Tuesday 18 March 2014

Baam :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca dan tuan punya blog dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Hee J

Sungguh, Al-Quran itu seperti novel. Dimana ada bahagian kita gembira, ada tersentap, ada menangis. Pucuk pangkal hati masing-masing sahaja mahu mendalami atau tidak akan keindahan bait-bait Al-Quran itu sendiri.




Surah Yunus, ayat 12. Membuatkan saya terpempan *betul tak ejaan ni?

Bila ditimpa musibah, bala, kesedihan, dan kedukaan, pada masa itulah macam nak runtuh kita minta pertolongan Allah. Saya pun tidak terkecuali. Bila nak hadapi peperiksaan, bila buntu baca tak masuk-masuk, bila keluarga sakit, sungguh-sungguh minta pada Allah agar di jauhkan segala kesedihan tersebut. Tapi bila halangan telah tiada, kembali alpa. Dah tak berdoa. Dah tak meminta. Dah tak mengadu. Jadi lupa pada si Dia. Si Dia yang menghilangkan duka. Si Dia yang memberi kegembiraan. Si Dia yang memudahkan sesuatu urusan. Si Dia yang memberi kesembuhan. Si Dia yang segala-galanya. Allah.

Jangan mudah menuding jari pada orang lain, takut kelak hari kita yang kena.
Jangan mudah membuka aib orang, mencanang orang, takut kelak kita pula di”canai”kan orang
Jangan mudah membuat keputusan tak tentu hala, takut kelak kita di timpa bala.
*dah boleh buat pantun hah, pantun jangan mudah, jangan mudah ~~

Penghujung ayat lagi menyentapkan hati. Bak kata Hlovate. Kita sentiasa memandang diri kita sebagai “watak putih” dalam Al-Quran. Tapi pernahkah kita terdetik kita juga “watak hitam” dalam itu juga. Manusia. Hanya mahu yang baik. Tapi tak nak buat baik.

Ingatlah pada Allah pada setiap saat, dia yang memberi izin-Nya agar kita bernafas pada hari ini. Sudah anda mengucapkan Alhamdulillah hari ini? Tak salah nak tertonggeng-tonggeng meminta sesuatu pada Allah, memang hanya pada Allah sahaja selayak-layaknya kita memohon pertolongan. Sepertimana dalam surah Al-Fatiha ayat 5; “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan”.

Cuma. Jangan dilupakan si Dia.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

“Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya.
 Ampunkan saya Ya Allah, atas kealpaan ku terhadap Mu ya Allah.
 Berkati ibu bapa ku, ahli keluarga ku, saudara-mara ku, jiran-jiran ku, guru-guru ku, rakan-rakan ku dan sekalian umat muslimin dan muslimat ya Allah. 
Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Jalan yang lurus lagi Kau redhai, Ya allah.
 Ameen”
*yeah, pembaca telah membaca doa ini. Semoga pembaca juga diredhai Allah. *usap muka


p/s: saya pun manusia yang selalu ning-nong juga. Bila sedih minta macam nak rak pada Allah. Bila tak da apa-apa, lipat telekung laju-laju lepas solat, buka laptop dan hu ha hu ha lepas tu. *sepak muka laju-laju.

Sekian, segala yang baik datang dari Allah, yang tak baik, datang dari manusia yang bernama saya, Qhalida. Muhehehe.

Adios.Asbestos.Sayurasparagus.



Sunday 9 March 2014

doodle with paint :)

assalamualaikum dan apa  khabar semuanya? muhehe. skema.
hari ni nak tunjuk cara saya melukis doodle saya menggunakan paint. paint yang selalunya ada dalam komputer masing-masing tu. huhuhu. semoga sedikit sebanyak dapat membantu siapa-siapa yang bosan tahap gaban tu meluangkan masa dengan doodle di software paint.



let's start our mission.

pilih bentuk bulat untuk muka. disebabkan saya tak pandai guna software lain, maka doodle saya semua bulat-bulat macam tuan dia juga

sesuaikan saiz bulatan mengikut kesukaan anda.

lukis satu lagi bulatan dalam bulatan untuk digambarkan sebagai muka doodle

pilih garisan melekuk. lukiskan garisan dari hujung pipi kanan ke hujung pipi kiri. bertujuan untuk melukis selendang doodle
*tuan doodle sendiri tak pakai selendang. iesh3

tarik garisan melekuk tersebut seperti ini dan kemudiannya betulkan dengan menarik lagi sebelah garisan


buat beberapa lapisan selndang mengikut kemahuan anda.



lukiskan juraian selendang menggunakan garisan melekuk lagi ya


siapkan lebihan selendang tersebut







teruskan dengan membesarkan paparan untuk melukis bahagian muka dan mata doodle




















done done done. selamat mencuba :D
segala yang baik lagi berkat datang dari Allah, segala yang buruk dan tak kena sini situ datang dari saya hambaNya yang khilaf. woot3!

*kalau da cuba buat, share-share la dengan saya di sini. muhehehe


let's pray!

assalamualaikum :)

apa khabar. mungkin kita hari ni bangun dengan perasaan ceria. ada sebahagian pihak pula gusar, risau akan kehilangan orang tersayang. lagi-lagi dalam kes kapal terbang MAS MH370. sama-sama angkat tangan. sama-sama mengaminkan. sama-sama mendoakan. insya allah. semuanya di tangan Allah. kita ini sebagai manusia tidak punya hak untuk mempertikaikan takdir Allah.


put yourself in their shoes la kawan. kalau anda semua duk pung pang kata ni politik, kata pilot yang salah la, kapal terbang lebih umur dari 10 tahun la and bla bla so on. apa perasaan keluarga mangsa. lagi-lagi keluarga si pilot. be mannered. mana keperimanusiaan anda ni? kita umat islam di didik banyak adab. bukan jadi manusia yang biadap. faham? doa itu senjata mukmin. walaupun ada yang bukan islam dalam kapal terbang tu pun, we should pray for them. mana tahu dalam kapal terbang meraka dapat hidayah Allah kan?

cakap tu berpada-pada. takut lain hari kena pada kita. if He said it will happen, then it will happen. show your humanism, please? 

adios and selamat pagi *mengeliat :)