Saturday 11 May 2013

My precious


Assalamualaikum dan annyeong!

Hari ibu bakal menjelang. Maka,



                                                                                  Selamat Hari Ibu!


" Ya Allah ya tuhan kami, ampunkan lah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan kasihi lah mereka sepertimana mereka kasihi kami sejak kecil "

ya, dia yang bergelar sebagai seorang ibu, banyak jasa, banyak kasih sayang ditumpahnya,dan  banyak ajaran diajarnya.

Kepada ibu atau emak, atau mak, atau omma, atau mummy,atau mama dan atau ummi, 
*bape banyak atau da (-___-#)

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Membesarkan kami adik beradik 10 orang
Masak makanan yang super + delicious.
Jahitkan baju kami.
Lindungi dan kasihi kami.
Memberi ajaran kepada kami.
Bagi pinjam duit pada kami.

Emak is the best along in the house sebab bayar balik ansur-ansur dan tiada bunga dikenakan! Eheee.! *jokes

Doa kami
Ya Allah yang maha mengasihani dan maha rahmat,
ampunkan lah dosa ibu kami,
ampunkanlah dosa ibu kami,
ampunkan lah dosa ibu kami.
Berikanlah ibu kami kesihatan yang baik ya Allah,
berikanlah dan lembayungilah ibu kami dengan rahmat dan kasih sayang Mu, ya Allah.
Lindung lah ibu kami dari malapetaka dan bala ya Allah.

Sesungguhnya pada Kau kami berserah dan meminta. Ameen.

Tahun lepas, emak jatuh sakit. Tak boleh bangun, hanya terlantar. Time tu hanya air mata jadi peneman. Nak pergi praktikal pun serba salah. Patut ke saya tinggalkan emak? Then mak kata, pergi lah praktikal. Itu kali kedua aku nampak mak terlantar dengan teruk.

 Mula-mula, bila emak kena potong jari kaki because of diabetes. It’s happened out of sudden! Doctor said, tak da harapan nak selamatkan jari kaki tu. Sejak potong jari. Dia hanya termenung dah gaya mayat hidup. But she gained her courage and bangun kembali.
 Betapa Allah sayang emak saya, menguji dia dengan segala benda. 

Kali kedua bila emak kena gout. Time tu nampak air mata mak bergenang and menangis. Sebab emak tak nak menyusahkan anak-anak dia mandikan untuk dia, papah mak ke bilik air, sorong mak dengan trolley, shampukan rambut mak. Kalau boleh, dia nak sorokkan kelemahan dia, agar di mata anak-anaknya, 

“ya, I have a strong mother, like a steel. Firm enough.”

Tapi, time tu aku rasa,

 ye, time ini lah aku nak balas seciput dua ciput jasa dan kasih sayang mak pada aku. Mandikan mak, shampoo rambut mak, sabunkan badan mak, papahkan mak. Bukan setakat aku saja, adik beradik aku juga. Now, mak dah makin sihat. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

 Walaupun masih berwheelchaired, tapi dia boleh melakukan segala-galanya. 

Yes, we have a great, strong, pretty, and kind mother.


As we know, our mother is the most precious gift from Allah. Thanks ya Allah.

Now,
Dia seorang ibu, seorang teman, seorang kawan, seorang pendengar dan seorang yang amat berharga, treasure these moments. Tak selama-lamanya kita ada emak yang seorang ni. Hargai, dan kasihani lah si ibu.

Sekian. Melaka banjir dengan air masin. Lagi kritikal di pantai rombang. Eheee. *jokes

Last, selamat hari ibu, we love you. Mmuackss 







1 comment: