Thursday 6 June 2013

bunga reben :)

assalamualaikum, hari ini hari sambutan isra' mikraj.eheee :)

hari ni nak ajar macam mana nak buat bunga reben. bunga reben yang macam peniaga brooch selalu jual tu. yang kadang-kadang harga mahal melangit tu, padahal kita-kita boleh buat sendiri dan sangatlah jimat kos weh!

ni contohnya :)

hand-made bunga reben :)
it's so simple sampailah aku sangat ketagih buat benda ni sekarang. simple steps :)

benda yang diperlukan ialah,
reben
benang
jarum
butang
kapur atau pen
dan kertas separa bulat :)
okay darls :). let's go step by step k!.

mula-mula kena la lukis separus bulat atas kertas. lebih senang atas kertas yang keras la. tak terkoyak.

bulat ke? lebih kurang macam ni la :)
lepas tu, lukiskan atas reben. buat untuk 5 kelopak.

lukis dengan kapur atau pensel dan seangkatannya, lain la kalau anda pro, tak payah lukis pun tak pa, hee :)
5 kelopak, nampak tak?
dah lukis rough sketch of petals, maka kita boleh la masukkan benang dalam jarum and start menjahit!. kita akan menjahit secara jahit jelujur. selang-seli gitu. 


teruskan sampai la penghujung kelopak kelima k!

setelah sampai ke penghujungnya, tarik benang sampai kelopak tersebut kedut-kedut.


dah ada rupa bunga reben kan :)
selepas tu, matikan benang pada kelopak yang mula2 tadi, supaya bunga reben tak terungkai semula. faham?



selepas tu, kita hiasinya dengan sebutir*tak nahan butang. suka hati la nak warna apa-apa pun :)

jahitkan butang dalam dua ulangan. supaya butang tak tercabut. kadang-kadang takut benang tak tahan kan..

selepas itu, matikan benang di belakang bunga reben dan potong lebihan benang.


hasilnya, jeng jeng jeng 

bunga reben dah siap
alhamdulillah :)
kalau anda nak jadikannya macam brooch, maka beli la benda yang macam brooch tu dekat kedai-kedai yang jual perkakas menjahit dan gam kan dengan gam lilin atau gam gajah. siapa yang ada adik comel boleh buatkan cekak reben bunga dengan melekatkan bunga di cekak tu and so on, creativity on yourself. 
yang baik datang dari allah, yang tak baik dtang dari aku sebagai hamba lemah ini. sekian.

p/s: aku belajar buat bunga yang comel ni dekat blog ni.

blog kak suzana mustafa.

rambang mata aku tengok blog dye sebab dia sangat kreatif. semoga allah merahmati dia sekeluarga.

adieus+amigusss+sambilmakansuguss

1 comment: