Saturday 3 May 2014

Wheelie


Assalamualaikum si gorgeous and si handsome sekalian. Huhuhu. Tak payah nak sipu-sipu malu sangat bila cakap macam tu. Huhuhu

Kelas therapeutic minggu ni best gila boleh dibuat mati gamaknya. Pernah tengok cerita-cerita melayu pasal mat rempit yang angkat tayar belakang, tak? Ye ye, yang tu. Yang tu.

Cuma kali ni kami tak la guna motor sebab motor mahal. Kami guna kerusi roda. Iyee. Sila percaya rakyat jelata sekalian. Mula-mula akal dan badan aku tidak dapat mencernakan bagaimana diorang boleh buat wheelie dengan kerusi roda. Rupa-rupanya boleh!!

Anjat gegurll di buatnya. Huhuhu.

Jatuh bangun tak payah cakap la. Aku nak Tarik nafas ngan telan air liur pun sakit. Sob3. Tapi seronok sebab pengalaman baru. Memang hari tu hari jerit-jeritan dan kedegang-kedegung jatuh atas lantai. Dah macam apa. Hik3.

Selalunya teknik wheelie ni digunakan pesakit untuk langkah lubang guna kerusi roda, turun dari ramp yang curam atau jalan atas rumput. Ada yang tu haji Bahaman kata boleh naik tangga. Muhehe. Aku nak seimbang pun tak dapat-dapat lagi, maka tak boleh nak mengidam la nak naik tangga guna kerusi roda kan? huhuhu
siap boleh thumb up hah


pelajar lelaki tak payah cakap la, senang bak hang diorang balancekan badan bila buat wheelie

Tengok haji Bahaman demonstrate macam mana nak buat wheelie membuatkan mulut aku terbuka besar macam penumbuk haji Bahaman boleh masuk dalam mulut aku. Ngehehe. Lepas tu, haji Bahaman tunjuk proper falling atau teknik jatuh yang betul. Ececehh, masa tu boleh la kau nak ready segala bagai sebab kawan akan jatuhkan kita. Tapi bila kita buat wheelie dan jatuh sendiri, dah tak sempat nak ready tangan nak buat proper falling tu. Huhuhu. Semua bukan proper falling, semua terguling. Hik3.

Bayangkan jela manusia macam aku jatuh kebelakang. Apabila ibu nangka jatuh~~~

Tapi memang la, balik badan lebam-lebam. Lenguh bak hang wei. Alhamdulillah, seronok, banyak ilmu yang saya dapat. Tak semua berpeluang macam saya. You should appreciate these moments, qhalida amat *patting myself.

nah, gambar untuk gelak sakan bersama

yasyri buat wheelie

maliki pun buat wheelie

aku ngan nadzril. aku tahu diorang nak ambil gambar aku jatuh maka aku berpeluk tubuh sahaja. muhahaha

memotivasikan diri sesama rakan yang tak boleh nak buat wheelie. hik3

nawal dan nadzril

my sweet classmates

kronologi fida dan nadzril ; part 1

kronologi fida dan nadzril ; part 2

kronologi fida dan nadzril ; part 3


kronologi fida dan nadzril ; part 4
bukan aku delete gambar nadzril, tapi fida memang berjaya buat wheelie. woot3

saya :(
hik3. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)

nah hadiah last, fida sahrim dengan stetescopenya


sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment