Saturday 12 October 2013

misy we care

Assalamualaikum dan selamat sejahtera atas kalian. Muhehe, ayat skema habis kan?

Misy we care.
Ye, ni la salah satu program yang pertama-tama saya join lepas masuk uitm puncak alam. Alhamdulillah. pengisian yang baik, walaupun tersenguk-senguk sopan dengar ceramah kan? heee, teruk teruk teruk~

Program bermula dari pagi bawa ke malam, kiranya sehari suntuk la. Alhamdulillah. Lagi la besar alhamdulillah bagi aku yang totally cetek ilmu dalam kisah syiah dan sunni, apa yang terjadi di syria, dan macam-macam lagi. dan malam tu dengar pak arab speaking arab. sobsobsob. touching sungguh sebab masih boleh paham sikit-sikit apa yang dia cakap. sebak bila dengar dia bercakap dalam bahasa arab dengan sangat lancar. sebak bila tak sambung belajar bahasa arab. sebak sebak sebak (T T).

Nak membuatkan post ni nampak panjang mengurai, maka banyak nama-nama akan terlibat ya. Aku, nadia, fida, wan hazimah, dini dan aziyana merancang untuk sertai majlis ni memandangkan kami berlima agak ninonino sikit pasal isu semasa ni. kecuali dini la, sebab dia da selalu terlibat dalam majlis-majlis macam ni. heee

Pagi tu ceramah pasal sunni VS syiah. fasilitator bekalkan kami dengan nota pasal syiah dan segala bagai. dan kesan syiah dalam kehidupan memang sangat besar. sungguh. tengok video pengikut-pengikut syiah cederakan diri mereka pada hari qabalah. Allah Allah Allah. dia tetak badan dia sendiri kot. time tu budak perempuan semua da paling muka ala ala scary dengan scene tu. saya? ahahaha, steady maintain la. tak pernah nampak manusia tetak badan sendiri. lagi satu, dalam video. kalau depan mata mungkin saya yang pergi kerat orang tu kot. hahaha. yang sedihnya bila anak-anak kecil pun meng"qabalah" diri mereka juga. sedih. masih kecil. ikutkan sahaja orang dewasa buat apa. 

betul la, kita yang dewasa ni sedikit sebanyak membentuk dan mempengaruhi peribadi orang bawah kita.

macam mana syiah ni boleh tersebar? mengikut penceramah, En Jamali b Mohd Adnan. syiah tersebar melalui risalah. penulisan sastera di akhbar, selain itu, ada juga keterlibatan ahli politik dalam menyebarkan syiah.


Doa la agak kita sekeluarga dijauhkan dari bahaya syiah. Insya allah.

Slot kedua. Live from R4bia. Diceritakan oleh penceramah yang memang sudah lama duduk di Mesir. Bagaimana suasana Mesir. Beliau kata Mesir sudah lama bergolak dari zaman Presiden Morsi lagi. Bagaimana kejatuhan beliau. Sungguh. Islam ni da macam diperkotak-katikkan sahaja. Bunuh manusia macam manusia ni harganya seposen dua posen. Seposen dua posen kumpul lama-lama pun da banyak duit boleh kumpul tau. Sedih. Nampak anak-anak kecik nangis meratapi ibunya yang terkorban. Semoga Allah memberi kemenangan yang pasti untuk rakyat islam di Mesir. Insya allah J

Slot ketiga bermula lepas maghrib. Kira-kira pukul 8.30 malam, majlis bermula. Ada 3 orang penceramah iaitu Ustaz Nazmi B Abd Karim, En Noorsyazly Rameli dan Sheikh Samir Saqqa. Syeikh ni la yang cakap bahasa arab tu. Heee, superb. Mereka memulakan forum dengan menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di Syria. Suasana politik di sana sangat kejam. Kononnya saja memilih melalui pilihanraya, tapi tidak keputusannya. Masih si kejam yang memerintahnya. Sungguh. Bumi Syria yang Allah sayang, nabi pun sayang, penceramah yang dating lama tu pun sayang dengan bumi Syria ni. Sedih bila dengar rakyatnya melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Insya Allah, kemenangan yang hakiki akan dapat juga pada Syria.

Kita sebagai rakyat Malaysia dan seagama seislam haruslah membantu mereka. Walupun bukan dengan pergi terbang ke sana, sekurang-kurangnya mendoakan untuk mereka. Lastly, yang paling heavennya bila syeikh bacakan doa. Mata kita genang-genang tunggu pecah sebab doa dia sangat bermakna. Alhamdulillah, pengisian yang sangat bermakna. Harap program macam ini diadakan dengan kerap lagi. Heee J

Yang tak bestnya balik tu tak da bas, kena panjat tangga puncak alam. Sampai atas macam nak tercabut kaki dan nyawa. Sob2. Pape pun, terima kasih pada aziyana sebab bagi tumpang tidur di rumahnya. Muhehehe.


Insya allah. Islam akan menang. Doa itu senjata mukmin. Angkat tangan anda. Amin kan doa-doa kita dengan ikhlas. Kita mungkin aman sekarang. Lambat laun kita tak tahu. Mereka islam, saya islam, kita islam. Kita saudara. Pada yang syahid, semoga allah mencucuri rahmat mereka, semoga syurga balasan mereka. Pada saudara-saudara yang menghulurkan bantuan. Semoga Allah merahmati dan melindungi kehidupan anda sekeluarga. Isnya Allah.

we always be with you  <3 insya allah


No comments:

Post a Comment