Friday, 12 August 2016

new doodles, baby!

Assalamualaikum!
Apa khabar? Semoga dalam lindungan allah semuanya. Hiks. Hari tu kita ada cuba godek godek laptop. Kononnya nak lukis maskot la. Sebab kepala da kematu nak lukis doodle lagu mana lagi ni! So, berubah arah ke animal doodles *big claps for me, please!*

Secara amnya, tak la banyak mana mascot or animal doodle yang dibuat. Since qhalida amat pun jenis menyibukkan diri dengan perkara tak berfaedah. Bhahaha. Ada la dalam dua tiga helai animal doodle. And insya allah, more doodles will be publish soon. Mudah mudahan allah perkenan kan. *usap muka usai doa*

Anyone yang nak guna doodle dalam ni for a good sake. Please do. Don't be shy shy shy *terpromote doodle sambil nyanyi lagu twice pula*

Bakat yang allah bagi, insya allah saya akan guna dijalan yang baik. Alhamdulillah.





Segala yang baik, anugerah dari Allah. Apa yang terkurang dan tersilap, datang dari saya yakni qhalida amat, si manusia dosa

P/s: sesiapa ada cadangan animal doodle lain. You may drop your comments! Me do appreciate your comments!

Wednesday, 20 July 2016

Riang ria raya cara kita part 2.

Assalamualaikum. Apa khabar? Moga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah. Sweet tak kita doa doa cam tu? Bhahaha.

Jalinan kasih aidilfitri FSK 2016 diadakan pada jumaat yang lepas. Jangan suruh buka kalendar tengok tarikh balik bagai. Tak kose den.

Since qhalida amat pun mereput duduk palam lepas habis final gara gara fyp, baiklah qhalidamat melantak makanan program yang diorang adakan, kan? Memandangkan ramai yang dah balik, segelintir classmate ja yang ada. Tak pa la, janji ada. Jangan kata kita tak campur manusia pula, kan? Haha.

Nah. Malas nak cakap panjang panjang.
Bila kesayangan ambil gambar. Haila. Kita rindu dah. 

Dengan classmate yang lain





 
Gambar dengan dekan kita. Hensem tak dekan kita? Hiks. 
Gambar makanan? Oh. Tak da. Dalam perut semuanya. Hahaha. Lauk pauk disediakan adalah nasi impit, apam balik, laksa, nasi tomato, soto sup, lontong, air oren. Ada yang tertinggal ke? *geledah perut*

Okied. Sampai disini aja. Lain kali kita gosip lagi. Hahaha. Selamat hari raya.

P/s: "matriya". Ada kata orang ucap begini sakit jiwa. Hangpa tak tahu, zaman da laju. Zaman da maju. Semua sibuk. Maka yang panjang di pendek-pendekkan. Penjimatan masa katanya. Bukan duit ja kena jimat, tulisan huruf pun kena jimat la ni *senyum sinis*

Bye! Assalamualaikum

Saturday, 9 July 2016

Riang ria raya cara kita.

Assalamualaikum.
Apa khabar? Semoga semua yang terlintas membaca atau memang singgah datang blog usang ini dirahmati, disayangi dan dirahmati Allah selalu. Insya Allah. So. Today is almost becomes the 5th eidu fitri, right? Hahaa. Tetiba orang puteh. Kau ni memang nak kena tempeleng qhalidamat.

Okay. Umat islam tahun ni sambut raya yang jatuhnya hari rabu. Berapa hari bulan? Sumpah. Aku bab-bab hari bulan ni memang kelaut. Sampai paper last untuk final aku pun aku confuse isnin ke selasa. 12 julai tu bila? Isnin ke selasa? Ye. Qhalida amat rasa memang da cukup tua. Uban dekat kepala pun da tambah-tambah. *padahal banyak makan MSG.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk meraikan hari raya pada tahun ini. Dan tentu tentu alhamdulillah thumma alhamdulillah sebab qhalida amat layak dapat duit raya dari adik beradik untuk tahun ni lagi. Wei! Seronok bak hang wei! Anak buah duk ngendeng,

"Untung la makcu. KAYA"
"Senang je nak dapat duit raya"
"Cammane, cammane?"
"Belajar habis. Kalau ada lepas degree, ambil master, habis master sambung phd"
Dan masing masing berhuhuhu.
Kau tak tahu azab nau nak habis study ni hah!

Hahaha. Macam biasa la bila sambut raya stail aku ni. Sambutnya hari pertama. Hari kedua dan seterusnya da bukan hari raya dah. Dah macam hari biasa. Kasut raya kakak belikan, sudahnya aku simpan, buat praktikal sem 8 nanti. Insya allah. Mana tahu tetiba ajal jemput. Tak sempat den nak bergaya dengan kasut baru. Hahaha. Tapi sempat acu la hari tu. Thanks kak mala!

Tak nak cakap panjang panjang sebab aku stress kena balik awal ke palam. Ni gara gara last paper la ni. Orang lain semua duk sental rendang, kuah kacang, ketupat di rumah. Aku kat sini duk kunyah nota. *tipu, aku leka tengok 2 days 1 night sebenarnya*

Nah, kita tepek gambar raya sehelai dua.
Beratur selepas solat hari raya. 

Keluarga abang sham dan kak marina. 

Keluarga kak amy dan abang ismail

Keluarga abang salleh dan kak ina.

Keluarga kakak dan abang sharul. Dan atoto. Cer cari atoto

Keluarga abang dan kak haslinda

Me, apak dan emak. 

Pipi pau kukus satu. Pipi pau kukus dua. Bhahaha


Keluarga kak nye dan abang azhar
Tak semua ada kan. Since kami ada 10 beradik. Abang wan dan kak yan. Dan keluarga kak mala. 

Next pictures pula!
To anak anak kucing dan ibu ibu kucing di rumah.
Ibu: ayah, acu, dan blackie
Abang: oyen
Anak kucing: mimi, jack, aput, itam dan ikin.
Minta maaf dan selamat hari raya.

Minta maaf bila aku lambat bagi kau makan. Lepaskan perut aku ja dulu padahal korang semua pun ada perut.
Minta maaf bila aku suka lipat belakang telinga korang bila korang tidur.
Minta maaf bila aku hempap tangan aku yg berkilo-kilo ke atas badan kau yang gebu tak gebu tu.
Minta maaf bila aku aku tak refill air or pasir tanah kau.
Minta maaf bilamana aku peluk korang cari kutu. Mak kata tak payah bela kera. Cukup dak qhali ada.
Minta maaf bila aku makan, aku angkat pinggan tinggi, supaya kau tak capai sekaligus kau kebuluran.
Minta maaf bila aku peluk cium hidung mulut tapak kaki kau dengan penuh rakus.
Minta maaf sangat my meows. I love you. More than you could imagine. *ah sudah, lurus ke idok aku ini?*

Dengan abam abam hensem!. Anak buah tinggi melampai la ni!. Nyampah. Korang makan galah ke hape hah?


Adik beradik. Dari kiri ariff, taufiq dan irfan. Haihhh. Makcu tua!
Sekian. Minta maaf jika saya ada terkasar bahasa. Tersentuh hati dan perasaan pembaca atau mana mana pihak. Cau cin cau! 
Assalamualaikum

Friday, 24 June 2016

6 penghalang doa

Assalamualaikum. Salam ramadhan semua. A quick one. Very quick. Sebab malam tadi tak tidur. Ni gara gara wonda coffee la. Lagipun, mungkin hiatus sebentar since nak bagi laluan untuk final exam for semester 6 dan FYP!! Iyep anak anak.. qhalida amat insya allah will graduate soon. Tapi nak graduate punya perjalanan tu mak aihhhh. Tengok. Tetiba da melalut. Salah siapa ni?

Okay, back on track. Qhali jumpa article ni dah lama. Semenjak qhali praktikal kat kota bharu hari tu. Kedai makan makcik tu menyediakan ruangan membaca. Since tukang masak memasak penuh teliti, kasih sayang, cermat dan jimat. Kami di situ membaca sementara tungguh hidangan. Gitewww. Exact name of publisher. Maaf sangat sangat. Qhali lupa. Lupa tak sempat nak ambil gambar muka depan. Kang ada yang kata aku plagiarize pula kan? Hahahaha. Okay. Terkelaut lagi! Salah siapa ni?







Article ditulis oleh: Muhammad Luqman Makhtar.
Lukisan: qhalida amat. Hiks.

Segala yang baik datang dari Allah. Mana yang cacat cela, datang dari saya hamba yang khilaf ini. Doakan kami berjaya dalam peperiksaan.

Krohh krohh krohh.

Saturday, 26 March 2016

Hari jualan fisioterapi HJF

assalamualaikum. Quick one!
Hari khamis 24 mac 2016. Qhalida amat dengan jayanya berjaya menjadi salah seorang tukang urut untuk hari jualan fisioterapi. Weehuuu!!

Yang tak boleh blah bila kutip patients sebanyak banyak alam. Padahal lepas urut 2 patients terus collapsed. Hahaha. Alhamdulillah. Atas ilmu yang allah bagi. Dapat berbakti. Tak semua berada di tempat qhalida amat sekarang. So, i should appreciate it. Kan? Kang memaseng kata aku manusia tak bersyukur. 

Okay la. Benda ni in win win situation. Kita berbakti. Kita perkenalkan profesion kita. Kita asah skill kita. Kita kuatkan tangan kita. Dalam masa yang sama kita dapat pahala dan dapat duit. *kaching kaching bunyi mesin duit*

Hari tu dapat 2 patients ja. Sudahnya balik suruh munifah urut tangan aku balik. Keras dibuatnya. Bhahahaha. Tapi tak pa. Seronok. Dapat seorang nak dari kepala ke bahu dan lagi seorang tu full body. Akibatnya. Sampai terlajak masa urut anak orang kan? Hahahaha.

Nah, belanja gamba selai dua lai. 

Ace teka laila buat apa? Thanks laila ajar qhali different technique in massage. 

Ni la kerja si laila. Hahaha. Comel kan?

Sebahagian dari pelajar fisioterapi yang turun lab untuk menyumbangkan bakti. Jangan tanya mana gamba aku. Aku guhih gigih urut dalam cubicle lagi. Hahahaha