Friday, 25 January 2013

happy for you, kawan :)

assalamualaikum.

bajet serious punya mood la hah. but, actually a kind of urm urm bit serious. just a little bit je la..senyum balik :)

serba salah nak tulis sebab nampak sangat aku ni manusia yang tak pernah berterima kasih apa yang ada di sekeliling aku. tapi nak buat cam mana, den pon manusia gak.huwahh :(

tapi, deep in my heart, aku gembira sebab da nampak kau ceria balik. kau bahagia dengan kawan-kawan baru, kau makin bertambah sihat dan pastinya kau makin ceria weh!

aku tahu, aku bukan kawan kau yang terbaik. ye, dan aku tahu sangat-sangat sebab aku tak mampu jadi yang terbaik untuk kau. tak pa la. maafkan aku bila aku act as stranger bila aku lalu sebelah kau nanti. aku kejam?? ye, memang. aku kejam. aku pun tak tahu nak baiki keadaan ni macam mana. kalau nak suruh aku acting macam aku hilang ingatan, memang tak la kan..hahaha. aku belajar ubat, lecturer aku tak da la pulak ajar acting. nanti aku amek course baru k!

for you, kawan ~
thanks for everything and sorry too. be happy and tak mahu la jatuh sakit lagi k!


semoga allah melindungi kau :)

p/s: please be grateful with what I have now. shame on me 



Thursday, 24 January 2013

itu ini nostalgia :)

assalamualaikum dan hey-hey untuk awak yang awesome.

firstly, selamat menyambut maulidur rasul. cepat la selawat ke atas baginda. meh3!
and out of sudden, my friend post this picture on her facebook.

ini nostalgia weh!
thanks amalina for simpan kertas ni da bertahun-tahun. nasib baik x kuning. agagaga. ini NOSTALGIA weh! dapat idea nak lukis sebelah mata kecik-besar muka bulat-20 sen nie bila aku tak dapat nak jawab soalan kemahiran hidup..terasa macam comel pulak bila lukis banyak-banyak. pastu, mereka-mereka decided nak buat gambar-gambar nie sebagai hiasan dalam kelas 3 perdagangan keusahawanan aliran. each person ada simbol comel-peliks kat atas kepala masing-masing and bila ustazah aisya masuk kelas, dia tanya,

"kenapa atas kepala syafiqah ada kucing pulak"
kami jawab
"dah dia hantu kucing, maka kucing la simbolnya ustazah"

DAN, bukan nak cakap apa ar, kelas ni kelas yang paling best aku dapat. budak lelaki yang sporting, protective and sengal. pastu budak perempuan yang baik, comel, dan senget sebelah.

lepas form 3, ramai da transfer out to another school. sob3. korang-korang yang terlebih bijak ni tak boleh nak duduk diam-diam ka kat munshi tu.? sob3. and aku still setia pada munshi abdullah. GELI, padahal tak dapat transfer out sekolah baik..kah3. 

my lovey-dovey sains pengajian islam A dan B :)

treng treng teteengg, inilah 5 sains pengajian islam saya. haha..ni gambar wa cilok dari facebook memaseng.most of them da further study to degree, aku je weyh duk terkedek-gedik amek diploma farmasi. hahaha..all of you, good luck then. dan masa tingkatan 5 ni. kami masih mengaplikasikan lukisan mata sebelah kecik-besaw muka 20-sen tu..haha..tapi kali ni pakai mangkuk la..sebab besar sikit. kelas da la colourful. letak pulak gambar-gambar kanak-kanak blackcurrant dan orang-orang dalam kelas pun happy-go-lucky ja semua.

nak tengok sekolah saya tak?

go go munshi-ans :)

de-wan
so, buat 5 tahun yang berlalu, awak adalah the great moments for me :)
akhir kata, terimalah terima kasih aku kepada kau. kah4.

terima kasih pada awak
sebab ajar saya erti kawan, lawan dan sahabat
terima kasih pada awak
sebab ajar saya ilmu-ilmu pembelajaran
terima kasih pada awak
sebab tumbang tidur sekali dalam kelas Biology
terima kasih pada awak
sebab fail sama-sama dalam add math :)
terima kasih pada awak
sebab sama-sama sakat ustazah-ustazah 
terima kasih pada awak
bila phewit-phewit Hamzah kelas sebelah secara ramai-ramai
terima kasih pada awak
sebab da jadi kawan-hati-saya :)


p/s: may Allah bless us






Sunday, 20 January 2013

dadih time!!~

Assalamualaikum dan salam chen-ta buat kau yang sudi datang singgah sini. Ekeke

ace teka kita nak post pasal ape? ceteke ceteke ceteke ??*siap sedia pipi nak kena lempang.

hari ni buat dadih cekelat?sedap??so-so la..tapi masa nak bekukan tu, memang da duk bagitahu kat rumah sedap or tak sedap, semua kena makan..kah3. actually, sedapp pun..tak mahu la bagi awak terliur. lap balik air liur tu..

dadih-in-making :)

tak susah eh nak buat, beli tepung dadih,jangan nak tunjuk terel siap nak kisar tepung da-dih guna batu giling, susu cair, air masak, gula :)

  1. mula-mula, didihkan about 3L air masak, masukkan gula about 100 mg and susu cair setin (about 400mg)
  2. pastu kacau sampai dia naik buih, eh, bukan, sampai dia mendidih.
  3. dah agak-agak dia da cukup didih tu, matikan api then masukkan tepung dadih yang dibeli tu sekampit. Dalam paket tepung dadih tu, dia ada letakkan sekali gula buah-buahan. korang CAMPAK je la sekali dalam periuk tu.
  4. then kacau-kacau-kacau.
  5. masukkan dalam bekas-bekas yang korang rasa nak letak la.
  6. lastly, bekukan dalam petu ais, tunggu la dalam sejam dua jam sementara nak bagi dia kenyal-kenyal-lembik-jelly k!
dadih cekelat :)
dah agak-agak da siap sidai baju, mop lantai, berfacebook dalam sejam nak tunggu beku tu, then keluar kan la dadih dari peti ais k. kalau tak keluar, nak makan macam mana pulak kan?

ketuk-bagi-jelly keluar :)

jeng jeng da siap :)
pastu bagi masing-masing makan. sedap tak sedap tak kira, janji sumbat mulut mereka dulu..dan alhamdulillah, dadih aku siap juga weyh! hahaha.

sebagai pengakhirannya,

masak ibarat eksperimen. Dalam movie "frankenweenie", Victor told his teacher kenapa eksperimen yang dia buatkan untuk kawannya tidak berjaya sedangkan Victor berjaya menghidupkan anjingnya, Sparky. then his teacher told him, 

"eksperimen awak berjaya kerana awak letak hati awak dalam menjayakannya dan awak suka eksperimen tu, manakala untuk kawan awak, awak buat kerana terpaksa, maka eksperimen itu tidak berjaya"


nampak tak apa yang boleh dijadikan pengajaran? tapi sedih sebab cikgu sains dia kena buang dari sekolah tu sebab penduduk tu kata, 

"science is weird"


p/s;menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap muslim.



Saturday, 19 January 2013

ya sohabati :)

Assalamualaikum dan hey day for you, si awesome!

sohabati tu maksudnya sahabat, kita mungkin ramai kawan, tapi kita tak ramai sahabat. Betul tak? beruntunglah bagi sesiapa yang ada sahabat dikala bangun jatuh kita, ketawa riang kita, sedih duka kita dan macam-macam lagi.

si spongy and starry :)
how i do adore this cartoon, even nampak agak kebudak-anakkan, tapi cartoon ni banyak bagi pengajaran pada saya, spongebob yang sentiasa berada disamping patrick si starfish even during hard time, Walaupun mereka hanya cartoon, but we should learn their friendship. mereka melengkapi kekurangan masing-masing.

buat sahabat yang ku masih mencari.

jadilah seorang sahabat
 yang mendorong sahabatmu ini menjadi hamba-Nya yang taat
jadilah seorang sahabat
 yang menegur sahabatmu ini dikala aku terleka.
jadilah seorang sahabat
yang lembut tapi tegas bila aku melakukan salah.
jadilah seorang sahabat
yang tidak kedekut berkongsi kasih dan ilmu dengan hamba-Nya
jadilah seorang sahabat
yang menyayangi dan mengasihi hamba-Nya, hanya kerana Allah
jadilah seorang sahabat
yang mendorong. memapah hamba-Nya ke jalan yang benar
jadilah seorang sahabat
yang sentiasa bersyukur dengan nikmat sekelilingnya
jadilah seorang sahabat
yang ikhlas untuk bersahabat untuk mencari rahmat-Nya

bagi saya yang serba kekurangan ni, saya tak cukup lagi kateria nak jadi sahabat yang baik.Mungkin saya berada di tahap "kawan" lagi. eheee..banyakkan phrase "jadilah seorang sahabat". Da terasa macam buat puisi senandung sejuta malam hah! hahahah.. ambil mood balik.

DAN!!
sahabat-sahabat macam ni amat jarang-jarang. bila da dapat, kita kena hargai.


so everyone!! 


happy sahabat's day :)

p/s:say alhamdulillah if you meet someone like this k! :)
ma'assalaamah :)




Friday, 18 January 2013

mabruk birthday girls!

Assalamualaikum buat awak yang paling comel yang sedang baca blog saya yang comot ni. Terima kasih. hehehe. *gelak manjaa

Nampak tak post di atas, tajuk mesti lah seiring dengan isi kandungannya kan? Akan la tetibe nak terselit cerita yang hot sekarang ni. Tak tahu??

"listen, listen, listen"
"let me speak, let me speak, let me speak"

Hah, sekarang ni da tahu tak?hahaha.. Ntah-ntah cerita ni pun da berhabuk siap ada sarang tarantula lagi..

on 18 January 2013, WE celebrate kiteowang punya kawan yang sambut ulang tahun on this month. Niat asal nak makan pizza je, then mereka-mereka ajak share duit untuk beli kek cekelatt untuk azila dan dania.


azila and dania :)

for both of you :)
may allah bless both of you.
semoga menjadi anak yang solehah, muslimah yang baik hati.
mungkin, isteri yang taat pada suami.
semoga sentiasa berada dalam kasih-sayang-Nya.
sweet 21 darlings :)

yang pastinya, kami-kami yang macam zombie kampung pinang terbelah tiga makan tak i-ngat dunia la. hahaha. 

makan besar :)
terima kasih pada semua yang menjayakan majlis makan-memakan tadi.
*curi ayat ketua majlis-majlis

liyana si newbie, anis yang cumil, kak zura yang baby face, azila si mak yang cun, azwa yang cool, saya, syakira yang happy, sofia yang shy-shy-cat-meow and dania yang lemah-lembut. Thanks a lot for today.

gambar pengakhiran,

alhamdulillah, jangan jeles, heee :)
p/s: hargailah sebuah ikatan persahabatan.