Tuesday, 22 July 2014

100 !!

assalamualaikum.

biarkan malam ni menjadi malam saya mengemaskini segala bagai dalam blog ni.
huhuhu

first, alhamdulillah, doodle da lebih 100 pictures. woot3.
bukan membangga. bukan riak. bukan bukan. saya manusia biasa. yang mahu memperbaiki diri. sama ada dalam melukis atau belajar. kalau rasa doodle saya tak menarik, boleh wassap saya personally. ihiks! *muka mintak pelempang sulung,


dalam membuat doodle, ada yang memuji. alhamdulillah. semua bakat dan ilmu diberi oleh allah.

dan ada juga yang menegur. sebab salah tatabahasa. tu lah, nak omputeh sangat kannn~~

dan ada yang suruh buat buku islamik. saya hanya mampu tergelak. siapa la nak publish buku mata dengan muka macam dulang ni. hihihi. but, thanks atas idea tu

dan ada yang minta lukiskan untuk anak murid tadika nya. buat mewarna katanya.

dan paling terbaru. lukis doodle untuk jadi logo jualan onlinenya. urmm, tak tahu la dia guna or tak sebab tak da instagram. so, tak boleh nak stalk profile dia. hihihi

dan ada yang request saja-saja. andaikata doodle saya buat anda tersenyum, alhamdulillah saya panjatkan. bukan senang nak buat orang tersenyum.

tapi kalau rasa menyampah sangat dengan doodle saya ni, personally email di comotsememeh@gmail.com pun boleh, nak bagi yang yahoomail macam tak nak pula. jangan di tanya sebab. pukk karang


live your life. make it colourful

ramadhan

assalamualaikum. kai semua. lama tak ketemu di alam blog ni kan? almaklum la. sibuk orangnya. huhuhu


selamat berpuasa semua. till we meet again. xoxo :)

Sunday, 15 June 2014

Pengurusan jenazah

14 Jun 2014

Eh, lupa, assalamualaikum dulu. Huhuhu

Hah, pada hari semalam, saya join satu program yang di anjurkan oleh persatuan rakan masjid atau PRM. Bukan PDRM okay. Itu lain da maksud dia. Huuhuhu. Program pengurusan jenazah. Program yang katanya jarang di hadiri oleh golongan muda. Selalunya yang terlibat bab-bab pengurusan jenazah ni hanya lah orang-orang tua.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat la bawa balik ilmu fardhu kifayah ni kan?
Ceramah yang di sampaikan oleh ustaz Rosham Muhammad

Oh, sebelum tu cerita la macam mana saya sampai sana kan?
Huhuhuhu

Bertolak sebelum pukul 8 sebab atul kata majlis bermula pukul 8. Hampeh atul. Pukul nak dekat 10 baru nak mula. Hahaha. Dapat makan sarapan, jimat duit. Ada pelajar-pelajar lain juga. Ada ema, nawal, ida, tifah, atul dan ramai lagi. Cuba teka pengerusi majlis siapa? Huhuhu. Tu hah, si maliki pemalu jadi engerusi majlis. Jangan tak percaya ja. Dia dalam kelas je malu-malu kalahkan pohon semalu. Kat dalam surau ibnu sina tak macam tu pun! *tampa kang

Ustaz terangkan procedures yang terlibat. Dan kami semua buat amali lepas tu.
Dari terima mayat sampai la kebumikan mayat. Tapi kebumi tu tak buat la. Dah boleh kena saman kalau tanam model hidup-hidup nanti. Masa nak pilih model pun semua da macam “aku pandang kau dengan harapan ustazah tak pandang aku”














barang-barang untuk kelengkapan memandikan jenazah

Balik da nak pukul 1 petang. Alhamdulillah. Thanks pada AJK yang mengajurkan majlis ni. Ilmu bermanfaat. Walaupun semalam macam kelam-kabut juga tapi Alhamdulillah, majlis berjalan juga. Huhuhu. Bak kata ustaz, “mikrofon pun takut dengar perkataan mati, tu sebab mikrofon pun tak berfungsi dengan elok semalam”. Huhuhu.
Sekian,


Hello kitty bank


Assalamualaikum.
 Hari ni nak berkongsi tabung yang saya warna-warna. Walaupun mewarna bukan lah speciality saya, namun dengan tabah dan gigih saya menyiapkan juga.

Selalunya kita dengar piggy bank je kan. Macam tak senonoh je dengar perkataan piggy tu, nak tukar pada cadburry bank pun tak boleh. Jakim dah sahkan yang dalam cadburry tak da DNA babi. *oppsss

Maka, memandangkan saya ni hantu hello kitty, maka saya beli la bentuk hello kitty. Murah ja. 4.95 ja harga dia. Huhuhu.


Jom. Check it out!








done, my kitty bank. huhuhu

Kinesiology project

Assalamualaikum semua. Huh, penat nak menaip sekali kedebuk updates hah.

Kinesiology project. Main assignment for this semester. Nasib baik la tak payah nak bentang kertas kerja, buat slide gedebak gedebuk. Cuma kali ni kami di beri tajuk-tajuk berkenaan dengan kinesiology dan menghiasi laboratory baru kami di tingkat 5. Memang la da lepas nak buat slide presentation segala bagi, tapi projek kali ni juga susah juga. Huwah huwah huwah

Nak menghias dinding yang hanya bercatkan cat kapur. Bapak la.

Masing-masing menghiasi ruang masing-masing. Aku pun da keliru. Aku ni dalam university atau tadika jaim masa aku lima tahun dulu-dulu tu?


Nah, lihat la gambar-gambar kami menghiasi lab kine kami. Oh, sebelum wa terlupa, projek ni tak siap sepenuhnya. Gambar-gambar yang bakal di tunjuk adalah progression sepenuhnya, yang final belum lagi. Insya allah, bila semua ruang dah sipa sepenunhya, saya akan update gambar selebihnya * pinkie swear






my group section, stability and lever

















ema yang rajin mengecat dinding. muhaha

another picture of her


fifi tengah mengecat pelangi. huhuhu

finally, my group. sob3

sarah dan mazlyana

kumpulan mulan punya
insya allah, semua benda bakal di permudahkan. huuu :)