Friday 26 February 2016

Apple of my eye ;)

Assalamualaikum. The day finally come. Already lepas da sebenarnya. Hahahaha.
Semalam adalah hari terakhir clinical attachment di terengganu. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan. Allah. Besar sungguh kuasaMu. Maha Pengatur. Yang Maha Mengetahui. Betul la. Allah letak kita pada satu tempat mengikut kesesuaian kita.
Mengenali hamba hambaMu yang sangat meninggalkan kesan dalam hati ini ya allah. Permudahkan urusan mereka ya allah. Berilah kesihatan yang baik pada mereka. Jagakan mereka ya allah. Lindungi mereka dari perkara yang berbahaya. Kayakan di dada mereka dengan ilmu2 Mu ya allah.
Terpakasa screen capture insta amir. Bhahahaha
Sungguh la. Mereka sangat baik hati. Hanya allah mampu membalas setiap jasa yang diberi. Mereka la cikgu. Mereka la kawan dan aku sendiri rasa kami mcm adik beradik. Sakat sakat macam setan tu tak payah cakap la. Hari hari kena. Tiada hari pun yang tak dipenuhi dengan senyuman. masa seminggu pertama tu terpaksa la buat juga smiling training dengan nawal dan mulan. "Qhali, senyum. Okay tahan 10 saat. Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh!! Dah pergi masuk department". Hahahaha. Aku bukan penggemar menepekkan senyum di muka. Aku prefer gelak macam setan terus. Hahaha. Dan minggu minggu seterusnya. 
Ada kaki buli. Ada kaki nyakat. Eh senang kata, semua kaki ada. Hahaha. 

Need to stop, maybe ada part apple of my eye bahagian 2. Bhahaha. Siap!!

Thanks accepting me as who i am.
May allah bless. Sampai bila bila qhali ingat jasa budi pekerti semua orang. Sob4. 
Sayonara hospital kemaman!
Insya allah kita berjumpa lagi. Insya allah :)

Sunday 14 February 2016

So random post, maybe?

Assalamualaikum. Despite of bunch of works *ehem assessment*. I need to spill something. Selagi aku tak tulis benda aku rasa bila bila masa aku akan lupa. Ni sweet reminder. Untuk kau. Untuk aku. Untuk dia. Untuk semua. Yang kadang kadang mengeluh, yang mengomel walaupun tak la comel mana bila dipikirkan balik perangai tu.

Sumpah. Benda ni kalau aku cakap cakap, pusing pusing, akan kena batang hidung aku balik. So, kiranya aku kena, kau kena. Aku ingatkan kau, kau ingatkan aku. Bak kata puan zaza.

"This is not a time where you're going to show off your knowledge. This is the time you help each other. If your friends lack in something. Teach them and help them"

Bukan aku cakap. Ni orang yang berpengalaman berpuluh tahun cakap. Nak dibandingkan dengan aku yang baru 3 kali keluar praktikal. Oh God, my clinical experiences? Deep bottom hit the sea level. Gitu. *terabur bahasa inggeris. Lantak la*

Okay, aku tak nak melarat apa yang aku nak tulis sebenarnya.

Please, no offense. Aku sayang kau.

Do appreciate with other's efforts in helping you. It's not a crime to accept a little hand to widen your knowledge.

Ingat, Allah letakkan kita di sesuatu tempat yang bersesuaian, di kelilingi orang orang yang sepatutnya, pada waktu sepatutnya kerana Allah tahu. "Hamba Aku ini mampu mengharungi ujian yang Aku bagi". Kau ingat saja saja Allah campak kau ka? Tak, Allah tak kejam. Allah tak zalim. Yang salah tu kita, bila hati jadi buta. Anggota lain semua tertutup. "Tempat ni tak best la, patient sini tak cooperate la, alatan sini tak best la" . Kau ingat hidup kau sentiasa SYURGA??? Think twice, please.

Aku mula mula pun macam "kenapa aku dicampak ke sini?, kenapa orang lain okay aku tak okay and everything else of negative thoughts that always lingering in my minds during clinical. Hahaha. Aku la tu salah satu manusia yag selalu pertikaikan kehendak Allah.

Benda benda macam ni kau kena ambil masa. Fikir. Muhasabah. Fikir. Dan menangis la kalau kau da rasa berdosa sangat bila kau pertikaikan kehendak Allah.

Ottoke. My aims untuk post ni nampaknya da mencampah sangat ni.

Okay, back on track.

Kadang kadang kita rasa ilmu kita tinggi. Ilmu si polan si polan rendah. Almaklum. Tak degree al ijazah macam kita *flip selendang. Tak!!!. Kau kena buang persepsi macam tu. Terima. Kalau kau tak nak terima. Angguk ja dulu. And put a big fake smile on your face. Balik rumah kau kaji balik apa yang di kongsikan oleh si polan si polan. Tak semua ilmu kita ada. Contohnya, ilmu hitam *ngahahahaha, serius la qhalida amat*

Kalau kau rasa si polan si polan show off ilmu dia. Kau tanamkan ja dalam hati "ya Allah, andaikata aku dah menjadi seseorang yag membantu umatMu, jauhkanlah aku dari sifat sifat mazmumah". Kan? Nampak? Allah sikit cantik atur hidup kita jumpa dengan manusia yang berbagai bagai. Supaya kau belajar. Manusia tu macam macam jenis. Bukan sejenis ja. Bukan sejenis yang bila kau jumpa, kau rasa syurga ja. Hahahaha.

Belajar menerima. Belajar bersyukur. Allah dah janji. Bila kita bersyukur, lagi Allah limpahkan kita dengan rezeki Dia. Mungkin bukan serta merta rezeki tu jatuh jelepuk. Mungkin ada doa doa tersembunyi yang sentiasa dihantarkan kepada kita. Tapi kau? Ngomel! Kau ingat comel??

Penggunaan bahasa "kau, kau" bukanlah nak tudingkan jari pada kau. Penggunaan "kau, kau" juga di tujukan kepada aku. Yang kadang kadang aku rasa aku lebih sikit dari orang. Bhahaha. Lebih lemak. Kau tak da lemak setebal aku, kan? Itu aku berani jamin. 100%!!

Please. No offense. Sweet reminder untuk kau. Untuk aku. Untuk dia. Untuk semua.

Dah cakap alhamdulillah untuk hari ni?
Alhamdulillah.
Allah hantarkan aku ditempat yang bersesuaian, dikelilingi orang yang bersesuaian dan pada masa yang bersesuaian. Sesungguhnya, aku satu satu manusia yang terpilih untuk harungi ujianMu.
Betul, gembira pun ujian. Ujian bila mana kau akan ingat pada DIA atau tidak dalam tawa mu.
Betul, sedih juga ujian. Supaya kau berfikir balik, di tempat mana kau patut meminta merayu merengek bagai. Fikir.
Salah, senget bukan ujian. Itu jadinya bila kau senget benget. Bhahaha.

Aku tak larat nak pikir ayat dah. Hahaha.

"What's the big problem to receive a little hand to widen our knowledge? Not a big crime, right?"
(Lilitinta, 2016)

Assalamualaikum ;)

Monday 8 February 2016

It's your day, monbebe mazlyana!

Assalamualaikum!
Hari ni cuti raya cina. Esok pun cuti raya cina. Esok lagi tu lecturer datang buat periksa. Esok kepada esok tu pun lecturer datang juga nak buat periksa. Ngahahaha. Motif bagi jadual? Tak da. Saja suruh membaca.

8 February 2016. We celebrate mazlyana's birthday. Sebenarnya, dia lahir 9 February which is tomorrow. Tapi terpaksa di awalkan sebab masing masing masih ada kesedaran nak baca buku nicole j. Petty untuk periksa hari rabu dan khamis ni. Hahaha. Tertanya tanya buku apa ka? Buku fisioterapi la. Akan la baca novel omputeh pula dak ye? Kih3.

Overall. Aku rasa ini la birthday party yang pertama tama kali kami tak la buat terkejut terkejut ala ala hipster hamster tu. Hahaha. Semuanya kami sudah bagi tahu pada mazlyana awal awal.
"Maz, since this week is your days, ask anything on us. We will grant it"
Gitu. Padahal cakap dalam bahasa melayu. Hahaha.

Dan sudahnya. Kami beli kek secret recipe chocolate indulgence untuk maz. Alang alang da beli satu untuk maz. Kami pun tumpang mulut sekali. Chocolate moist cake for me, walnut brownie for mulan. Dia memang hantu brownie. Hantu pun mengalah kalau lawan rebut brownie dengan dia. Bhahahaha.

Dan kami sambut di pizza hut. Onomnomm. Siap minta izin pekerja pizza hut. Boleh tak kami gantung or selotep "HAPPY BIRTHDAY" kat dinding tak? And, pekerja pizza hut sini memang friendly and diorang kasi ja kami tampal. Siap beras pun nak selfie wefie dengan kami. At last. Pekerja diowang pun bantu sekali ambil gambar kami bertiga. Hahahaha. Begitu keterujaan kakak kakak nak sambut birthday untuk adik sorang ni. Bhahaha.

Kek mazlyana. Hb monbebe maz!

Ngahahaha. Kami!

Be a good girl. 

Asyik gambar ja, bila nak makan ni. Hahahaha
Alhamdulillah.

Dear mazlyana.
Happy birthday for you.
May allah bless.
Semoga allah mengasihani, merahmati, menyayangi maz dan ahli keluarga maz.
Semoga maz menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang.
Semoga murah rezeki dan umur diberkati. 
Sorry kalau kami kakak kakak kadang kadang bertindaknya mengalahkan orang umur belas belas. 
Hahahaha. Tabah la dapat kami yang senget benget ni. Almaklum, kami tak hipster. 
Have a blast on your day, monbebe mazlyana. 
We love you! Mmuahh. Minggu depan kami buli balik. Bhahaha. 

Sunday 7 February 2016

3 of happy unyet!

Assalamualaikum. Apa khabar? *skema*
Okay la, okay la. Kita informal okay? So, what's up, readers? *krik krik krik*

Bhahahaha. Cukup la dengan mukadimah yang macam nak tarik perhatian tu. Maka, kita terus ke isi isi yang penting ya!

Alhamdulillah. Hari ni. Bersamaan sabtu 6 feb 2016. Kami tak mereput dalam rumah sewa. Di kala manusia manusia lain duk kepak kepak kebum kebum kebum dan kebabom bunyi mercun papan, kami di sini esok kena kerja. Eh tak, kena praktikal. Hahaha. Lumrah pelajar la kan. Kena berkorban sikit. Kih3. Hari ni kami pergi jalan jalan ke KUALA TERENGGANU. *nnannannannanna ganu kito*

Perjalanan dari kemaman ke kuala terengganu ada la makan masa dalam dua jam setengah ke tiga jam. Kami bertolak dari pukul 1.30 sampai dalam pukul 4. Kami sampai di pasar payang, terengganu. Borong?? Bhahahahaha. Banyak gila kami borong. Keropok ikan, kain batik, baju kelawar. You name it. Tak pa la. sekali sekala datang tempat orang. Cerita cerita lebih. Tapi tak perkenalkan mastermind behind of this trip kan? Hahaha. Sudah tentu en safwan, fisioterapi di hospital kemaman ni. Hahaha. Dia memang baik dengan pelajar. Ilmu pun kongsi sama sama. Dan dia angkut sekali kawan dia. En yusuf. Huhuhu. Dah sampai sana, ada amir sekali. Pelajar unisza. Memang belanja sakan la kami kat sana.

Dah agak agak macam tak larat nak shopping dengan tangan berbirat birat angkat plastik isi keropok. Kami pun balik la ke kereta dan solat. Amir bawa kami jalan jalan di kampung cina. Hahaha. Basically. Contengan mural di dinding yang buat tarik perhatian.

Agak kau da penat selfie wefie youfie ifie, kami pun pulang. Tapi sebelum tu! Kami makan makan steamboat di d'ganu steamboat, pulau duyong. Oh maiii! Harga dia sangat murah. Lauk untuk per 6 pax only rm35. Berbaloi gila. Tiada pembaziran di situ. Yang buat sadisnya. Dapur gas aku api dia mak aihhhh. Perlahan gila. Makan maggie pun kejung kejung lagi maggie dia. Hahahaha. Tapi tomyam dia memang macam ni *sign thumb's up*.

Dah agak kenyang. Kami pun hantar la amir pulang since amir orang kuala terengganu ni hah. Hahahaha. Solat sat dekat masjid warna putih and dalam kol 9.30. Kami bertolak balik ke kemaman. Huishhhhh. Kami baru sampai rumah hah. Hahahaha.

I need to write regarding this trip. Because, I'm afraid if I'll forget about these sweet memories. Thanks and kudos tu en safwan dan en yusof. Willingly to drive us to kuala terengganu.

Aku tak larat buat ayat da. Nah, kita kasi gambar terus na!
Onomnommm. Nampak tak menu dia. Perghhh. Tomyam dia. 

Saranghae

Tak payah pergi korea. Sini ada ja kunci kunci yang konon konon sweet couples buat tu


Sekali pandang. Macam jonker walk. Kau kena dua kali pandang. Baru nampak ni adalah kampung cina, terengganu

Ini la en safwan. 

3 Of happy unyet. Jalan tak ingat assessment. 


Bila ada amir yang bawa canon ke hulu ke hilir ambil gambar. Memang cun habis laaaaa. 


Daaaa. Pergi tidur semua.Babap kang!
Assalamualaikum ;)