Monday, 6 July 2015

aerobik yok!7.0


Assalamualaikum kepada semua. Hokkk! Jangan perasan nau sangat qhalidaamat oi! Tiada manusia yang nak baca pun. Sob3.

Hahaha. Apa punya mukadimah sadis benau la kan? Keluar dah Bahasa Melakanya. Ulau melingkau atas pagau. Hahaha

Post tentang kali nak bercerita tentang Aerobik Yok! 7.0 yang diaadakan pada bulan Mei yang lepas. Nak suruh aku ingat tarikh memang wassalam la. Banyak lagi benda kena ingat. Hahaha. Sorry and sorry.

Kelainan Aerobik Yok! 7.0 kali ini mengasingkan lelaki dan perempuan. Rugi siapa tak datang tahu tak! Hahaha. Kami mengadakan majlis Aerobik Yok! 7.0 di dewan sebelah perpustakaan UiTM tu hah. Nama dewan pun aku tah tahu. Apa jenis siswi la aku ni ( -___-  ). Dan terus terang aku cakap sambutan kurang menggalakkan. Adakah mungkin sebab pelajar diploma dan asasi tiada maka masing-masing macam hambar atau perjalanan yang jauh dari kolej nak ke dewan bawah tu. Al maklum la. Nak menapak tangga UiTM ala-ala batu caves tu hah. Mahu tak tercabut synovial joint kat lutut tu hah. Hahahaha.

So, kali keduanya diadakan semula di dewan serbaguna rafflesia. Dan sambutan amat menggalakkan. Adakah mungkin sebab pelajar diploma dan asasi yang baru masuk meramaikan majlis atau perjalanan yang da singkat. Tak payah nak turun naik batu caves lagi. Huhuhu. Ini pandangan aku la. Mungkin ada faktor faktor lain yang menyebabkan begitu. Tah tahu la. Yang pastinya pelajar lelaki dekat dewan serbaguna angsana itu lagi la. Hahaha. Tak tahu nak kata apa.

Perasmian every semester ada. Kali ni qhalidaamat jadi ajk protocol yang dimana aku tak da confident da lepas ni nak jadi ajk protocol. Hahaha. Lebih gemar terlibat di belakang tabir sahaja. Ecehhh. Tak nak glamour la gitu gayanya! *pang pipi please
post diploma fisio with post matrix student. tema kami kali ini biru. im singing my blueeeee. 


aku, nadzril, fida dan zahida.

hafiq. aku, fida, nadzril yang pejam mata. dan zahida. ngahahaha. pidot saja ja amek gambar nadzril tutup mata. hahaha

Dan sambutan Alhamdulillah. Menggalakkan dari pelajar siswa dan siswi itu sendiri. Hik3. Dah tak tahu nak cakap apa da. Tengok gambar je boleh ea?

ni gaya aerobik fida. hello. aku bawa lagu somebody to love. almaklum. kipas susah mati bigbang ni!

gaya uitm dihatiku gitu. ngahahaha. 
Adios amigos kuih warna asparagus! Apakah? Annyeong!
 nantikan junior kami pula yang buat okay!

Friday, 29 May 2015

hiatus :(

assalam. a quick one. zzzzappppss

sadis. doodle aku tak siap lagi hah. padal lukis da lama berzaman

sungguh, aku tak tipu, agak kelam kabut sikit semester ni, entah, ada la mana-mana silap aku yang menyebabkan rasa hidup sangat pendek masanya. gituuu.

sorry, banyak benda tak tulis dalam blog ni, tak da update apa apa regarding fisioterapi, and something else.

aerobik yokk 7.0, Just For A Moment programme, mak aihhh, ada juga la yang lain-lain nak dinukilkan tapi tak berkesempatan, dulu ada janji nak sambung orentasi part 2 and 3 tapi berkubur. huhuhu.

insya allah, aerobik yokk 7.0 dan JAM aku akan post kan akan datang *pinky swear

and subjek subjek yang aku duk kepala aku berasap tak padam padam sepanjang semester 4 ni. hiks

adios bebeh!, may allah bless. and apak, HJ AMAT B MD DOM, happy birthday. i love you.

Thursday, 16 April 2015

semester 3

assalamualaikum!

hahaha. bila ada pas broadband ni la jadinya!, nak naikkan post baru je lagaknya. seperti semester satu dan dua sebelum ni, memang saya ada buat review regarding subjects every semester. walaupun semester 3 dah berlalu hampir 3 ke 4 bulan yang lepas, hahaha. tapi harus di nukilkan sebab kadang-kadang aku pun tak ingat subjek ni belajar apa subjek ni belajar bila.


secara keseluruhannya alhamdulillah. pointer tak kelaut macam semester dua. muhehe

1) therapeutic exercise III
alhamdulillah, semester lepas masih dibawah ajaran haji bahman. dalam semester kali ni kami lebih tertumpu pada PNF treatment, joint mobilization, mat activities dan lain lain lagi. kalau da sekelas dengan haji bahman tu, jangan harap la gigi dan gusi korang semua basah je manjang sebab haji bahman akan memasukkan unsur-unsur lawak dalam pembelajaran dia. akan la nak study macam study dalam periuk nasi kan. under high pressure!

i love this picture so much, thanks a lot haji bahman, hanya allah yang mampu membalas jasa dan budi haji bahman. semoga cepat sihat dan sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmat allah selalu. celebrated birthday haji bahman yang dimana haji bahman pun terkejut bagaimana kami tahu. hahaha. biasa la, kalau da ade stalker sejati dalam kelas. ehem ehem


2) English for academic writing (ELC)
 the word itself terangkan study apa kan? huhuhu. cuma kali ni kami didedahkan bagaimana mahu membuat summary, paraphrasing, dan lain lain lagi. kiranya, subjek masa semester dua tu jangan la di lupakan lagi sebab bila ELC sem 3 ni kita akan applykan apa yang kita belajar. trust me!

3) physiotherapy in cardiorespiratory
subjek yang paling paling paling aku suka!. sebab mungkin sir vikram hensem bila mengajar? kih3!
subjek ni merangkumi cara-cara bernafas yang betul, cara pemeriksaan pada pesakit dan senaman-senaman yang boleh diberi kepada pesakit. dan pada hujung semester 3 kami ada praktikal which basically aku bagi treatment pusing pusing senaman bernafas ja aku bagi. ada buat suction. kiranya kami masuk very small tube by nasal or oral of patient untuk keluarkan kahak-kahak yang patient sendiri tak boleh nak keluarkan. masa belajar dengan kawan-kawan sampai ada yang berdarah sebab keterujaan yang melampau mungkin? apa apa pun, sangat bersyukur. lepas ni siapa siapa yang ada semput semput, angin tak cukup sampai paru paru, do tell me okay!, i will teach you. tapi yang suction tu tak boleh la nak ajar. jangan korang sumbat straw buat minum laici kang dalam hidung korang pula. kang lubang hidung besar salahkan aku pula. hahaha

4) musculoskeletal disorder
kami belajar tentang penyakit dan physiotherapy management. ada sesetengah bahagian badan memakan masa yang lama untuk sembuh. dan tugas sebagai seorang ahli fisioterapi adalah memberi rawatan yang optimum kepada pesakit within the range. 

5) physiotherapy in musculoskeletal practice.
ini kelas banyak gelak banyak nages banyak perasaan terumbang ambing sebab kelas sebelah kata macam ni, kelas sebelah ni kata macam ni. kih3!. memang kelakar. dalam subjek ni, kami didedahkan seperti memeriksa pesakit berkenaan otot, struktur badan, sendi dan lain lain lagi, kalau macam cardioplumonanry kita assess patient based on heart and lung condition but different with musculoskeletal because we assess patient's range of motion, end feel of joint and several tests that should be done to patient. atetiba bahasa omputeh ni pasal apa qhalida oi!

6) introductory arabic
pada semester ni kami belajar bahasa asing!, weehuuu. yang tak weehuu nya bila tahu yang course aku kena ambil subjek mandarin. punya la angan angan aku sebelum masuk degree nak ambil bahasa korea gitu. boleh la bercakap dan bercanda dengan amoi amoi korea lepas tu. bila tahu dapat mandarin, tentangan pertama tentu la bukan orang lain yang menentangnya iaitu puan badariah. alasannya "lidah kau banyak sangat makan belacan, tak da tone, tinggi lantang" okay emak, qhali ambil subjek lain. kih3. for those yang tak tahu who is puan badariah, she is my mom and she is chinese. and i'm proud about that. ingatkan boleh la study sesama dengan mak. alololoooo, sweet gitu study sesame dengan mak kan. kih3. tapi kelas kena ade 30 orang sahaja which means 8 orang kena masuk bahasa arab. aku dan fida menarik beg galas kami lari pecut tak masuk kelas mandarin da lepas tu. and we still continue in arabic languange. masa masuk kelas, nak menangis pun ada sebab da lama sangat tak belajar bahasa arab which di suatu masa dulu aku sangat gila dan gila tentang bahasa arab. sampai nak sambung belajar dan mohon maktab yang ada bahasa arab. 

dan di hujung semester, kami ada praktikal, my first clinical placement was at Hospital Putrajaya. ada CI (clinical instructor) yang sangat comel dan baik memberi ajaran kepada kami, cik hidayah. thanks a lot!, ajar kami, tanda assessment kami, nilai kami, bawa kami jalan jalan, bawa kami pergi pasar malam kat putrajaya yang sangat oh my panjang gila!


okay, sampai sini sahaja! hasta la vista bebeh!
assalamualaikum!


Wednesday, 15 April 2015

aucak :)

assalamualaikum.

ahaksss. sebulan dah tak menulis apa-apa kat blog ni. banyak alasan kalau nak diberi tapi alasan yang paling best ialah tuan blog pemalas. maka alasan yang lain semua kalah dan tak boleh pakai. kih3

alhamdulillah, sekarang meneruskan perjuangan dalam semester 4. tadi da taip panjang panjang sekali connection lost. paham tak perasaan macam mana tak sempat draft semua bagai tetiba kena tulis balik apa yang taip laju laju tadi?

 so, tuan blog malas nak recall balik apa yang di tulis sebelum tu, maka tuan blog nak buat penutup dengan sekeping doodle yang paling latest. ngahahaha, entah apa yang latest dengan doodle aku pun aku tak tahu la. muka yang sama, warna pusing pusing tang tu juga, muka bulat bulat, bulu mata lentik bagai. sama ja.

so, here it is!


adiues amigiues makan seuigiuess!

Sunday, 8 March 2015

aerobik yok! 6.0

assalamualaikum dan salam berjumpa kembali *muah sikit sambil laga pipi kiri kanan, laki tak boleh, penampar sat lagi duk kena hah

amboi. pengenalan ganas sungguh ea? hari ni nak menulis tentang aerobik yok! 6.0 yang diadakan di Universiti UiTM Puncak Alam. dan tulis universiti pastu tambah huruf "U" lagi. kau ni dah kenapa qhalida amat oi!. hihihi

okay, okay, cukup dengan mushy pushy pengenalan. sebenarnya program ni dah berakhir untuk sem lepas dan insya allah ada lagi untuk sem ini. *yeahhh!

walaupun dah tamat untuk semester 3, harus la anak amat nukilkan juga dalam blog juga kan? mana tahu boleh bawa semangat pada pelajar lain untuk menyertai kami sekali. best tau. penat berlatih buat steps. "kau hengat senang?" *sambil besarkan mata


emma jadi pengerusi majlis pada hari tersebut. kelasss gituu *flip selendang!






anis sharmine dan puan shida buat senaman. ring ga ring ga ring. ring ga ring ga ring




otototot. comel syaza eh!








hah, itu baru perasmian punya gambar. itu nak tunggu upload ade la berejam juga duk tunggu. 
haihh

so, kita proceed untuk barisan barisan yang mengetuai aerobik dari minggu pertama sampai habis okay. gambar peserta ada cuma tengok la. kalau rajin nanti, masuk la sekali. kih3!

ini group pertama. buat di padang angsana

ni group ke 3.

group ke 4

group ke 5

lastly, group ke 6. yeah!
ada sesiapa perasan tak yang group 2 tiada? hikhik. nah. istimewa untuk group 2 sebab ni group gua!



saranghae!


sekian bebeh!
assalamualaikum :)