Tuesday, 22 October 2013

officially 21 !

assalamualaikum. taip laju-laju. heee


alhamdulillah, allah panjangkan umur lagi. allah bagi peluang untuk menikmati segala kebesaran-Nya di sini. 
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

terima kasih pada azwa, ezwa khairunnisa, nurasikin, fida sahrim, rahilah, nadia johari, isma anati, ieja, harija, afiqah, azila, hazwan, syahirah, hidayah, nur syafiqah,mufidah, zahida, dan pada siapa-siapa yang mendoakan saya pada ulang tahun kelahiran kali ni. muhehe. da besar kan?

terima kasih allah kerana bagi saya mengecapi umur ini
terima kasih mak sebab lahirkan qali
terima kasih kawan-kawan sebab mendoakan

dah, sampai sini. pada yang mengingati, terima kasih. semoga allah merahmati dan mengasihani anda sekalian. semoga segala perkara dipermudahkan. insya allah.

esok test. apa boleh buat. lumrah student.
okiedokie adios :)



Friday, 18 October 2013

exhausted :(

assalam. quick one. nanti boleh la recall the hardness during my studies kan? muhehe.

kuiz kinesiology.
mula-mula happy sebab quiz boleh jawab kat rumah. means boleh buka buku. means boleh rujuk internet. means boleh TIRU kawan. muhehe. tapi sangkaan ku sangat meleset. lagi meleset seleset-lesetnya. muhaha.

aku nak menaip pun da tak betul. sebab banyak sangat tekan keyboard. cari makna. pahamkan then cernakan. oh Allah. make me strong like a flintstone!. heee.

 alhamdulillah. apa-apa pun kena cakap alhamdulillah, dapat kuiz pun kena cakap alhamdulillah la kan? akan nak cakap ini bala, ini bala, ini bala, pula kan? hahaha.

ilmu ini ilmu baik, seraplah dikau dalam neuron-neuron kepala aku. hahaha.
at least soalan bergerak daripada tak buat langsung. hee :)

psychology, anatomy, therapeutic masih menunggu. gilo duk umah.

umah is heaven and heaven is rumah. acam mana tu? dah tu nak nyesal sebab banyak benda tak recall balik kan? tu la perangai sebenar qhalida amat eh!. mak sendiri tengok nota pun mak kata kepala kau serabut macam nota kau yang serabut ni. hahaha. apa barang belajar freaky neat? tu untuk perempuan yang sangat girly je la kot. hahaha. saya? kalau ade seratus buku, seratus buku tu saya nak buat macam lego. baru nampak ke"study"an nya kan? hahaha. lepas tu nak cari benda dah satu hal kena kembuh semua balik. hahaha.

ya Allah, kuatkan lah hati kami untuk menimba ilmu-ilmu Mu ya Allah.
berikan lah kami kemudahan dan kesenangan dalam mencari ilmu-ilmu Mu ya Allah.
permudahkan kami untuk pelajari ilmu-ilmu Mu ya Allah.
bersihkan lah hati-hati kami dari kesesatan dan kegelapan ya Allah. 

entah bila nak siap kuiz kine ni, pening da baca terms dia. muntah hijau atas keyboard ni karang. hahaha.

bubye :)
cr to owner




Monday, 14 October 2013

adab :)

Assalamualaikum :)

Petang-petang ni memang sedap duk makan cekodok sambil update blog kan? Muhaha
Sedikit ilmu yang boleh dikongsikan. Actually, ceramah ni da lepas 2 minggu tapi tak pa kan? Hee, uishhh, anak encik amat tekun habis dengar ceramah kali ni. Kalau tak, confirm!, TIDUR. Tapi disebabkan kedudukan aku betul-betul depan penceramah, maka bukak mata besar-besar bila dia bercakap. Muhahaha.

Disampaikan oleh ustaz Karim, pensyarah dari KLMU. Beliau juga ialah salah seorang fisioterapi graduan UiTM.

Good one.

ADAB ADAB MENUNTUT ILMU.

Niat. Ikhlaskan hati kerana Allah, melalukan ketaatan kerana Allah.
Jangan membangga diri, jangan takbur, jangan bangga ilmu yang ada.
Menjadi seorang yang warak, bertaqwa, meninggalkan benda yang haram, membuat benda yang wajib
Apa-apa yang terjadi , cerminkan dan muhasabah diri kita balik.
Elakkan maksiat
Cari sahabat yang baik
Rajin hadirkan diri dalam majlis ilmu
Kurangkan tidur, jangan tidur berlebihan
Kurangkan makan benda berminyak
Kurangkan ketawa.
(aku tak tahu nak kurangkan macam mana yang tiga atas ni, sob3.)
Kena selalu ulang kaji, walaupun sedikit, jangan tangguh-tangguh
Ulangkaji bersama-sama kawan
Faham dan hafal ilmu yang dipelajari
Pandai memilih guru.
Jaga adab dengan guru.*giggles
Jaga adab dengan ilmu, letakkan di tempat yang baik. Susun ia
Banyakkan istigfar, bersabar dan berzikir

Jaga hubungan antara kita dan Allah, Nabi Muhammad, keluarga, kawan dan alam sekitar.


Siapa perasan ada perkataan giggles dekat salah satu adab tu?  Walaupun kelakar, tapi bila dia da jadi guru pada kita, we should respect her. Walaupun dia ajar kita huruf A pun, heee. Pengalaman ustaz yang sedikit sebanyak yang boleh dikongsi dengan kami. Hee, insya allah, kami boleh menempuh semester mendatang dengan karenah beliau. Muhehe.

Orientasi Fisioterapi yang sangat Hai-pening. Best. Walaupun merungut macam pftt mula-mula sebab kacau cuti aku kan? Keh3. Pape pun, terima kasih pada semua senior yang bertungkus lumus menjayakan orientasi ni. Terima kasih banyak-banyak.

bubye and adieus :)

Dr. Jekyll and Mr. hyde

Assalamualaikum and hey day for you. Hey day tak nahan, macam omputeh tulen je. Sadis


Gambar ni seram tak? Related dalam diri kita tak? Tak? Ya? Dalam diri saya? Totally! Ya !

Dulu masa sekolah menengah ada belajar novel Dr, Jekyll and Mr, Hyde. A nice story. bila siang dia jadi baik, bila malam dia jadi jahat. Itu okay la siang baik, malam jahat. kita ni? Siang malam on off on off hah. Hahaha.

Tak penat ke berpura-pura semata-mata mencari kepujian orang?
Tak penat ke mengampu untuk kesenangan diri?
Tak penat ke talam dua muka semata-mata selamatkan diri?
Anda hidup untuk siapa sebenarnya ni?

Mungkin, talam dua muka itu perlu dalam kehidupan, “dah tak payah nak sok-sok suci kau tak pernah talam dua muka eh”. Tapi jangan melampau wei. Kuih talam tu sedap la buat makan. Kalau talam kau? Alamak eh, muak rasa.

Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Kadang-kadang terasa penat dengan kehidupan ni, dimana ada saja kepura-puraan. Dimana saja ada pembohongan. Dimana saja ada kezaliman.

Saya manusia biasa. Ada masa saya berlagak baik, ada masa datang penyakit sawan jahat yang kadang-kadang orang tak bersalah pun kena. Manusia ni amat mudah menilai orang lain. Sungguh. Tak payah nak judge orang lain. Perbetulkan diri kita dulu, sebab kita lah bakal menjadi cermin bagi orang lain di sana. Manusia lebih terdedah untuk mengikuti perubahan manusia.

Reflection buat pada diri. Apa salah kita? Apa betul kita?

Jangan risau, watak Dr, Jekyll and Mr. Hyde ni mesti ada dalam diri semua orang. Yalah, manusia mana yang tak nak tutup aib sendiri kan? Same here too.

adieus dan selamat hari raya haji readers :)

Saturday, 12 October 2013

misy we care

Assalamualaikum dan selamat sejahtera atas kalian. Muhehe, ayat skema habis kan?

Misy we care.
Ye, ni la salah satu program yang pertama-tama saya join lepas masuk uitm puncak alam. Alhamdulillah. pengisian yang baik, walaupun tersenguk-senguk sopan dengar ceramah kan? heee, teruk teruk teruk~

Program bermula dari pagi bawa ke malam, kiranya sehari suntuk la. Alhamdulillah. Lagi la besar alhamdulillah bagi aku yang totally cetek ilmu dalam kisah syiah dan sunni, apa yang terjadi di syria, dan macam-macam lagi. dan malam tu dengar pak arab speaking arab. sobsobsob. touching sungguh sebab masih boleh paham sikit-sikit apa yang dia cakap. sebak bila dengar dia bercakap dalam bahasa arab dengan sangat lancar. sebak bila tak sambung belajar bahasa arab. sebak sebak sebak (T T).

Nak membuatkan post ni nampak panjang mengurai, maka banyak nama-nama akan terlibat ya. Aku, nadia, fida, wan hazimah, dini dan aziyana merancang untuk sertai majlis ni memandangkan kami berlima agak ninonino sikit pasal isu semasa ni. kecuali dini la, sebab dia da selalu terlibat dalam majlis-majlis macam ni. heee

Pagi tu ceramah pasal sunni VS syiah. fasilitator bekalkan kami dengan nota pasal syiah dan segala bagai. dan kesan syiah dalam kehidupan memang sangat besar. sungguh. tengok video pengikut-pengikut syiah cederakan diri mereka pada hari qabalah. Allah Allah Allah. dia tetak badan dia sendiri kot. time tu budak perempuan semua da paling muka ala ala scary dengan scene tu. saya? ahahaha, steady maintain la. tak pernah nampak manusia tetak badan sendiri. lagi satu, dalam video. kalau depan mata mungkin saya yang pergi kerat orang tu kot. hahaha. yang sedihnya bila anak-anak kecil pun meng"qabalah" diri mereka juga. sedih. masih kecil. ikutkan sahaja orang dewasa buat apa. 

betul la, kita yang dewasa ni sedikit sebanyak membentuk dan mempengaruhi peribadi orang bawah kita.

macam mana syiah ni boleh tersebar? mengikut penceramah, En Jamali b Mohd Adnan. syiah tersebar melalui risalah. penulisan sastera di akhbar, selain itu, ada juga keterlibatan ahli politik dalam menyebarkan syiah.


Doa la agak kita sekeluarga dijauhkan dari bahaya syiah. Insya allah.

Slot kedua. Live from R4bia. Diceritakan oleh penceramah yang memang sudah lama duduk di Mesir. Bagaimana suasana Mesir. Beliau kata Mesir sudah lama bergolak dari zaman Presiden Morsi lagi. Bagaimana kejatuhan beliau. Sungguh. Islam ni da macam diperkotak-katikkan sahaja. Bunuh manusia macam manusia ni harganya seposen dua posen. Seposen dua posen kumpul lama-lama pun da banyak duit boleh kumpul tau. Sedih. Nampak anak-anak kecik nangis meratapi ibunya yang terkorban. Semoga Allah memberi kemenangan yang pasti untuk rakyat islam di Mesir. Insya allah J

Slot ketiga bermula lepas maghrib. Kira-kira pukul 8.30 malam, majlis bermula. Ada 3 orang penceramah iaitu Ustaz Nazmi B Abd Karim, En Noorsyazly Rameli dan Sheikh Samir Saqqa. Syeikh ni la yang cakap bahasa arab tu. Heee, superb. Mereka memulakan forum dengan menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di Syria. Suasana politik di sana sangat kejam. Kononnya saja memilih melalui pilihanraya, tapi tidak keputusannya. Masih si kejam yang memerintahnya. Sungguh. Bumi Syria yang Allah sayang, nabi pun sayang, penceramah yang dating lama tu pun sayang dengan bumi Syria ni. Sedih bila dengar rakyatnya melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Insya Allah, kemenangan yang hakiki akan dapat juga pada Syria.

Kita sebagai rakyat Malaysia dan seagama seislam haruslah membantu mereka. Walupun bukan dengan pergi terbang ke sana, sekurang-kurangnya mendoakan untuk mereka. Lastly, yang paling heavennya bila syeikh bacakan doa. Mata kita genang-genang tunggu pecah sebab doa dia sangat bermakna. Alhamdulillah, pengisian yang sangat bermakna. Harap program macam ini diadakan dengan kerap lagi. Heee J

Yang tak bestnya balik tu tak da bas, kena panjat tangga puncak alam. Sampai atas macam nak tercabut kaki dan nyawa. Sob2. Pape pun, terima kasih pada aziyana sebab bagi tumpang tidur di rumahnya. Muhehehe.


Insya allah. Islam akan menang. Doa itu senjata mukmin. Angkat tangan anda. Amin kan doa-doa kita dengan ikhlas. Kita mungkin aman sekarang. Lambat laun kita tak tahu. Mereka islam, saya islam, kita islam. Kita saudara. Pada yang syahid, semoga allah mencucuri rahmat mereka, semoga syurga balasan mereka. Pada saudara-saudara yang menghulurkan bantuan. Semoga Allah merahmati dan melindungi kehidupan anda sekeluarga. Isnya Allah.

we always be with you  <3 insya allah