematik. Allah.

ya allah. Mereka berdua ini adalah pinjaman dariMu yang sangat bermakna. Ya allah. Berkatilah kehidupan mereka. Ampunkanlah dosa mereka. Rahmati mereka. Hanya pada Allah tempat bermohon.

"Nikmat yang mana kau dustakan?"    


21st october 2015
Thanks ya allah. For sending the best ever friends that i have. Oh Allah. I've been blessed enough. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pada siapa lagi patut aku sampaikan dan panjatkan rasa syukur melainkan Mu ya Allah. 


Terima kasih mulan. Master mind for this surprise. Start with the balloon and end it with a cake. Terima kasih. Tak tahu nak sampaikan rasa terima kasih tu macam mana. Partner yang selalu berada dalam tangisan. Sama sama gila. Sama sama senget. Sama sama kelaut. Cuma saiz tak sama. Opsss. Pakwe pun tak sama. Moga berjumpa jodoh yang baik my dear. Semoga sampai ke syurga bersama jodoh yang baik. Ehem ehem. Manis sangat dah rasanya ayat aku ni. 
Dear mulan. Be strong. You're already strong with all of these circumstances. Just stay be strong. Sabar banyak banyak. Allah uji sebab allah sayang. Allah tahu hambanya mampu menghadapi ujian dariNya. Semoga mak kau sihat. Semoga ayah kau diberi kesihatan yang baik. Sob3. Already cried when I saw your father yesterday. Tapi tahan tahan. Bapa orang lain kot. Tapi sakitnya nampak orang kesayangan terlantar with those wires on his chest, hand and legs. Just makes me....*chuckles*
Bak kata pepatah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ramai ramai doa ayah mulan tak apa apa okay?

And the rest
First one yang ucap ialah mak mulan. Walaupun mak dia sendiri da kelam kabut dengan keadaan di ward, tapi makcik sempat ucap selamat hari lahir. Katanya takut tak sempat ucap. Nak jaga pakcik kau lagi ni hah. Semoga tabah makcik. 
Thanks kawan kawan yang mengingati hari lahir qhalida amat yang selekeh ni. Bhahaha.

Thanks fadzilah atas ucapannya, thanks munifah atas ucapan dan tabung rilakumanya, thanks zarifah sebab sanggup susah payah kutip kami kat rembau dan terima kasih atas ucapan kelahiran. Thanks nawal omel atas ucapan, lunch box filled with hand made chocolate fudge. Dan sanggup memandu dari puncak alam ke seremban ke rembau ke puncak alam balik. Jasamu hanya allah mampu membalasnya. Thanks norafida sahrim. My chagiya. Tak pa. Tak sweet-talker or apa-apa yang sweet pun tak apa eh! You're already a sweet ever person in my eyes. Aku bukan setakat ada dua mata tau. Ni empat mata hah. Terima kasih atas ucapan. Terima kasih atas ingatan. 
Thanks emma. For sweetie pie wishes. Otototot. Sayang aku konon? Bhahaha. Ye. Aku sayang kau juga. Thanks atas doa-doa semua. 
Thanks juga physiomates. Yang wish on my birthday and concern about condition of mulan's father. Thanks my darls. Korang memang awesome. Giinniee *doing thumbs up!
To my twin. Oh. Tak. Kami twin dari segi tarikh saja. Afiqah. Happy birthday. May allah bless you too. 
And pada kawan kawan munshi abdullah. Ekyn, iqlima. Thanks. 

And untuk my beloved one. Nurhafizah md amin. Thanks for the video. Thanks for the voice note. Engkau sweet tahu tak!? Bhahahaha. Semoga allah lindung kau selalu. I love you so much!

Ohh. Lupa. Thanks kawan kawan dari farmasi yang tak lupa juga. Thanks ayu, gha, gee, hafis, wan hazimah and of course, my nadi! Hiks. Bila nak jumpa ni. Ada yang tercicir tak?*selongkar insta dan what'sApp balik
Thanks kak siti wished on my birthday. Semoga allah merahmati akk selalu. 

And to my siblings, thanks atas ucapan semua. Dari adik beradik kandung ke kakak kakak ipar yang awesome wish. Paling tak boleh blah bila abang wish semoga kurus. Kau memang kedengki dengan orang kan abang? Sebab orang selalu patahkan rim motor ko kan bila orang naik motor ko? Hahahaha.  
Pictures time! 

Thanks for the cake. Love it so much. May allah bless each of you. Ameen. 

Birthday girl. With a knife on her right hand. And balloon on her left hand. I'm a happy k


Di rumah mulan. Thanks sebab bagi tumpang rumah. Hiks. 

My kind of presents. Hand made chocolate fudge from nawal, carousel wooden toy from mulan, coins box from munifah and banana from izzah. Alhamdulillah


I'm happy. 




Akhir kata. Terima kasih ya Allah. Allah yang menghidupkan diri ini pada hari ini dengan izinNya. Siapalah kita hendak menduga apa akan jadi pada hari keesokkannya kan? Terima kasih Allah. Atas pinjaman keluarga, adik beradik, kawan yang sangat bermakna ni. Allah. Lindungi meraka ya allah. Jagakan dan pelihara mereka dimana mana mereka berada pun ya Allah.

Last. Happy birthday myself. I deserve all of these because of my parent's kindness. Allah. Qhali tak cukup baik macam mak apak. Mungkin betul orang kata. Kadang kadang orang balas kebaikan kita bukan sebab kita yang baik atau apa. Mungkin ada kebaikan mak ayah yang menyebabkan kenap diri kita ini cukup dikasihi oleh allah dan orang sekeliling. 
Dah. Terlampau manis dekat sini. Move move move!!
Assalamualaikum.