Monday 6 July 2015

semester 4


Hu ha hu ha. Dah masuk semester 4 pun.

Mana assalamualaikum kau ni qhalida oi.
Ehem ehem ehem *clears throat

Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan rahmat Allah selalu. Post kali ini berkisar tentang semester 4. Berkisar-kisar bagai ingat ni blender ke apa?

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menempuhi satu semester lagi. Walaupun subjek da berkurang tapi entah. Busy dia. Mak aih. Kalah si tuttt tu hah. Hahaha.

Evidence-based practice
Kelas ni Sir Adli yang ajar. Nak bagi recall balik siapa Sir Adli. Yang dulu ajar musculoskeletal practice tu hah. Kelas ni kami belajar tentang nak review article dari journal. Ada journal yang bagus ada juga yang tak menepati kriteria kriteria PEDRO Scale tu. Nak tahu lebih lanjut. Mai masuk belajar eh. Hahaha. Dan kelas ni setiap minggu ada assignment. Masak kepala tahu tak. Walaupun dia tiada masa final tapi nak menghantar assignment tiap-tiap minggu. Haihh. I da kata I busy orangnya. Kalahkan si tuttt.

Neurology 1

Alhamdulillah. Dulu mungkin da belajar neuron and what so called berkenaan dengan nervous system ni kan. Tapi ketahuilah, aku tak suka subjek yang melibatkan brain semua ni. But, Encik Romizan berjaya *berjaya la sangat* buat mata aku celik apa yang kita boleh bantu pesakit-pesakit yang melibatkan nervous system ni. Lagi-lagilah untuk pesakit stroke. Tanda-tandanya. Cara memeriksanya. Seronok kelas ni. Dan Alhamdulillah, banyak yang dipelajari dalam kelas ni. Semoga allah memberkati Encik Romizan yang ajar, yang selalu buat kelas sampai nak injak ke pukul 6*tak selalu tapi ada. Hahaha. Sebab Encik Romizan pun busy orangnya. Boleh kalahkan si tuttt.

Neuroscience.

Kali ini encik yang mengajar kami Sir Haidzir Manaf. Supposed to call him Dr. Haidzir Manaf. Huhuhu. Best. Tips dengan Encik Haidzir amat senang. Soalan quiz tu sila la salin. Probability untuk keluar masa final sangat tinggi. Trust me. Kelas ni lebih belajar pada anatomy brain itu sendiri. Cerebellum, cerebral cortex, midbrain, Circle of Willi, kamu-kamu yang membaca pun da macam “apa kau mengarut ni qhalida oi”. Tak tak. Kelas ni tak mengarut. Ada masa seronok bila belajar neuroscience. Masa dapat tangkap apa yang kawan-kawan buat presentation. Yang tak seronok bila present aku tidur. Bad Habit!

Critical care

Sob3. Last semester dengan Sir Vikram Mohan. Lepas ni tak nampak sir yang tinggi lampai, yang jejarinya cantik bak pensel kayu yang diasah. Runcing gitu *apa punya perumpamaan tu*
secure tempat sebelah sir. orang lain duk kalut kemas buku, aku duk kalut rebut diri sebelah sir. otototot

atetibe aku rendah adalah kerana aku nak bagi peluang cameraman ambil gambar hafiq kat belakang aku tu. hahahah

pointing at sir. thanks a lot sir. for these 3 semester. hahahah

Kelas ni sangat-sangat seronok. Walaupun gemuruh bila sir duk tembak-tembak suruh recall apa yang dibelajar sebelum memulakan kelas pada hari tersebut. Kalau dah study malam sebelum kelas tu boleh la pandang muka sir and kekonon “sir, do choose me, I will explain it” tetapi aku sibuk kalahkan si tutt. Maka aku pandang ke bawah. Cuba mencernakan jalur-jalur buku aku yang kosong. Lepas tu buat-buat busy tanya orang sebelah “eh, betul tak apa yang kau jumpa sama yang aku jumpa?” itu semua plastik!!. Hahahaha.

Kelas ni kebanyakkannya kami belajar tentang jenis-jenis incision untuk buat pembedahan. Kesan anaesthesia pada badan. Senang kata, apa yang melibatkan dalam unit ICU (Intensive Unit Care) tu la yang kami belajar, oxygen therapy, jenis dia. Dan so on.

Bahasa arab II

Semester ni dapat ustaz. Dulu dapat ustazah. Ustaz kelakar. Aku pun wonder macam mana dia boleh jadi ustaz Bahasa arab. Hahaha.

Ergonomic

Means laws of works. Ngahaha. Nampak tak masih melekat maksud ergonomic dalam kepala aku. Kelas ni walaupun ramai yang ala-ala syahid gitu tapi aku tak pun*itu tipu*

Kelas ni kami belajar tentang human, environment dan machine. Relationship between them. Musculoskeletal disorder yang human boleh dapat bila terlalu lama berdiri, atau duduk atau tenung lappy macam anda semua tengah buat sekarang ni. *haaa!, caught you!*

Seronok la kelas ni sebab Sir Ghazali banyak bercerita. Pengalaman dia. Jenis-jenis machine yang canggih boleh memudahkan kehidupan manusia itu sendiri, implikasi mesin terhadap alam dan manusia itu sendiri.

Betul la. Ada orang kata, machines was invented for lazy people. Ke machine makes people become lazier?

Relationship? Nak aku bagi contoh ka? Instead ke perigi, ceduk air, basuh baju guna papan gigi-gigi tu, perah bagi buang air dan sidai di bandingkan dengan masuk dalam mesin basuh, tekan butang no net no net, campak softlan, sabun attack sikit and waits for about one hour later. So, compare la mana rajin mana malas.

Tapi basuh guna tangan boleh kena MSD. Improper alignment of body during full squatting *just shut up qhalida*

Okay, bye, penat menaip. Annyeong and wassalam.

*annoyed with tutt tutt sound? Hahaha. Kalau update isu semasa, you already know siapa yang saya cuba cakapkan. Hahaha.

No comments:

Post a Comment