Saturday, 19 January 2013

ya sohabati :)

Assalamualaikum dan hey day for you, si awesome!

sohabati tu maksudnya sahabat, kita mungkin ramai kawan, tapi kita tak ramai sahabat. Betul tak? beruntunglah bagi sesiapa yang ada sahabat dikala bangun jatuh kita, ketawa riang kita, sedih duka kita dan macam-macam lagi.

si spongy and starry :)
how i do adore this cartoon, even nampak agak kebudak-anakkan, tapi cartoon ni banyak bagi pengajaran pada saya, spongebob yang sentiasa berada disamping patrick si starfish even during hard time, Walaupun mereka hanya cartoon, but we should learn their friendship. mereka melengkapi kekurangan masing-masing.

buat sahabat yang ku masih mencari.

jadilah seorang sahabat
 yang mendorong sahabatmu ini menjadi hamba-Nya yang taat
jadilah seorang sahabat
 yang menegur sahabatmu ini dikala aku terleka.
jadilah seorang sahabat
yang lembut tapi tegas bila aku melakukan salah.
jadilah seorang sahabat
yang tidak kedekut berkongsi kasih dan ilmu dengan hamba-Nya
jadilah seorang sahabat
yang menyayangi dan mengasihi hamba-Nya, hanya kerana Allah
jadilah seorang sahabat
yang mendorong. memapah hamba-Nya ke jalan yang benar
jadilah seorang sahabat
yang sentiasa bersyukur dengan nikmat sekelilingnya
jadilah seorang sahabat
yang ikhlas untuk bersahabat untuk mencari rahmat-Nya

bagi saya yang serba kekurangan ni, saya tak cukup lagi kateria nak jadi sahabat yang baik.Mungkin saya berada di tahap "kawan" lagi. eheee..banyakkan phrase "jadilah seorang sahabat". Da terasa macam buat puisi senandung sejuta malam hah! hahahah.. ambil mood balik.

DAN!!
sahabat-sahabat macam ni amat jarang-jarang. bila da dapat, kita kena hargai.


so everyone!! 


happy sahabat's day :)

p/s:say alhamdulillah if you meet someone like this k! :)
ma'assalaamah :)




Friday, 18 January 2013

mabruk birthday girls!

Assalamualaikum buat awak yang paling comel yang sedang baca blog saya yang comot ni. Terima kasih. hehehe. *gelak manjaa

Nampak tak post di atas, tajuk mesti lah seiring dengan isi kandungannya kan? Akan la tetibe nak terselit cerita yang hot sekarang ni. Tak tahu??

"listen, listen, listen"
"let me speak, let me speak, let me speak"

Hah, sekarang ni da tahu tak?hahaha.. Ntah-ntah cerita ni pun da berhabuk siap ada sarang tarantula lagi..

on 18 January 2013, WE celebrate kiteowang punya kawan yang sambut ulang tahun on this month. Niat asal nak makan pizza je, then mereka-mereka ajak share duit untuk beli kek cekelatt untuk azila dan dania.


azila and dania :)

for both of you :)
may allah bless both of you.
semoga menjadi anak yang solehah, muslimah yang baik hati.
mungkin, isteri yang taat pada suami.
semoga sentiasa berada dalam kasih-sayang-Nya.
sweet 21 darlings :)

yang pastinya, kami-kami yang macam zombie kampung pinang terbelah tiga makan tak i-ngat dunia la. hahaha. 

makan besar :)
terima kasih pada semua yang menjayakan majlis makan-memakan tadi.
*curi ayat ketua majlis-majlis

liyana si newbie, anis yang cumil, kak zura yang baby face, azila si mak yang cun, azwa yang cool, saya, syakira yang happy, sofia yang shy-shy-cat-meow and dania yang lemah-lembut. Thanks a lot for today.

gambar pengakhiran,

alhamdulillah, jangan jeles, heee :)
p/s: hargailah sebuah ikatan persahabatan.




Thursday, 17 January 2013

rumah idaman :)

Assalamualaikum dan selamat 4 pagi sekarang nie..ekekeke.

hai si comel dan tak lupa juga pada si comot yang sedang membaca post kali ni. haha. nampak tak tajuk besar tu,

alkisahnya bermula..angin yang kencang melanda rumah sekarang ni and oto-matik pandang bumbung. kalau tercabut bumbung umah ni dapat la aku nengok dada langit yang hitam memekat *ayat metapora yang paling geli.

star gazing yang heaven! :)
kekononnya, nak umah yang bumbung dia jernih. maka malam-malam tak payah la nak tengok bintang dari luar. kan terjaga keselamatan den! tapi boleh masak sampai tahap hangus la kalau duk umah siang-siang hari. sob3. nak bumbung yang siang tutup, bila malam bukak sendiri boleh tak?*lempang diri sendiri dulu.

advantages bumbung jernih ni bintang, hujan, petir, kilat, guruh semua dapat nengok dalam keadaan 3D. hahaha..yang sakit jantung tahap tujuh tu tak payah duk umah macam ni..ada yang cepat ki-ok karang. haha..kidding :)

alangkah bahagia nya dapat star gazing ngan me-miaww yang comel sambil beralaskan teddy bear yang sangat ge-buss and comfy.

jam tu untuk kejut saya la :)
sebagai penutupnya, saya memang suka tahap plus plus tengok bintang. rasa seronok. petikkan untuk saya sebutir dua butir bintang boleh tak awak? hahaha. geli!
:)

bintang yang cu-mil :)

p/s: bersyukur lah dengan nikmat pancaindera yang Allah bagi. hargai dan nikmatinya :)


Friday, 11 January 2013

Diploma lawan ijazah :)


Hai darling, kita ketemuan lagi..ayat yang sangat geli :D

Nampak tak apa tajuk besar kat atas tu, ye, nak duk soseh-soseh pasal diploma and degree.

Alkisahnya bermula pabila…………

Time jaga di opd, terbaca buku tahunan farmasi and mereka buat cadangan agar pelajar diploma yang ingin menyambungkan pelajaran ke tahap ijazah, syaratnya ialah cgpa kena atas 3.5.. time tu hati da berbunga-bunga da..bukan setakat bunga, mak semut pun ada sekali eh.

Pastu masa di klinik, encik zaini kata benda yang sama. Aku punya la denied kan ape yang en zaini cakap but I’m still hope for it.

Baru-baru ni my sis kata cgpa nak sambung degree da jadi 3.5. And I smiled when read my message.

Nak memanjang kan cerita agar blog aku nie macam banyak sikit hurufnya, kawan aku dari msu pulak kata degree pharmacy 3.5. time tu masing-masing macam “ ala, citer da dua tiga sem lepas nak ungkit”. Luka hati den weyh! Tapi bila pandang muka dia yang seyessss tu, we believed it and still hope for it.

Bagi saya yang comot sememeh ni. Both of it ada benefit dia. Bila da lama-lama jadi trainee as assistant pharmacist, aku da adapt dengan nak buat fail-fail inpatient, cream and ointment untuk dimasak, filling and labelling medicines, and banyak lagi keja. Apa yang saya dapat sangat bermakna.

And jadi pegawai........

Mengikut apa yang saya ternampak sepanjang training nie, mereka pun agak sukar mula-mula. Yelah, orang do-lu do-lu kata nak bertatih bulan dalam bidang baru kan?

Kena handle dangerous drug, counsel with patient, recommend for therapeutic drug treatment, countercheck indented items and trolley, confirming with doctors and deal with patients. Mereka lagi banyak kerja sebenarnya. And kebanyakkannya mereka kena deal dengan environment.

And yang best jadi pegawai yelah, jeng jeng jeng ~

Kereta tak boleh la kereta sorong, kereta kena up-to-date!
Handphone yang canggih and gedabak. Senang nak cari MIMS katanya.

Benda yang paling menyedihkan hati bila mereka-mereka duk tanye diploma ke? And I answered “Yes” and suddenly become quite. Heiii!diploma tu rendah sangat kat mata awak yang bundar tak sepet tu ka? Please, jangan judge kami yang diploma ni dengan andaian buruk awak tu. Tak sambung degree tak semestinya saya tak berkebolehan and tiada kemahiran untuk maju kehadapan, sebab nak menuntut ilmu Allah tu macam-macam gayanya. Macam berenang, ada kuak lentang, ada kuak rama-rama kupu-kupu and banyak lagi la. Ini semua pucuk pangkal hati.

So, diploma lawan ijazah? Mana pilihan saya? Moga Allah bagi petunjuk yang terbaik. Keep your faith with HIM. 


P/s: as long as Allah besides me, insya- Allah i will trough it.




pantang - larang !

assalam and howdy bro and sis!

Nampak tak title kat atas tu tulis ape? ye, nak exercise kan jejari runcing gemuk agar kurus melidi sikit. hahaha

Orang do-lu do-lu memang classic kan? means diorang sangat me-nok-tahberatkan  menitikberatkan pantang-larangan diorang.

Contohnya, bila kena penyakit bisul. Bisul penyakit ka??
oto-matik mak kata, "da engkau duduk atas bantal tu, memang la kena penyakit bisul nya".
ini sekaligus menyebabkan neuron-neuron dalam kepala aku me-relate-kan ape relationship between bisul and bantal?adakah pangkal hurufnya yang berkongsi huruf "B" maka diowang ada kena mengena???

hahaha. what a nonsense la!

ada lagi weyh pantang-larang orang do-lu do-lu ni..ape yek?(perah kepala macam jimmy neutron)

jangan potong kuku memalam hari. nanti miskin katanya.
jangan buka payung dalam umah, nanti abang ular datang :( -scary-
jangan nyanyi-nyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua.
jangan tuang lauk dari kuali sekaligus, nanti mak mentua tak suka.

banyak lagi weyh pantang-larangnya. Tapi bila da nak menulis semua hilang.menyampah!.

awak-awak yang ge-buss ge-buss tahu ke kenapa mereka sangat classic? sebab pantang-larang ni ada lah kebaikannya,


bantal untuk letakkan kepala, bukan letakkan punggung or kaki tu
letak lauk sekaligus nanti selekeh la pinggan mangkuk tu
nyanyi nyanyi tu kan guna suara, kan aurat tu
payung tu untuk hujan, bukak dalam umah buat semak umah ja tu
malam kan gelap? nanti terketip isi kulit, nak melalak satu umah pulak tu

nampak tak mereka nia sangat classic?? pantang-larang yang ada makna disebalik larangan.

p/s: yang tua dihormati, yang muda disayangi. awww :D