Monday 14 October 2013

adab :)

Assalamualaikum :)

Petang-petang ni memang sedap duk makan cekodok sambil update blog kan? Muhaha
Sedikit ilmu yang boleh dikongsikan. Actually, ceramah ni da lepas 2 minggu tapi tak pa kan? Hee, uishhh, anak encik amat tekun habis dengar ceramah kali ni. Kalau tak, confirm!, TIDUR. Tapi disebabkan kedudukan aku betul-betul depan penceramah, maka bukak mata besar-besar bila dia bercakap. Muhahaha.

Disampaikan oleh ustaz Karim, pensyarah dari KLMU. Beliau juga ialah salah seorang fisioterapi graduan UiTM.

Good one.

ADAB ADAB MENUNTUT ILMU.

Niat. Ikhlaskan hati kerana Allah, melalukan ketaatan kerana Allah.
Jangan membangga diri, jangan takbur, jangan bangga ilmu yang ada.
Menjadi seorang yang warak, bertaqwa, meninggalkan benda yang haram, membuat benda yang wajib
Apa-apa yang terjadi , cerminkan dan muhasabah diri kita balik.
Elakkan maksiat
Cari sahabat yang baik
Rajin hadirkan diri dalam majlis ilmu
Kurangkan tidur, jangan tidur berlebihan
Kurangkan makan benda berminyak
Kurangkan ketawa.
(aku tak tahu nak kurangkan macam mana yang tiga atas ni, sob3.)
Kena selalu ulang kaji, walaupun sedikit, jangan tangguh-tangguh
Ulangkaji bersama-sama kawan
Faham dan hafal ilmu yang dipelajari
Pandai memilih guru.
Jaga adab dengan guru.*giggles
Jaga adab dengan ilmu, letakkan di tempat yang baik. Susun ia
Banyakkan istigfar, bersabar dan berzikir

Jaga hubungan antara kita dan Allah, Nabi Muhammad, keluarga, kawan dan alam sekitar.


Siapa perasan ada perkataan giggles dekat salah satu adab tu?  Walaupun kelakar, tapi bila dia da jadi guru pada kita, we should respect her. Walaupun dia ajar kita huruf A pun, heee. Pengalaman ustaz yang sedikit sebanyak yang boleh dikongsi dengan kami. Hee, insya allah, kami boleh menempuh semester mendatang dengan karenah beliau. Muhehe.

Orientasi Fisioterapi yang sangat Hai-pening. Best. Walaupun merungut macam pftt mula-mula sebab kacau cuti aku kan? Keh3. Pape pun, terima kasih pada semua senior yang bertungkus lumus menjayakan orientasi ni. Terima kasih banyak-banyak.

bubye and adieus :)

No comments:

Post a Comment