Thursday, 25 July 2013

lulus :)

assalamualaikum dan peace yo. ahaaa, omputeh la sangat kan?

alhamdulillah, dah lulus and dapat lesen kereta dan motor, setelah setahun lebih nak menghabiskan lesen kereta motor dan kereta, akhirnya, selesai jugak,

tak payah la aku nak merempit pagi-pagi ke kelas memandu yang di mana kadang-kadang aku terlelap atas motor. gila. ada pakcik nak ambil dan hantarkan ke kelas memandu still terhegeh-hegeh nak rempit sendiri. padan muka, bila motor melayang sikit sambil bawa meter cecah 100+ time tu la mengelabah nak tarik brek and tarik nafas panjang, haah, tu la aku. si lalai yang bajet power flower gitu, wahahaha.

yang motor tu da lama habis dan dapatkan lesen P just yang kereta berzaman. padan muka. terima kasih pada abang-abang saya yang tabah lagi sabar mengajar adikmu yang montel ni bawa kereta. ada yang meluncur ke belakang, ada yang naik batu tepi jalan. macam-macam. sampai masing-masing ngeri nak bagi naik kereta. ahahaha. dah tu, balik rumah masing-masing mengadu dengan mak dak qhali bawa kereta sekian-sekian-sekian. ahahaha. terima kasih.

ambil test jpj dua kali untuk kereta. first tu la masalah sikit. masa kat bukit enjin mati sampai 3 kali. pakcik jpj muka tenang, aku atas bukit muka gelabah. last-last aku give up, aku cakap "apa saya patut buat ye", pakcik jpj "apa lagi turunkan kereta la ". apa punya soalan aku tanya pada beliau kan? akan la aku nak sadaikan kereta tu kat atas bukit kan? keh3

then masuk bahagian 2 dimana jalan luar. time ni da rasa macam nak balik je sebab aku sendiri tak yakin bawa kereta luar kawasan, siap hafal bak hang tepat-tepat di mana nak jatuhkan gear, nak bagi signal. gila skema. booo :(

masuk kereta, ceh konon pakar betulkan kerusi, betulkan side mirror, pastikan gear free, pakai seatbelt. bila start enjin kereta, terus bagi signal kanan, masuk gear satu, turunkan handbrake, dan terus jalan. ahahaha, nampak tak apa yang teringgal?

iye, check lampu signal kiri kanan, lampu kecemasan, wiper, air sabun, hon. 
haah, aku tak buat

da keluar dari kawasan belajar baru aku perasan aku tak buat semua tu, tapi kakak jpj tutup sebelah mata. ahahahaha. banyak lagi kesalahan, pengawalan stereng tak betul, lalu kawasan sekolah patutnya berhenti perlahan-lahan dulu, ni tak, aku asyik jatuhkan gear tanpa tengok kereta belakang. satu alasan aku, aku da give up. sebab rasa macam tak lulus da. tu la perangai buruk aku, mudah putus asa. ahahaha

sampai ja kat tempat berhenti, kakak jpj tu bebel-bebel la. aku ingatkan dia gagal kan but she so kind-hearted. lulus wei!, ahahah, so, ulangan tak payah la nak terhegeh-hegeh buat bahagian 3 lagi.

test jpj kali kedua semalam yakni hari rabu. gemuruh bak hang. dari jauh kelihatan bukit menggelakkan aku macam orang gila. nak tarik aku punya RM 65 lagi la tu. tapi alhamdulillah, lulus, wahaha, selamat duit ;)

so, pada pihak zapcity, terima kasih sebab sediakan kemudahan yang baik walaupun ada segelintir staffs yang agak memerlukan etika menjawab panggilan pelanggan. haah, aku la yang kena tu.

pada pakcik rasyid, terima kasih angkut saya bawa pergi balik dari pusat zapcity. dan kata-kata doa pakcik amat saya hargai, terima kasih pakcik

pada cikgu yang mengajar saya, terima kasih sangat. jasa kalian tak dilupakan, semoga allah memberkati.

p/s ;baru-baru di atas kaunter da letak papan tanda
"kami akan memberi layanan yang baik pada para pelanggan"
sound alike macam tu la.

bagus la, supaya orang lain tak kena macam saya. kan? apa-apa pun, owner dia sangat peramah dan baik hati.

sekian :)


Friday, 12 July 2013

quotes #5

assalamualaikum


allah ma'anaa, allah ma'anaa. allah ma'anaa.

hwaiting!

sekian, adieusamigus :)

Saturday, 6 July 2013

lai lai ramadhan :)

assalamualaikum.
countdown to ramadhan


wee, doodle baru. ahahaha :)

adieuss :)

diploma :)

assalamualaikum dan peace upon you. *smile

DIPLOMA

pada sesetengah mata orang,
diploma???
weyh,  kenapa tak ambil asasi atau matrikulasi.
weyh, lama kau tahu tak ambil diploma
weyh, orang sekarang dah tak pandang diploma la.
weyh, dulu kau budak target, kenapa diploma
weyh, aku mati-mati ingat kau degree sekarang.

haah, mari sini aku cakap pulak.
 weyh weyh weyh weyh.
this is my pathway. this is my story, this is my history.

yes, saya pelajar diploma. salah kah saya ambil diploma?. hina kah diploma ni pada mata awak?
buka mata, buka hati. kami ada perasaan.

saya yakin, Allah sudah atur segala-galanya.

bila selalu orang-orang cakap.

"eh, saya ingatkan awak ambil asasi"
"eh, result baik kenapa tak masuk matrik"
dan ada reaksi terkejut-terkejut oh my oh my yang lain lagi.
eheeee.

bila kenang balik, manusia ni sangat kelakar. hidup dengan expectation dari orang sekeliling.

ingat, rezeki itu Allah yang kurniakan. banyak segi rezeki Allah bagi. dan kita sebagai manusia haruslah pandai mensyukuri segala nikmat. kalu tak dosa. muhahaha

ye, aku pun agak terasa ala tacink-tacink sebab most of my friends are degree students now.

but my kakak said.

"tak payah buru-buru ambil degree. andaikata kau tak dapat sambung sekarang, kerja la dulu. kumpul pengalaman. nanti bila kau sambung degree and bekerja,tak da la orang lain boleh kelentong kau"
"tapi bila kau da kerja ni, nanti kau da tak nak belajar lagi taw".
 hahaha *gelak

tapi dia yang duk sibuk suruh minta sambung degree kat ukm la, um la, sampai mesir hah. ahahaha :)

diploma banyak mengajar. belajar teori dan praktikal. tu yang seronok. lagi masa praktikal di hospital. trained for 10 months. applied apa yang belajar sebelum ni. sungguh. syukur alhamdulillah :)
thanks ya allah, for these three years. haah, diploma kan 3 tahun. apa kau lupa? keh3

so, never disregard diploma students. tuntut ilmu allah di mana-mana. masing-masing ada kelebihan. kan darling ?

be happy. allah always with us, if peoples come and away but He still there. yes, He is Allah :)
bubye, assalamualaikum annyeong and hastadahabes readers :)






Friday, 5 July 2013

quotes #4

assalamualaikum. da bulan julai hah. umur pun da makin memanjang. rumah dah suruh pergi. kubur da panggil mari. eheee. :)

insya allah menyambut ramadhan di bulan julai, insya allah.


nak sedekah itu macam-macam gaya. macam berenang. sedekah ilmu, sedekah senyum sedekah harta dan banyak lagi. kalau bagi ilmu tu, biarlah yang terbaik sampai apa yang diajarkan tu melekat dalam kepala orang di ajar. 

adieusss :)